Semakan Keputusan IPG 2024 Online (PISMP), Cara semak tawaran IPG calon guru PISMP meliputi semakan keputusan UKCG, panggilan temuduga.

Semakan Keputusan IPG 2024 Online (PISMP)

Semakan Keputusan Tawaran IPG 2024 Online – PISMP. Panduan buat para pemohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ke Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan tahun 2024. Pasti ramai yang bertanya bilakah tarikh semakan keputusan IPG 2024 diumumkan termasuk semakan UKCG, panggilan temuduga dan tawaran calon berjaya.

Untuk makluman, application IPG PISMP 2024 untuk Calon Guru Lepasan SPM (dahulunya Maktab Perguruan) akan ditutup pada 15 April 2024. Untuk layak memasuki IPG, pemohon perlu melepasi beberapa peringkat tapisan seperti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara online dan mejalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara online dan diwajibkan menghadiri panggilan temuduga serta Ujian Kelayakan Fizikal (UKF).

Semakan Keputusan IPG 2023 Online (PISMP)

Semakan Tawaran Ke PISMP 2024 Di IPG

Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan dalam membuat semakan keputusan tawaran IPG 2024 meliputi tarikh-tarikh penting UKCG, penghantaran video Panggilan Temuduga IPG dan semakan tawaran IPG calon yang berjaya.

Semakan Keputusan IPG Online Tahun 2024 (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan)

Berikut dikongsikan tarikh semakan keputusan IPG meliputi semakan UKCG, temuduga, UKF dan tawaran IPG untuk ambilan tahun 2024.

Tarikh Penting Semakan Keputusan IPG

Senarai peringkat yang perlu ditempuhi oleh para pemohon sebelum diterima/ layak untuk memasuki IPG adalah seperti berikut :-

  1. 11 Mac 2024 : Iklan permohonan PISMP Ambilan 2024
  2. 14 Mac 2024 : Permohonan secara online di buka
  3. 15 April 2024 : Permohonan PISMP ditutup (Laluan calon perdana) – pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup
  4. 15 – 19 April 2024 / 22 – 26 April 2024 : Pelaksanaan e-UKCG (Portal PISMP)
  5. 3 – 9 Jun 2024 : Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP
  6. ? : Permohonan baru ambilan kedua (Hanya bagi calon SPM yang belum memohon PISMP 2024)
  7. ? : e-UKCG ambilan kedua
  8. 13 Jun 2024 : Result e-UKCG, Check Calon Layak Temu Duga serta Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)
  9. 1 – 5 Julai 2024/ 8 – 12 Julai 2024 : Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan temuduga bersemuka secara fizikal
  10. 24 Julai 2024 : Check status pemohon yang berjaya ke IPG 2024
  11. ? : Pendaftaran calon di IPG. Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran

Semakan UKCG & Penghantaran Video Kecergasan Fizikal IPG

  • Tarikh adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal KPM. Rujuk Kalendar aktiviti di Portal PISMP untuk maklumat lanjut
  • Calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM
  • Calon yang terpilih wajib mejalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara online.
    • UKCG (SESI UJIAN BERTULIS ATAS TALIAN)
      • Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit secara online
      • (Sekiranya calon tidak menduduki UKCG secara atas talian pada masa yang ditetapkan akan dikira gagal dalam peringkat saringan)
  • PENGHANTARAN VIDEO PENGAJARAN (PENGENALAN DIRI/ PENYATAAN HASRAT DAN SESI DEMONSTRASI PENGAJARAN/ BERCERITA)

  • Menghasilkan video pengajaran antara 6 ke 8 minit dan muat naik ke Youtube. Hantar link/ URL video pengajaran ke portal PISMP, Panduan dan syarat penyediaan video pengajaran akan dimaklumkan hanya kepada calon yang berjaya dipanggil saringan eUKCG. (Sekiranya calon tidak menghantar video pengajaran akan dikira gagal dalam peringkat saringan)
  • UJIAN KECERGASAN FIZIKAL dan SESI TEMU DUGA
    • Calon yang lulus UKCG perlu menghadiri Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)
  • SESI TEMU DUGA
    • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang sama dengan penilaian UKF
  • SESI UJIAN AMALI
    • Calon yang memohon Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Islam akan menjalani Ujian Amali semasa Temu duga
  • PEMILIHAN
    • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi semasa sesi demonstrasi pengajaran dan skor merit serta perakuan panel Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).
  • Calon yang telah menduduki UKCG dan menghantar video kecergasan fizikal dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.
  • Calon dinasihatkan menyemak status keputusan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG, ujian kecergasan fizikal dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan.
  • PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU 

    • Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
    • Calon perlu bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Aplikasi Semakan Keputusan IPG Secara Atas Talian / Online

Application, semakan UKCG, semakan panggilan temuduga dan keputusan tawaran IPG boleh disemak di pautan berikut pada tarikh yang dinyatakan di atas.

  • Aplikasi PISMP : https://pismp.moe.gov.my/
  • Isi No Kad Pengenalan dan Kata Laluan untuk membuat semakan
  • Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG yang berkenaan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi alamat berikut dan nombor telefon yang dinyatakan di bawah ini :

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
    63000 CYBERJAYA, SELANGOR
  • (u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
  • No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769
  • emel : uppp.ipgm@gmail.com | uppp@ipgm.edu.my

Selamat membuat Semakan Keputusan IPG 2024 secara online. Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran ke Program PISMP. Moga cita-cita anda untuk menjadi guru tercapai.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *