in

Semakan Keputusan MUET Julai 2018 Online Dan SMS

Perhatian kepada calon yang telah menduduki peperiksaan MUET sesi dua (2) Julai 2018 yang lalu. Bilakah tarikh semakan keputusan MUET Julai 2018 sesi 2 (MUET result July 2018)? Berdasarkan kepada tarikh tahun-tahun sebelumnya, semakan keputusan dijangka akan diumumkan pada sekitar pertengahan September hingga awal bulan Oktober 2018.

Untuk makluman, keputusan peperiksaan MUET sesi Julai 2018 boleh disemak secara online dan SMS melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Tarikh rasmi akan dikemaskini selepas diumumkan oleh MPM.

Semakan Keputusan MUET Julai 2018 Online Dan SMS

Semakan Keputusan MUET Julai 2018 Online Dan SMS (MUET JULY RESULT)

Bagaimana cara membuat Semakan Keputusan MUET sesi 2 Julai 2018 secara atas talian/ Online Dan SMS? Untuk makluman, Semakan Keputusan MUET Sesi Julai 2018 Online Dan SMS boleh disemak pada tarikh berikut yang dikongsikan dari pengumuman rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

  • Keputusan MUET sesi Julai 2018 boleh disemak bermula dari jam 1001 pagi pada hari Jumaat, 14 September 2018 sehingga 13 Oktober 2018
  • Tahun 2017 : Khamis, 5 Oktober 2017 sehingga 600 petang pada 4 November 2017. (Tahun 2016 pada 5 Oktober 2016). (Rabu)

Berikut disertakan kaedah-kaedah yang disediakan dalam membuat semakan keputusan MUET sesi Julai 2018 :-

Semakan Keputusan MUET melalui SMS

taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888

Contoh :-

Semakan keputusan muet Julai 2018

atau

Semakan Keputusan MUET secara online

Ianya amat mudah.

  • Hanya layari Laman Web MPM secara On-Line : www.mpm.edu.my
  • Isikan No kad Pengenalan anda dan tekan button Submit

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET 

Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat berikut :-

  1. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.
  2. Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
  3. Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
  4. Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Langkah dan panduan cara membuat semakan semula keputusan MUET boleh dirujuk di SEMAK SEMULA.

Selamat membuat Semakan Keputusan MUET Julai 2018 Online Dan SMS. Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat keputusan MUET yang cemerlang. Bagi mereka yang ingin lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan MUET, anda boleh merujuk kepada panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET. Banyak tips yang diberikan dan anda pasti tidak rugi dalam mendapatkannya.

Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Semoga berjaya

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM 2018

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM 2018/ 2019

Lirik Lagu Aku Negaraku Dan Video

Lirik Lagu Aku Negaraku Dan Video