in

Semakan Keputusan MUET Mac 2018 Sesi 1 Online

Cara Semak Keputusan MUET Sesi 1 Mac 2018 Online Dan SMS. Bila tarikh rasmi calon peperiksaan MUET boleh mendapatkan keputusan peperiksaan MUET Mac 2018 (MUET result March 2018)? Berdasarkan kepada tarikh keputusan tahun lepas, semakan keputusan MUET Mac 2018 iaitu sesi 1 (Malaysia University English Test) adalah dijangka diumumkan pada minggu pertama bulan Mei 2018. Pada tahun lepas, result MUET Mac telah diumumkan pada 5 Mei 2017.

Keputusan peperiksaan MUET sesi 1 Mac 2018 boleh disemak secara online di Laman web Majlis Peperiksaan Malaysia atau melalui khidmat penghantaran SMS.

Semakan Keputusan MUET Mac 2018 sesi secara online dan sms

Cara Semak Keputusan MUET Sesi Mac 2018 Online Dan SMS (MUET Result Sesi 1)

Peperiksaan MUET telah diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan menjadi salah satu syarat kemasukan ke UA/ IPTA melalui permohonan UPU online.

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Keputusan MUET sesi 1 Mac 2018 yang boleh disemak secara Online Dan SMS. Keputusan MUET boleh disemak pada tarikh berikut seperti yang dikongsikan dari pengumuman rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Tarikh Rasmi Semakan MUET Mac 2018

Keputusan boleh disemak pada

  • Tarikh rasmi adalah pada hari Khamis, 10 Mei 2018 bermula dari jam 1000 pagi
  • Tahun lepas pada hari Khamis, 5 Mei 2017

Semakan Keputusan MUET Mac 2018 (Sesi 1) Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara atau kaedah-kaedah yang disediakan dalam membuat semakan keputusan MUET sesi 1 Mac 2018 :-

1. Semakan Keputusan MUET Mac Secara Online

  • Layari Laman Web MPM dan semak secara atas talian/ online di : www.mpm.edu.my
  • Isikan No Kad Pengenalan anda dan tekan butang SUBMIT

Anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mengkases applikasi semakan di sebabkan penggunaan yang tinggi. Anda disarankan untuk membuat semakan keputusan pada waktu tidak puncak atau menyemak menggunakan Perkhidmatan SMS.

2. Keputusan MUET melalui SMS

taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888

Contoh :-

Semakan Keputusan MUET Mac 2018 Sesi 1 Online/ SMS

Nota Penting 

  • Untuk calon sekolah ataupun institusi, keputusan akan dihantar kepada Pengetua sekolah/ Institusi melalui SSP JPN. Untuk calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos yang dihantar kepada calon.

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat berikut :-

  1. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.
  2. Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
  3. Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
  4. Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja).
  5. PM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Langkah-langkah dan panduan cara membuat semakan semula keputusan MUET boleh dirujuk di SEMAK SEMULA RESULT MUET.

Maklumat Lanjut Peperiksaan MUET

Kepada mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET Tahun 2018, berikut adalah maklumat berkaitan peperiksaan MUET termasuk tarikh pendaftaran dan ujian buat panduan calon. Untuk makluman, penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) akan diperkenalkan oleh MPM bermula bulan April 2018

Sesi Mac 2018 (Sesi 1)

  • 1 November 2017 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 10 Januari 2018 : Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 27 dan 28 Februari dan 1, 5, 6, 7 Mac 2018 : Tarikh Ujian Speaking
  • 10 Mac 2018 : Tarikh Ujian Bertulis

Julai 2018 (Sesi 2)

  • 1 Mac 2018 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 9 Mei 2018 : Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 9, 10, 11, 12, 16 dan 17 Julai 2018 : Tarikh Ujian Speaking
  • 21 Julai 2018 : Tarikh Ujian Bertulis

November 2018 (Sesi 3)

  • 1 Jun 2018 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 1 Ogos 2018 : Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 24, 25, 26, 27 September dan 1, 2 Oktober 2018 : Tarikh Ujian Speaking
  • 29 September 2018 : Tarikh Ujian Bertulis

Selamat membuat Semakan Keputusan MUET Mac 2018 (sesi 1) secara Online Dan SMS. Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan MUET yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Semakan Keputusan UMP Februari 2018 Online

Semakan Keputusan UMP Februari 2018 Online