in

Semakan Keputusan MUET November 2018 Online

Cara Semak Keputusan MUET November 2018 Sesi 3 Secara Online Dan SMS. Pasti ramai calon peperiksaan MUET yang menanti bilakah tarikh semakan keputusan MUET November 2018 sesi 3 (MUET result November 2018) ? Berdasarkan kepada tarikh keputusan tahun sebelumnya, semakan keputusan MUET (Malaysia University English Test) sesi November tahun 2018 dijangka akan diumumkan pada minggu pertama bulan Januari 2019.

Untuk makluman, MUET telah diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan menjadi salah satu syarat kemasukan ke UA/ IPTA melalui permohonan UPU online. Keputusan peperiksaan MUET sesi 3 bulan November 2018 boleh disemak secara online di Laman web Majlis Peperiksaan Malaysia atau melalui khidmat penghantaran SMS. Semakan juga boleh dibuat melalui Applikasi MUETbyMPM. Tarikh rasmi semakan pada tahun lepas adalah pada hari Jumaat, 5 Januari 2018 bermula jam 1001 pagi.

Semakan Keputusan MUET November 2018 Online

Cara Membuat Semakan Keputusan MUET November 2018 Online Dan SMS (MUET SESI 3 NOVEMBER RESULT)

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Keputusan MUET November 2018 secara Online Dan SMS. Untuk makluman, Semakan Keputusan MUET Sesi 3 boleh disemak pada tarikh berikut seperti yang dikongsikan dari pengumuman rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Tarikh Semakan MUET Nov 2018

  • 2018 : Hari Rabu, 5 Disember 2018 bermula jam 1000 pagi
  • Semakan MUET November 2017 bermula dari jam 1001 pagi pada hari Jumaat, 5 Januari 2018

Semakan Keputusan MUET November 2017 Online

Semakan Keputusan MUET Sesi 3 November 2018 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara atau kaedah-kaedah yang disediakan dalam membuat semakan keputusan MUET sesi November 2018 :-

1. Semakan Keputusan MUET Secara Online

  • Layari Laman Web MPM dan semak secara atas talian/ online di : www.mpm.edu.my
  • Isikan No Kad Pengenalan anda dan tekan butang SUBMIT

Anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mengkases applikasi semakan di sebabkan penggunaan yang tinggi. Anda disarankan untuk membuat semakan keputusan pada waktu tidak puncak atau menyemak menggunakan Perkhidmatan SMS.

2. Keputusan MUET melalui SMS

taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888

Contoh :-

Semakan Keputusan MUET November 2017 Online

3. Semakan Melalui Applikasi MUETbyMPM

Calon juga boleh membuat semakan dengan menggunakan applikasi di telefon pintar MUETbyMPM di Google Playstore dan iTunes.

Nota Penting 

  • Untuk calon sekolah ataupun institusi, keputusan akan dihantar kepada Pengetua sekolah/ Institusi melalui SSP JPN. Untuk calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos yang dihantar kepada calon.

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat berikut :-

  1. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.
  2. Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
  3. Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
  4. Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja).
  5. PM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Langkah-langkah dan panduan cara membuat semakan semula keputusan MUET boleh dirujuk di SEMAK SEMULA MUET.

Maklumat Lanjut Peperiksaan MUET

Kepada mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET Tahun 2018, berikut adalah maklumat berkaitan peperiksaan MUET termasuk tarikh pendaftaran dan ujian buat panduan calon. Untuk makluman, penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) akan diperkenalkan oleh MPM bermula bulan April 2018

Sesi Mac 2018 (Sesi 1)

  • 1 November 2017 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 10 Januari 2018 : Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 27 dan 28 Februari dan 1, 5, 6, 7 Mac 2018 : Tarikh Ujian Speaking
  • 10 Mac 2018 : Tarikh Ujian Bertulis

Julai 2018 (Sesi 2)

  • 1 Mac 2018 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 9 Mei 2018 : Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 9, 10, 11, 12, 16 dan 17 Julai 2018 : Tarikh Ujian Speaking
  • 21 Julai 2018 : Tarikh Ujian Bertulis

November 2018 (Sesi 3)

  • 1 Jun 2018 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 1 Ogos 2018 : Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 24, 25, 26, 27 September dan 1, 2 Oktober 2018 : Tarikh Ujian Speaking
  • 29 September 2018 : Tarikh Ujian Bertulis

Kepada calon, selamat membuat Semakan Keputusan MUET November 2018 secara Online Dan SMS. Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat keputusan MUET yang cemerlang. Untuk mereka yang ingin lulus dengan cemerlang, anda boleh merujuk kepada panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET. Banyak tips yang diberikan dan anda pasti tidak rugi dalam mendapatkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2018 Online

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2019 Online

Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2019 Online