in

Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2019 Online (November)

Cara Semak Keputusan MUET November 2019 Sesi 3 Secara Online Dan SMS. Pasti ramai calon peperiksaan MUET yang menanti bilakah tarikh semakan keputusan MUET Sesi 3 November 2019 (MUET result November 2019) ? Berdasarkan kepada tarikh keputusan tahun sebelumnya, semakan keputusan MUET (Malaysia University English Test) sesi November tahun 2019 dijangka akan diumumkan pada awal bulan Januari 2020.

Untuk makluman, MUET telah diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan menjadi salah satu syarat kemasukan ke UA/ IPTA melalui permohonan UPU online. Keputusan peperiksaan MUET sesi 3 bulan November 2019 boleh disemak secara online di Laman web Majlis Peperiksaan Malaysia atau melalui khidmat penghantaran SMS. Semakan juga boleh dibuat melalui Applikasi MUETbyMPM.

Semakan Keputusan MUET Sesi 3 November

Cara Membuat Semakan Keputusan MUET Sesi 3 (November) 2019 Online Dan SMS (MUET SESI 3 RESULT)

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Keputusan MUET Sesi 3 November 2019 secara Online Dan SMS. Untuk makluman, Semakan Keputusan MUET Sesi 3 boleh disemak pada tarikh berikut seperti yang dikongsikan dari pengumuman rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

TARIKH SEMAKAN MUET SESI 3 (NOVEMBER) 2019

TARIKH/ HARI
MASA
 7 Januari 2020 – Selasa
 1000 PAGI
Berikut dikongsikan cara atau kaedah-kaedah yang disediakan dalam membuat semakan keputusan MUET sesi November 2019

1. SECARA ONLINE

*APLIKASI SEMAKAN : MUET RESULT
Isikan No Kad Pengenalan anda dan tekan butang SUBMIT

Anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mengkases applikasi semakan di sebabkan penggunaan yang tinggi. Anda disarankan untuk membuat semakan keputusan pada waktu tidak puncak atau menyemak menggunakan Perkhidmatan SMS

2. Keputusan MUET melalui SMS

taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888

Contoh :-

3. Semakan Melalui Applikasi MUETbyMPM

Calon juga boleh membuat semakan dengan menggunakan applikasi di telefon pintar MUETbyMPM di Google Playstore dan iTunes.

Nota Penting 

  • Untuk calon sekolah ataupun institusi, keputusan akan dihantar kepada Pengetua sekolah/ Institusi melalui SSP JPN. Untuk calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos yang dihantar kepada calon.

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat berikut :-

  1. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.
  2. Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
  3. Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
  4. Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja).
  5. PM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Langkah-langkah dan panduan cara membuat semakan semula keputusan MUET boleh dirujuk di SEMAK SEMULA MUET.

Maklumat Lanjut Peperiksaan MUET

Kepada mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET Tahun 2019, berikut adalah maklumat berkaitan peperiksaan MUET termasuk tarikh pendaftaran dan ujian buat panduan calon. Untuk makluman, penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) akan diperkenalkan oleh MPM bermula bulan April 2018

Sesi 1 2020

  • 14 November 2019 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  •  9 Januari 2020 : Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 3, 5, 9, 10, 11, dan 12 Mac 2020 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 27 Jun 2020 – Tertakluk pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (pindaan dari 5 September 2020) : Tarikh Ujian Bertulis

Sesi 2 2020

  • 4 Februari 2020 (Semua Jenis Calon) & 25 Ogos 2020 (Calon yang ingin memperbaiki keputusan MUET Sesi 1 2020 sahaja) : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 8 Julai 2020 (Semua Jenis Calon) dan 30 Ogos 2020 (Calon yang ingin memperbaiki keputusan MUET Sesi 1 2020 sahaja) : Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 9, 10, 11, 15, 16, dan 17 Jun 2020 21, 22, 23, 28, 29 & 30 September 2020 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 20 Jun 2020 31 Oktober 2020 : Tarikh Ujian Bertulis

Sesi 3 2020

*MUET sesi 3 dibatalkan

  • 21 Mei 2020 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 8 Julai 2020 : Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 21, 22, 23, 28, 29 dan 30 September 2020 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 31 Oktober 2020 : Tarikh Ujian Bertulis

Kepada calon, selamat membuat Semakan Keputusan MUET Sesi 3 November 2019 secara Online Dan SMS. Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat keputusan MUET yang cemerlang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

semakan keputusan sbp tingkatan 4

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2020 Online

Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2020 Online