in

Semakan Keputusan Peperiksaan SPA Dan Temuduga

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Dan Temuduga SPA Online. Bekerja di sektor awam adalah impian ramai orang yang bekerja. Bagi calon yang telah membuat permohonan pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan peperiksaan SPA dan temuduga secara online. Mereka yang ingin memohon jawatan kosong perlu membuat  permohonan pendaftaran pekerjaan melalui Borang SPA8i online.

Setiap bulan, pihak SPA akan mengiklankan senarai jawatan kosong di SPA termasuk senarai jadual temuduga, Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan serta Assessment Centre. Maklumat dan status pengambilan jawatan kosong Kerajaan boleh disemak secara atas talian sekaligus memudahkan urusan para pemohon.

semakan keputusan peperiksaan spa online dan temuduga

Cara Semak Status Permohonan SPA (Keputusan Peperiksaan Dan Temuduga)

Berikut dikongsikan panduan cara membuat semakan keputusan peperiksaan dan temuduga SPA secara online. Maklumat yang dikongsikan termasukan semakan keputusan peperiksaan, jadual serta keputusan temuduga dan senarai penjadualan peperiksaan/ temuduga.

A. Semakan Keputusan Peperiksaan SPA Dan Temuduga Online

Kini semuanya menjadi lebih mudah sistem applikasi semakan atas talian/ online. Pemohon boleh membuat semakan keputusan temuduga dan peperiksaan SPA mereka melalui pautan di bawah :-

  1. Keputusan Peperiksaan Online (Termasuk Keputusan Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan)
  2. Senarai Keputusan Temuduga SPA
  3. Senarai Keputusan Assessment Centre

Selain itu, SPA juga ada menyediakan semakan berikut :-

  1. Maklumat Urusan Pengambilan (Statistik)
  2. Semakan Status Urusan Perkhidmatan
  3. Sistem Setuju Terima Tawaran Pelantikan
  4. Kalkulator Perkhidmatan

Kesemua maklumat di atas boleh disemak di Applikasi Semakan Utama Penjadualan Dan Keputusan.

B. Maklumat Lanjut Pendaftaran Pekerjaan SPA

Buat mereka yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong kerajaan, sila buat pendaftaran pekerjaan di SPA8i secepat mungkin. Mana tahu rezeki anda bekerja di sektor awam tercapai.

Untuk mendaftar SPA, sila klik pautan URL borang SPA8i yang dikongsikan di bawah ini :-

Pemohon perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang SPA8i. Untuk makluman, syarat terkini pendaftaran pekerjaan melalui SPA8i adalah seperti berikut :-

  1. Tempoh sah laku pendaftaran calon telah dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun sahaja. Jika telah tamat tempoh maka pemohon perlu mengisi Borang SPA8i sekali lagi.
  2. Permohonan jawatan tanpa had telah dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja
  3. Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu
    • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
    • Pemohon yang memiliki Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM.
  4. Calon yang memiliki Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/ STPM/ STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
  5. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja
  6. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  7. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga

Diucapkan selamat membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SPA Dan Temuduga secara online. Tahniah kepada pemohon yang berjaya dalam peperiksaan dan temuduga SPA. Moga anda dapat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kemajuan negara Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BR1M 2018 Pendaftaran Semakan Rayuan Bayaran

BR1M 2018 Pendaftaran Semakan Rayuan Bayaran

Permohonan IPG 2018 online pismp

Permohonan IPG 2018 Online PISMP Lepasan SPM