Semakan Keputusan PSPM SDS SES 2023-2024, Tarikh penting dan cara check result peperiksaan matrikulasi & Semak Semula Keputusan PSPM

Semakan Keputusan PSPM 2023-2024 & Semak Semula Result

Calon peperiksaan semester Program Matrikulasi KPM pasti berdebar-debar menunggu keputusan peperiksaan PSPM mereka tidak lama lagi. Semakan Keputusan PSPM sesi 2023-2024 dijangka  boleh disemak pada bulan Mac 2024. Keputusan peperiksaan melibatkan pelajar Program Matrikulasi Satu Tahun (SDS) yang kini dikenali sebagai Sistem Dua Semester (SDS) Semester I dan Program Matrikulasi Dua Tahun (SES) yang kini dikenali sebagai Sistem Empat Semester (SES) semester I & III sesi 2023/ 2024. Juga dikongsikan panduan cara membuat semak semula keputusan PSPM buat rujukan pemohon.

Program Matrikulasi KPM adalah satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA) atau Kolej Universiti. Application ke UA boleh dipohon menerusi UPUonline .

Semakan Keputusan PSPM Matrikulasi

Semakan Keputusan PSPM SDS SES Sesi 2023/ 2024 Online

Untuk makluman, pelajar lulusan program matrikulasi KPM akan dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM untuk diberi peluang memohon pekerjaan di sektor Perkhidmatan Awam pada Gred 29 dalam skim perkhidmatan berkaitan. Pelajar yang memiliki sijil ini juga layak untuk memohon pekerjaan dalam perkhidmatan swasta selepas menamatkan pengajian.

Pelajar yang cemerlang juga berpeluang untuk mengikuti Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) ke luar negara.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan Peperiksaan Matrikulasi sesi 2023/ 2024 untuk Program Matrikulasi 1 tahun semester I dan Program Matrikulasi 2 tahun semester I dan III. Tempoh pengajian program Matrikulasi (pra-universiti) adalah selama

  1. Dua (2) semester atau setahun : Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS)
  2. Empat (4) semester: Program Matrikulasi Sistem Empat Tahun (SES)

Cara Semak Keputusan PSPM 2023/ 2024 Online Dan SMS

Untuk membuat semakan, pelajar boleh merujuk kepada tarikh rasmi keputusan diumumkan beserta beberapa kaedah semak seperti dikongsikan di bawah ini :-

A (I). Tarikh Semakan PSPM 2023-2024 Semester I & IV

Berikut adalah tarikh penting semakan untuk SDS dan SES KPM sesi 2023/ 2024:-

  1. Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) Semester I Sesi 2023/ 2024
  2. SES – Program Matrikulasi Sistem Empat Tahun Semester I Sesi 2023/ 2024
  3. SES – Program Matrikulasi Sistem Empat Tahun (SES) Semester III Sesi 2023/ 2024
  • 23 Februari 2024 (Hari Jumaat) : 1001 pagi

*Nota : Keputusan PSPM untuk ketiga-tiga kategori diatas adalah pada tarikh yang dinyatakan di atas. Semua maklumat yang dikongsikan adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan.

A (II). Tarikh Semakan PSPM 2022-2023 Semester II & IV

Berikut adalah tarikh penting semakan untuk SDS dan SES KPM sesi 2022/ 2023 Semester II dan IV:-

  1. Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) Semester II sesi 2022/ 2023
  2. SES – Program Matrikulasi Sistem Empat Semester, Semester II sesi 2022/ 2023
  3. SES – Program Matrikulasi Sistem Empat Semester (SES) Semester IV sesi 2022/ 2023
  • 7 Julai 2023 : Jam 1000 pagi

*Nota : Keputusan PSPM untuk ketiga-tiga kategori diatas adalah pada 7 Julai 2023 bermula jam 10 pagi. Semua maklumat yang dikongsikan adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan.

B. Kaedah Semakan Keputusan PSPM 2023/ 2024

Menerusi Pengumuman KPM, keputusan PSPM sesi 2023/ 2024 boleh disemak melalui kaedah semakan seperti berikut :-

a) Kolej Masing-Masing

  • Edaran slip keputusan peperiksaan

b) Panggilan Telefon

  • Kolej masing-masing
  • Sektor Pengurusan Peperiksaan, Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4083/ 4020

c) Semakan Atas Talian/ Online

Keputusan PSPM boleh disemak secara atas talian/ online sekiranya sistem applikasi semakan dibuka

Meneruskan Pengajian Dan Semakan Semula Keputusan PSPM Sesi 2023/ 2024

  1. Syarat kelayakan meneruskan pengajian perlu dirujuk kepada Panduan Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) dan Program Matrikulasi Sistem Empat Tahun (SES), Sesi 2023/ 2024 – Akan dikemaskini
  2. Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh merujuk kepada syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my atau melalui panduan yang dikongsikan di bawah.

Borang Semak Semula Keputusan PSPM (Peperiksaan Semester)

Berita baik buat pelajar-pelajar program Matrikulasi yang mengambil Peperiksaan Semester (PSPM) yang telah mendapat keputusan dan kurang berpuas hati, anda berpeluang untuk apply semakan semula keputusan tersebut. Semak Semula Keputusan PSPM bagi Semester I & III Sesi 2023/2024 telah dibuka pada 25 Februari hingga 7 Mac 2024.

Berikut disediakan panduan cara untuk membuat application dan keterangan lanjut.

Semakan semula ini adalah untuk calon-calon PSPM SDS Semester I dan juga SES Semester III sesi 2023/2024.

Tarikh Semak Semula Keputusan PSPM 

Berikut adalah perincian dan keterangan lanjut mengenai tarikh dan cara untuk membuat semak semula keputusan PSPM bagi sesi 2022/ 2023.

  • Buka : 7 Julai 2023
  • Tutup : 20 Julai 2023

Cara Membuat Semak Semula Keputusan Peperiksaan Semester Matrikulasi (PSPM)

Pelajar yang ingin berbuat demikian hanya perlu memuat turun arahan dan borang semak semula seperti yang disediakan di bawah:

NOTA: Sebarang application selepas tarikh tutup tidak akan dilayan

Untuk makluman, keputusan semakan semula akan dikeluarkan dan dihantar melalui emel pemohon pada (akan dikemaskini). Keputusan semakan semula yang dikeluarkan adalah muktamad.

Syarat/ Peraturan Semakan Semula Keputusan PSPM 

Berikut adalah syarat dan peraturan dalam membuat application buat rujukan pelajar :-

Calon yang ingin memohon semakan semula keputusan peperiksaan hendaklah melengkapkan borang Semak Semula Keputusan Peperiksaan yang boleh diperolehi di kolej, di pejabat Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya atau melayari laman web di alamat http://www.moe.gov.my bermula pada hari keputusan peperiksaan diumumkan.

Semua application adalah menggunakan borang BMKPM/SS/PSPM, hanya application calon SES III sahaja menggunakan borang BMKPM/SS/PSPM/SES

Borang application Semak Semula Keputusan Peperiksaan perlu diisi dalam dua (2) salinan dan hendaklah dihantar melalui kolej masing-masing

Setiap kursus/ mata pelajaran yang disemak semula dikenakan bayaran. Kadar bayarannya (tidak termasuk caj pembelian dan cukai berkuatkuasa) adalah seperti yang tertera pada borang application semak semula keputusan peperiksaan

Bayaran

  1. Setiap kursus/ mata pelajaran yang disemak semula dikenakan bayaran. Kadar bayarannya (tidak termasuk caj pembelian dan cukai berkuatkuasa) adalah seperti yang tertera pada borang semak semula keputusan peperiksaan
  2. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf sahaja atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Bayaran dalam bentuk tunai atau cek peribadi tidak akan diterima
  3. Wang Pos/ Bank Draf hendaklah dikepilkan bersama-sama borang. *(Ruangan ‘bayar kepada’ pada wang pos MESTI ditulis Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia). **Sila rujuk lampiran Panduan Pengisian Maklumat Wang Pos Pada Borang

Penghantaran Borang

Borang yang lengkap berserta bayaran yang mencukupi hendaklah tiba di Bahagian Matrikulasi selewat-lewatnya pada jam 4.00 petang pada 20 Julai 2023

Borang dan wang pos yang tidak diisi dengan lengkap (ruangan pemohon tidak diisi pada belakang wang pos dan ruangan ‘bayar kepada’ tidak ditulis atas nama pengarah) atau bayaran tidak mencukupi tidak akan diproses dan akan dikembalikan semula kepada pemohon

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi seperti berikut:

  • Tel : 03-80008000
  • Faks : 03-88846411
  • Emel : kpkkpm[at]moe.gov.my
  • Alamat : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604, Putrajaya.

Semoga panduan Semak Semula Keputusan PSPM yang dikongsikan dapat membantu para pelajar dalam membuat application. Diucapkan semoga berjaya kepada semua yang telah membuat semakan semula keputusan peperiksaan Matrikulasi mereka.

Selamat membuat Semakan untuk pelajar SDS dan SES. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *