in

Semakan Keputusan PT3 2018 Online

Cara semak result keputusan PT3. Bilakah tarikh keputusan peperiksaan PT3 2018 (Pentaksiran Tingkatan 3) akan diumumkan? Perhatian buat pelajar Tingkatan 3 yang telah menduduki peperiksaan PT3 pada 1 hingga 4 Oktober 2018 yang lalu. Mengikut rekod tarikh tahun-tahun lepas, Semakan Keputusan PT3 2018 Online dijangka diumumkan pada minggu ketiga bulan Disember 2018 dan tertakluk kepada perubahan. Tarikh rasmi result PT3 2017 diumumkan adalah pada hari Khamis, 14 Disember 2017 jam 1000 pagi,

Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Bahagian Pemberitahuan untuk tarikh rasmi keputusan PT3 2018 diumumkan. Untuk makluman, tiada pengumuman secara berpusat akan dilbuat pada tahun ini sepertimana tahun-tahun sebelumnya, Sebagai rujukan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau PMR.

Semakan keputusan PT3 2018 online dan sms

Tarikh Rasmi Keputusan PT3 2018 Diumumkan

Berikut dikongsikan informasi berkaitan Semakan Keputusan PT3 2018 yang memaparkan  tarikh rasmi keputusan diumumkan dan cara untuk mendapatkan keputusan peperiksaan Pentakisran Tingkatan 3.

SEMAKAN PT3 2018

TARIKH BUKA
MASA
 DISEMBER 2018
 1000 PAGI
*Nota : Tarikh RASMI akan dikongsikan selepas diumumkan oleh KPM

Sebagai rujukan, berikut adalah tarikh rasmi Keputusan PT3 diumumkan dari tahun 2014 hingga tahun 2017.

  1. 2017 : 14 Disember 2017 (Khamis)
  2. 2016 : 19 Disember 2016
  3. 2015 : Hari Isnin, 14 Disember 2015
  4. 2014 : 22 Disember 2014 (Isnin)

Semakan Keputusan PT3 2018 Online Dan SMS

Cara mendapatkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2018 adalah seperti berikut :-

  1. Untuk calon sekolah, pelajar perlu hadir ke sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.
  2. Pelajar hendaklah memakai pakaian seragam sekolah semasa mengambil slip keputusan penuh peperiksaan PT3
  3. Untuk calon persendirian, anda boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat anda membuat pendaftaran peperikaan dahulu.
  4. Gred pemarkahan PT3 boleh dirujuk di Julat Markah

Berdasarkan kepada tahun 2015/ 2016/ 2017, TIADA semakan secara online ada disediakan. Calon perlu datang mengambil sendiri slip peperiksaan PT3 pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan di sekolah anda.

Semak Keputusan UPSR 2018 Melalui SMS

Tiada semakan melalui SMS disediakan tahun ini.

Calon juga boleh menyemak ringkasan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (mySMS)

  • Taip PT3 <Jarak> Angka Giliran seterusnya sms ke 15888

Permohonan semak semula keputusan PT3 boleh di buat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 yang boleh didapati di sekolah masing-masing. Panduan membuat semakan semula keputusan boleh dirujuk di SEMAK SEMULA RESULT PT3. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari keputusan dikeluarkan.

Maklumat Lanjut PT3 2018

Untuk makluman, peperiksaan PT3 akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.

Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka. Untuk keputusan PT3, pelajar adalah dinilai berdasarkan kepada empat jenis penilaian merangkumi perkara berikut:-

  1. Keputusan keseluruhan
  2. Penghuraian keputusan mata pelajaran
  3. Laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum
  4. Laporan psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan seseorang.

Kepada pelajar yang berminat untuk memasuki sekolah dan kolej yang dinyatakan untuk ambilan 2018 Tingkatan, sila rujuk kepada maklumat penting permohonan di bawah ini :-

  1. Permohonan MRSM Tingkatan 4
  2. Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4
  3. Permohonan Kolej Vokasional/ Sekolah Menengah Teknik

Nota : Permohonan boleh dibuat sebelum keputusan PT3 diumumkan

Selamat membuat Semakan Keputusan PT3 2018 secara SMS. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Sekolah Kawalan 2019 SMKA KAA SABK KRK

Permohonan Sekolah Kawalan 2019 SMKA KAA SABK KRK

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2018 dan skema jawapan

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2018 Dan Jawapan