in

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2019 Online

Berita baik buat pelajar yang ada membuat permohonan rayuan UPU sesi ambilan 2019/ 2020 untuk lepasan SPM dan STPM/ setaraf. Menerusi makluman Facebook Kemasukan BPKP JPT (FB Rasmi UPU), Semakan Keputusan Rayuan UPU 2019 Online untuk para pemohon UPUonline boleh dibuat pada Jun (SPM) dan Ogos/ September (STPM).

Untuk makluman, sekiranya pelajar gagal dalam permohonan kemasukan UA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti, calon boleh membuat permohonan rayuan UPU secara online. Tawaran kemasukan adalah bergantung kepada kekosongan tempat di Universiti Awam. Dan Keputusan rayuan UPU adalah muktamad serta proses rayuan juga ditutup.

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2019 Online

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan UPU 2019 Online

Untuk panduan pelajar, tarikh rasmi Semakan Keputusan permohonan Rayuan UPU 2019 Online adalah seperti berikut :-

  • Keputusan eRayuan SPM : Minggu kelima Jun 2019 (Mulai 1200 tengahari)
  • Semakan Keputusan permohonan Rayuan Pertama (Fasa 1 STPM) : Minggu kelima Ogos 2019
  • Keputusan Rayuan Kedua : Minggu ketiga September 2019

Cara Buat Semakan Keputusan Rayuan UPU 2019 Online

Sistem Aplikasi semakan secara online ataupun SMS hanya akan diaktifkan bermula dari tarikh hebahan keputusan rayuan pertama dan kedua UPU diumumkan secara rasmi.

Pautan URL Semakan Keputusan Rayuan UPU Online Lepasan STPM Setaraf

Berikut dikongsikan cara membuat semakan online dengan menggunakan saluran UPU dan juga saluran alternatif untuk panduan pemohon :

  1. Semakan UPUonline
  2. UTM – https://intake.utm.my
  3. UMS – http://jpt.ums.edu.my
  4. UniMAS – https://jpt.unimas.my
  5. UUM – http://jpt.uum.edu.my

Semakan Keputusan Rayuan Secara SMS

Pemohon juga boleh membuat semakan keputusan permohonan rayuan melalui SMS dengan menaip seperti berikut :

  • UPU <jarak> RESULT <jarak> NO KAD PENGENALAN dan hantar SMS ke 15888

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian helpline UPU di (03) 8870 8200. Pemohon juga boleh mengunjungi kaunter runding cara UPU di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang

Selamat membuat Semakan Keputusan Rayuan Permohonan UPU 2019 Online. Tahniah kepada pelajar lepasan SPM serta STPM/ setaraf yang berjaya ditawarkan pengajian di Universiti Awam di Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK KELANTAN 2018

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kelantan 2019

Jadual Siaran Langsung Liga Super 2019 Malaysia