in

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2020 Online

Cara Semak Keputusan Dan Tawaran SBP 2020 Tingkatan 4 Online. Bila tarikh semakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 ambilan tahun 2020? Panduan buat murid Tingkatan 3 yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP 2020 Tingkatan 4 yang ditutup pada 27 September 2019. Menurut FAQ Permohonan SBP 2020, Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2020 secara online akan diumumkan selewat-lewatnya 14 Januari 2020. Semakan tawaran adalah selepas keputusan PT3 diumumkan.

Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu (1) SBP pula akan diumumkan lebih awal iaitu selewat-lewatnya pada 20 Disember 2019. Iaitu selepas keputusan UPSR 2019 diumumkan dan tamatnya Ujian Kemasukan SBP (UKSBP) diadakan. Permohonan e-Rayuan SBP 2020 untuk pelajar yang gagal dalam mendapat tawaran akan dibuka pada tarikh yang sama dengan keputusan SBP diumumkan.

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2020 Online

Semakan Keputusan Dan Tawaran SBP 2020 Tingkatan 4 Secara Online

Untuk rujukan pelajar Tingkatan 3, berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Empat (4) meliputi perkongsian tarikh dan applikasi semakan serta panduan membuat rayuan permohonan.

A. SEMAKAN KEPUTUSAN SBP TINGKATAN 4 2020 (TARIKH PENTING)

TARIKH BUKA
TARIKH TUTUP
 Selewat-lewatnya 14 Januari 2020
 –
*Nota : Sebarang perubahan pada tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa

Permohonan e-Rayuan SBP 2020 adalah pada tarikh yang sama seperti tarikh semakan keputusan diumumkan.

Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala di http://www.moe.gov.my/ dalam mendapatkan maklumat terkini tarikh dan panduan semakan.

i) Applikasi Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4

Keputusan SBP Form 4 2020 boleh disemak secara atas talian atau online di applikasi semakan

  • https://sst4.moe.gov.my/
    • Sila Masukkan Angka Giliran PBS dan Klik Butang Semakan
    • Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran PT3 calon.

B. Arahan Kepada Pemohon SBP Yang Berjaya

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. SBP berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.

C. Permohonan e-Rayuan SBP 2020

Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat. Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman penawaran kepada murid yang berjaya.

D. Permohonan e-Rayuan SBP Online Dan Semakan Keputusan e-Rayuan

1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

  • Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my
    • Klik semakan tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
    • Masukkan angka giliran UPSR/ PT3
    • Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
    • Klik pada e-rayuan
    • Hantar

NOTA : Semakan Tawaran Penempatan Kemasukan Ke Tingkatan Empat (4) Rayuan SBP Tahun 2020 secara dalam talian boleh di semak bermula tarikh yang akan dikemaskini (tahun lepas pada 8 Mac 2019 sehingga 20 Mac 2019).

Selamat membuat Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2020 secara Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Form 4 Sekolah Berasrama Penuh ambilan 2020.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Sekolah Rancangan Khas Perak 2018

Permohonan Sekolah Rancangan Khas Perak 2020

Semakan Keputusan MUET November 2017 Online

Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2019 Online (November)