in

Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia 2020

Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Sekolah Sukan Malaysia 2020 Secara Online. Pasti ramai pelajar yang berbakat dalam sukan dan berminat untuk memasuki Sekolah Sukan Malaysia. Bagaimana cara membuat semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM) 2020? Keputusan SSM boleh dibuat secara online di Applikasi Pengurusan Atlet Murid. Berikut dikongsikan maklumat penting semakan tawaran Sekolah Sukan Malaysia ambilan Julai 2019 dan Januari 2020.

Semakan keputusan Sekolah Sukan Malaysia adalah dengan menggunakan No Kad Pengenalan dan tawaran adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan. Hanya sah sekiranya calon atlet murid memenuhi syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia.

Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia 2019

Semakan Keputusan Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia 2020 Online

Berikut adalah panduan dalam membuat semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ambilan Januari 2020 yang boleh dibuat secara online.

A. Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia Januari 2020

Keputusan boleh dibuat melalui Laman Web KPM https://spassm.moe.gov.my dan melalui Sekolah Sukan Malaysia yang berhampiran.

  1. Sila layari Applikasi Pengurusan Atlet
  2. Isi No KP
  3. Klik SEMAK

Nota : Semua pemilihan calon akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Murid ke Sekolah Sukan Malaysia. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam minggu kedua bulan Disember bagi Ambilan Januari dan minggu ketiga bulan Jun bagi Ambilan Julai. Surat tawaran akan dihantar terus ke sekolah asal pemohon.

B. Panduan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia

Untuk ibu bapa atau penjaga yang berminat untuk menghantar anak ke Sekolah Sukan Malaysia, berikut adalah prosedur untuk permohonan kemasukan murid ke SSM :-

Mengisi dan melengkapkan borang pencalonan secara dalam talian di web KPM SPASSM.

Tarikh pencalonan dibuka seperti ketetapan berikut :

  • Pengambilan Julai: 1 April hingga 15 April tahun tersebut
  • Pengambilan Januari: 1 September hingga 10 Oktober tahun sebelumnya

C. Syarat Kemasukan Atlet Murid Ke Sekolah Sukan Malaysia

Permohonan ke Sekolah Sukan Malaysia akan dilaksanakan 2 kali setahun iaitu pada :-

  1. Ambilan Januari
  2. Ambilan Julai

Hanya pencalonan yang terdiri daripada badan berikut adalah layak memohon :-

  1. Majlis Sukan Negara (MSN)
  2. Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK)
  3. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
  4. Sekolah Sukan Malaysia (SSM
  5. Sekolah Sukan Negeri (SSN)

Permohonan adalah dengan menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) https://spassm.moe.gov.my/.

Syarat Umum Kemasukan SSM

Berikut adalah syarat umum kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia :-

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Telah melalui proses kenalpasti bakat (Talent Identification (TID)/Talent Search/Talent Scouting).
  3. Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.
  4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.
  5. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
  6. Keutamaan akan diberikan kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi. (Contoh : Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan kejohanan lain yang diiktiraf)

Ujian Mengenalpasti Bakat (TID)

  1. Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang tahun
  2. Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara.

D. Senarai Sekolah Sukan Malaysia Terkini

Berikut adalah senarai Sekolah Sukan Malaysia SSM terkini beserta maklumat alamat dan no telefon:-

1. Sekolah Sukan Bukit Jalil

  • Kompleks Sukan Negara
    57000 Kuala Lumpur
    Tel: 03-90587335
    Faks: 03-90587153

2. Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

  • Bandar Penawar
    81930 Bandar Penawar
    Johor Darul Takzim
    Tel: 07-8223027
    Faks: 07-8223028

3. Sekolah Sukan Malaysia Pahang

  • Jalan Bandar Gambang 10
    Bandar Gambang
    26300 Kuantan
    Pahang Darul Makmur
    Tel: 09-5497000
    Faks: 09-5497001

4. Sekolah Sukan Malaysia Sabah

  • Peti Surat 18472
    88875 Kota Kinabalu
    Sabah
    Tel: 088-402140, 088-402141
    Faks: 088-402142

Maklumat Lanjut

  • Sila rujuk Manual Pengguna untuk panduan buat Pencalon, Calon Altet, Pentadbir Bahagian dan Pegawai TID.

Selamat membuat Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia 2020 secara online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SSM sesi Januari 2020.

One Comment

Leave a Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Semakan MRSM Tingkatan 4 2019 Online

Semakan MRSM Tingkatan 4 2019 Online

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2019 Online

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2020 Online