in ,

Semakan Keputusan SMKA Perak 2018 Online

Cara Semak Keputusan Tawaran Dan Ujian Bertulis SMKA Perak 2018 Online. Bilakah tarikh semakan ujian bertulis dan keputusan tawaran SMKA Negeri Perak ambilan 2018? Panduan buat para pemohon dari kalangan pelajar Tahun 6 (UPSR) yang ada membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMKA) Negeri Perak tahun 2018. Berikut dikongsikan maklumat  Semakan Keputusan SMKA Perak 2018 secara online untuk kemasukan Tingkatan 1 beserta semakan ujian bertulis dan temuduga.

Keputusan tawaran ke SMKA Perak 2018 akan diumumkan selepas Ujian (Bertulis Jawi), Ujian Temuduga, Lisan Tilawah dan Hafazan diadakan. Semua keputusan kemasukan dan ujian ke SMKA akan diumumkan di Portal Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Pemohon Sekolah Menengah Kebangsan Agama yang berjaya perlu membuat cetakan surat tawaran. Pemohon yang gagal pula boleh membuat permohonan e-rayuan.

Semakan Keputusan SMKA Perak 2018 Online

Cara Semak Keputusan Tawaran Kemasukan Ke SMKA Perak 2018 Online

Untuk kemasukan tahun 2018, menerusi makluman JPN Perak, syarat kemasukan murid ke Tingkatan 1 ke semua SMKA telah dibuat penambahbaikan dimana pemohon perlu menduduki dan lulus ujian bertulis Jawi. Berikut dikongsikan maklumat penting Semakan Keputusan SMKA Perak 2018 yang boleh disemak secara online.

Seperti yang dikongsikan, pemohon perlu menduduki Ujian Saringan (Bertulis Jawi) Dan Temuduga Lisan semua SMKA dan Ujian Temuduga, Lisan Tilawah Dan Hafazan untuk SMKA Kerian. Berikut dikongsikan maklumat semakan ujian beserta tarikh dan applikasi semakan.

 

A. Semakan Keputusan SMKA Perak 2018 : Ujian Saringan (Bertulis Jawi) Dan Temuduga Lisan

Pemohon boleh membuat semakan keputusan kelayakan menduduki Ujian Bertulis Jawi seperti ketetapan berikut :-

Berikut adalah tarikh baru Ujian Saringan (Bertulis Jawi) Dan Temuduga Lisan untuk semua sekolah yang terlibat :-

  • Tarikh : 18 Disember 2017 (Isnin)
  • Masa : 900 hingga 1030 pagi

Calon diminta membawa alat tulis, slip kelayakan menduduki ujian dan memakai pakaian rasmi Sekolah Kebangsaan. Daerah dan pusat ujian adalah seperti berikut :-

  1. Hilir Perak : SK Sultan Abdul Aziz
  2. Kuala Kangsar : SMK Bukit Merchu
  3. Batang Padang/ Mualim : SMKA Slim River
  4. Kinta Utara : SMKA Tambun
  5. Kerian : SMKA Kerian
  6. Perak Tengah : SMKA Sultan Azlan Shah
  7. Larut Matang Selama : SK Long Jaafar
  8. Kinta Selatan : SMK Kampar
  9. Hulu Perak : SK Sri Adika Raja
  10. Manjung : SK Seri Selamat

B. Semakan Ujian Temuduga, Lisan Tilawah Dan Hafazan

Murid yang memohon kemasukan ke SMKA Kerian (TMUA) akan menduduki Ujian Temuduga, Lisan Tilawah dan Hafazan.Keputusan murid yang layak bagi Temuduga Ujian Lisan SMKA Kerian Tahfiz Model Ulul Albab akan dimaklumkan pada

  • Tarikh : 21 Disember 2017 (Khamis)
  • Masa : Jam 1000 pagi
  • Appliaksi Semakan . Semakan boleh dibuat pada applikasi semakan SMKA Perak.

Ujian Temuduga akan dilaksanakan seperti berikut :-

  • Tarikh : 26 Disember 2017 (Selasa)
  • Masa : 800 pagi
  • Tempat : SMKA Kerian

C. Tarikh Semakan Keputusan SMKA Perak Tahun 2018 Secara Online

Keputusan tawaran akan diketahui selepas ujian bertulis/ temuduga tamat.

  • Tarikh Semakan : Akan dikemaskini (Tahun lepas pada 20 Disember 2016 – Hari Selasa)
  • Applikasi Semakan : SEMAKN SMKA Perak 2018
  • Masukkan Angka Giliran UPSR untuk menyemak
  • Kepada pemohon yang berjaya, sila buat Cetakan SURAT TAWARAN yang memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader 9.0 ke atas.

Makluman Penempatan Murid Tingkatan 1 SMKA Perak 2018

  • Untuk tahun 2018, maklumat penempatan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Maklumat yang dikongsikan dibawah adalah untuk tahun 2017.

Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SMKA Perak ambilan tahun 2018. Sila rujuk peringatan dibawah untuk panduan selanjutnya.

SMKA KERIAN

  • Jalan Kampung Selamat
    34400 Simpang Empat
    Semanggol
    Perak Darul Ridzuan
    No Tel : 05-8904997

SMKA SULTAN AZLAN SHAH

  • Seri Iskandar
    32600 Bota
    Perak Darul Ridzuan
    No Tel : 05-3711689

SMKA SLIM RIVER

  • 35800 Slim River
    Perak Darul Ridzuan
    No Tel : 05-4527213

Peringatan Kepada Calon Berjaya (Cetak tawaran)

  1. Murid atau pelajar yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan
  2. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran
  3. Sekiranya maklumat tidak lengkap / tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut
  4. Tawaran kepada calon berjaya adalah muktamad.
  5. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama lain dan aliran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan

Permohonan E-Rayuan SMKA Perak 2018

  1. Pemohon yang gagal boleh membuat rayuan dimana Sistem aplikasi e-Rayuan akan dibuka bermula pada tarikh pengumuman keputusan ke SMKA ambilan pertama.
  2. Permohonan e- Rayuan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem aplikasi semakan yang sama

Bagi calon SMKA Kerian Tahfiz Model Ulul Albab boleh membuat rayuan secara manual kepada :

  • Ketua Sektor Pendidikan Islam
    Tingkat 14, Bangunan Maybank Trust
    Jalan Tun Sambanthan
    30000 Ipoh Perak
    No Tel : 05-2414000
    No Faks : 05-2424484

Untuk makluman, sistem aplikasi e-Rayuan akan ditutup pada * Akan dikemaskini (Tahun lepas pada 5 Januari 2017).

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 SMKA Perak tahun 2018. Gunakan peluang yang diberikan untuk belajar bersungguh-sungguh dalam mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jadual Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional 2018

Jadual Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional 2018

Permohonan Skim MyDeposit Online Rumah Pertama

Permohonan Skim MyDeposit 2018 Online