in

Semakan Keputusan SPMU 2018 Online Dan SMS

Bilakah tarikh semakan keputusan SPMU 2018 diumumkan? Panduan buat calon pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada bulan Jun yang lalu. Berdasarkan kepada tarikh tahun lepas, KPM akan mengumumkan tarikh keputusan peperiksaan SPMU tahun 2018 sekitar bulan Ogos/ September 2018. Pada tahun lepas, keputusan telah diumumkan pada 24 Ogos 2017.

Semakan keputusan SPMU 2018 untuk ringkasan keputusan boleh disemak secara SMS. Untuk semakan online, link applikasi semakan akan dikongsikan jika disediakan. Ringkasan keputusan boleh disemak bermula dari jam 10:00 pagi 13 September 2018. Mata pelajaran yang ditawarkan pada peperiksaan SPMU adalah Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik.

  • Tarikh rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 diumumkan pada Mac 2019 klik SPM 2018

Semakan Keputusan SPMU 2018 Online Dan SMS

Semakan Keputusan SPMU 2018 Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan SPM Ulangan (SPMU) tahun 2018 yang memaparkan tarikh keputusan diumumkan dan cara membuat semakan online dan SMS.

CHECK RESULT SPMU 2018 (TARIKH PENTING)

TARIKH BUKA
TARIKH TUTUP
 13 September 2018
 1000 pagi
 19 September 2018
 600 petang
*Nota : Slip Keputusan Penuh : Slip calon pelajar SPMU akan diposkan ke alamat rumah calon, atau anda boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat anda membuat pendaftaran peperiksaan SPMU
*Nota : Tarikh yang dinyatakan adalah RASMI sepertimana diumumkan oleh Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

Semakan Keputusan SPMU Online

Cara Semak Keputusan SPMU 2018 Melalui Kaedah SMS

Calon SPMU 2018 boleh membuat semakan keputusan SPM Ulangan 2018 melalui kaedah SMS. Perkhidmatan mySMS akan diaktifkan bermula dari jam 10:00 pagi keputusan SPMU diumumkan  dan berakhir pada 6:00 petang ,19 September 2018

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU 2018 melalui kaedah SMS:

  • Taipkan: SPMU<jarak>No Kad Pengenalan<Jarak>AngkaGiliran dan hantarkan SMS ke 15888
  • Contoh: SPMU 950101140001 WY198A123 Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan keputusan SPMU 2018. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan oleh semakan trafik yang tinggi.

Selamat membuat Semakan Keputusan SPMU 2018 secara Online Dan SMS. Semoga semua pelajar SPMU 2018 berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM Ulangan ini nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai Barang Dikenakan SST mulai 1 september 2018

Senarai Barang Dikenakan SST Bermula 1 September 2018

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 Exam Date

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2018 Exam Date