Semakan Keputusan STAM 2023 Online Dan SMS, Cara semak result sijil tinggi agama malaysia & Analisis Keputusan Peperiksaan STAM

Semakan Keputusan STAM 2023 Online Dan SMS

Panduan buat para calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2023 yang ingin mengetahui tarikh rasmi keputusan STAM diumumkan. Berdasarkan kepada tarikh-tarikh keputusan peperiksaan tahun-tahun lepas, semakan keputusan STAM 2023 dijangka diumumkan sekitar pertengahan hingga hujung bulan Mac.  Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari masa kesemasa untuk mendapatkan tarikh rasmi result STAM diumumkan. Juga dikongsikan Analisis Keputusan Peperiksaan STAM buat rujukan semua.

Peperiksaan STAM tahun 2023 adalah melibatkan calon berdaftar dari sekolah menengah agama negeri (SMA). Selebihnya adalah dari sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; dan sekolah menengah agama rakyat. Terdapat juga calon luar negara,  calon persendirian dan calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

Semakan Keputusan STAM 2020 Online

Seramai 7,277 calon telah mendaftar peperiksaan pada tahun 2020. Daripada jumlah tersebut, seramai 5,574 calon telah menduduki peperiksaan bagi Sesi 1 di 236 pusat peperiksaan dengan melibatkan seramai 1,144 petugas.

Peperiksaan Sesi 2 pula melibatkan seramai 15 calon dan 36 petugas di sembilan pusat peperiksaan. Pertambahan bilangan petugas seramai 121 berbanding tahun 2019, adalah wajar untuk memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar dan selamat pada tahun ini.

Seramai 644 pemeriksa telah dilantik untuk memeriksa skrip jawapan peperiksaan, pertambahan seramai 244 orang berbanding tahun 2019. Tahun ini merupakan kali kedua pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan dilaksanakan secara dalam talian.

Calon pertama kali mendaftar untuk peperiksaan diwajibkan menduduki 10 mata pelajaran yang meliputi tiga bidang. Pada tahun 2020, format instrumen peperiksaan yang digunakan adalah berdasarkan kurikulum baharu

Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2023 Secara Online Dan SMS

Mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) membolehkan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara khususnya di Timur Tengah selain di UA/ IPTA Tempatan melalui UPU.

Tarikh Semakan STAM 2023

Berikut adalah tarikh rasmi keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2023 diumumkan dan juga tarikh tahun-tahun sebelumnya :-

  • Tarikh Buka : 26 Mac 2024, Hari Selasa (1000 pagi)

*Nota : Tarikh RASMI selepas diumumkan secara rasmi oleh KPM

Tarikh Rasmi Semakan Keputusan STAM Tahun Sebelumnya

  1. 2022 : 18 April 2023 (Selasa)
  2. 2021 : 30 Jun 2022 (Khamis)
  3. 2020 : 17 Jun 2021 (Khamis)
  4. 2019 : 22 Januari 2020 (Rabu)
  5. 2018 : 17 Januari 2019 (Khamis)
  6. 2017 : 18 Januari 2018 (Khamis)
  7. 2016 : 19 Januari 2017 (Khamis)
  8. 2015 : 21 Januari 2016 (Khamis)
  9. 2014 : 28 Januari 2015 (Rabu)

Kaedah Semakan Keputusan STAM 2023

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan seperti makluman dari Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan keputusan peperiksaan Siji Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2023.

Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:-

  • i. secara dalam talian di pautan http://myresultstam.moe.gov.my/ untuk mendapatkan keputusan penuh; dan/atau
  • ii. menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan STAM 2023 dengan menaip  STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
    • Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 26 Mac 2024 dan akan ditamatkan pada pukul  6.00 petang pada 1 April 2024

Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan  memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat  Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk  mendapatkan keputusan peperiksaan.

Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM

Format penyataan keputusan peperiksaan STAM yang melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran adalah seperti berikut (Peringkat & Takrif) :-

  • Mumtaz : Cemerlang
  • Jayyid Jiddan : Sangat Baik
  • Jayyid : Baik
  • Maqbul : Lulus
  • Rasib : Gagal

Laporan Analisa Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2022

STAM merupakan sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Al-Azhar Al-Syarif, Republik Arab Mesir seperti yang termeterai dalam Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan pada tahun 1999.

Kurikulum STAM diambil daripada Maahad Bu’uth Al-Islamiyyah Al-Azhar, Mesir dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Arab sepenuhnya. Peperiksaan STAM mula dilaksanakan di Malaysia pada tahun 2000 dan di Kemboja pada tahun 2016. Sijil STAM diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Analisis keputusan peperiksaan ini hanya melibatkan calon yang menduduki peperiksaan STAM kali pertama dengan mendaftar 10 mata pelajaran, dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Untuk mendapatkan Analisis Lengkap tahun 2022, sila rujuk kepada Laporan KPM

Gred Purata Nasional (GPN)

Indeks Gred Purata Nasional (GPN) merujuk kepada pencapaian calon dalam semua mata pelajaran, dengan julat antara 1 hingga 5. Nilai GPN yang menghampiri 1 menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Nilai GPN bagi STAM 2022 adalah 3.13.

Analisis Keputusan Peperiksaan STAM 2022

Di bawah adalah Analisis result STAM 2022 :-

  • Daftar Calon STAM 2022
    • Seramai 4,634 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM pada tahun 2022 berbanding 5,089 orang calon pada tahun 2021 iaitu kurang 455 calon.
  • Gred Purata Nasional (GPN)
    • Nilai GPN bagi STAM tahun 2022 adalah 3.13 berbanding 3.15 pada tahun 2021
  • Pensijilan STAM Mengikut Pangkat (Pencapaian Pelajar)
    • Peratus pensijilan STAM mengikut pangkat bagi tahun 2022 berbanding tahun 2021 (Dalam kurungan peratus tahun 2021)
      • Layak Sijil : 63.5% (61.0%)
      • Mumtaz : 6.4% (6.5%)
      • Jayyid Jiddan : 19.8% (19.6%)
      • Jayyid : 32.1% (30.1%)
      • Maqbul : 5.1% (4.8%)
      • Tidak Layak Sijil : 36.5% (39.0%)

Analisis Keputusan Peperiksaan STAM 2021

Analisis result STAM 2021 adalah seperti berikut :-

  • Daftar Calon STAM 2021
    • Seramai 5,089 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM pada tahun 2021 berbanding 7,277 calon pada tahun 2020, iaitu berkurang sebanyak 2,188 calon
  • Analisis pencapaian pelajar
    • Hanya melibatkan calon Malaysia yang menduduki peperiksaan STAM kali pertama dengan mendaftar 10 mata pelajaran.
  • Gred Purata Nasional (GPN)
    • Indeks Gred Purata Nasional (GPN) merujuk kepada penguasaan calon dalam semua mata pelajaran. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Indeks GPN pada tahun 2021 adalah lebih baik berbanding tahun 2020 dengan perbezaan sebanyak 0.11
      • 2021 : 3.15
      • 2020 : 3.04
      • 2019 : GPN 2,98
      • 2018 : 3.02
      • 2017 : 3,01
      • 2016 : 3.06
  • Pensijilan STAM Mengikut Pangkat (Pencapaian Pelajar)
    • Peratus pensijilan STAM mengikut pangkat bagi tahun 2021 berbanding tahun 2020 (Dalam kurungan peratus tahun 2020)
      • Layak Sijil : 61% (65.6%)
      • Mumtaz : 6.5% (7.9%)
      • Jayyid Jiddan : 19.6% (22.2%)
      • Jayyid : 30.1% (31.5%)
      • Maqbul : 4.8% (4.1%)
      • Tidak Layak Sijil : 39.0% (34.4%)

Analisis Keputusan Peperiksaan STAM 2020

Analisis result STAM 2020 adalah seperti berikut :-

  • Daftar Calon STAM 2020
    • Seramai 7,277 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM pada tahun 2020 berbanding 9,826 calon pada tahun 2019, iaitu berkurang sebanyak 2,549 calon
  • Analisis pencapaian pelajar
    • Hanya melibatkan calon Malaysia yang menduduki peperiksaan STAM kali pertama dengan mendaftar 10 mata pelajaran.
  • Gred Purata Nasional (GPN)
    • Indeks Gred Purata Nasional (GPN) merujuk kepada penguasaan calon dalam semua mata pelajaran. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Indeks GPN pada tahun 2020 adalah lebih baik berbanding tahun 2019 dengan perbezaan sebanyak 0.06
      • 2020 : 3.04
      • 2019 : GPN 2,98
      • 2018 : 3.02
      • 2017 : 3,01
      • 2016 : 3.06
  • Pensijilan STAM Mengikut Pangkat (Pencapaian Pelajar)
    • Peratus pensijilan STAM mengikut pangkat bagi tahun 2020 berbanding tahun 2019 (Dalam kurungan peratus tahun 2019)
      • Layak Sijil : 65.6% (69.8%)
      • Mumtaz : 7.9% (9.3%)
      • Jayyid Jiddan : 22.2% (23.4%)
      • Jayyid : 31.5% (30.2%)
      • Maqbul : 4.1% (6.9%)
      • Tidak Layak Sijil : 34.4% (30.2%)

Laopran lengkap Analisis pencapaian pelajar dalam STAM boleh dimuat turun di LPM

Analisis Keputusan Peperiksaan STAM 2019

Analisis result STAM 2019 adalah seperti berikut :-

  • Daftar Calon STAM 2019
    • Seramai 9,826 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM pada tahun 2019 berbanding 10,078 calon pada tahun 2018, iaitu berkurang sebanyak 252 calon (2.5%)
  • Analisis pencapaian pelajar
    • Hanya melibatkan calon Malaysia yang menduduki peperiksaan STAM kali pertama dengan mendaftar 10 mata pelajaran.
  • Gred Purata Nasional (GPN)
    • Indeks Gred Purata Nasional (GPN) merujuk kepada penguasaan calon dalam semua mata pelajaran. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Indeks GPN pada tahun 2019 adalah lebih baik berbanding tahun 2018 dengan perbezaan sebanyak 0.04
      • 2019 : GPN 2,98
      • 2018 : 3.02
      • 2017 : 3,01
      • 2016 : 3.06
  • Pensijilan STAM Mengikut Pangkat (Pencapaian Pelajar)
    • Peratus pensijilan STAM mengikut pangkat bagi tahun 2019 berbanding tahun 2018 (Dalam kurungan peratus tahun 2018)
      • Layak Sijil : 69.8% (69.9%)
      • Mumtaz : 9.3% (9.2%)
      • Jayyid Jiddan : 23.4% (22.2%)
      • Jayyid : 30.2% (31.0%)
      • Maqbul : 6.9% (7.5%)
      • Tidak Layak Sijil : 30.2% (30.1%)

Laopran lengkap Analisis pencapaian pelajar dalam STAM boleh dimuat turun di LPM

Analisis Keputusan Peperiksaan STAM 2018

Analisis result STAM 2018 selepas result diumumkan pada jam 1000 pagi, hari Khamis, 17 Januari 2019 adalah seperti berikut :-

  • Mata pelajaran ditaksir melalui kerja kursus, ujian lisan dan ujian bertulis.
    • Kerja kursus dilaksanakan pada 1 Mac hingga 30 Jun 2018 manakala ujian lisan diadakan pada 16 hingga 27 Julai 2018.
    • Ujian bertulis (Objektif dan Subjektif) pula dilaksanakan pada 16 hingga 18 Oktober dan 22 hingga 23 Oktober 2018.
  • Daftar Calon STAM 2018
    • Seramai 10,078 calon telah mendaftar untuk menduduki pada tahun 2018 berbanding 9,534 calon pada tahun 2017, iaitu bertambah sebanyak 544 calon.
  • Pencapaian Pelajar STAM 2018

    • CEMERLANG : Calon yang memperoleh sijil pangkat Mumtaz (Cemerlang) telah meningkat sebanyak 0.4%, iaitu sebanyak 9.2% berbanding 8.8% pada tahun 2017
    • SANGAT BAIK : Kumpulan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) turun. Iaitu sebanyak 0.4% iaitu sebanyak 22.2% berbanding 22.6% pada tahun 2017
    • BAIK : Bagi kumpulan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid (Baik), tiada perubahan dicatatkan. Di mana 31.0% pada tahun 2017 dan tahun 2018
    • LULUS : Jumlah calon yang berjaya memperoleh Gred Maqbul (Lulus) mencatatkan peningkatan 0.3% iaitu dari 7.2% pada tahun 2017 ke 7.5% pada tahun 2018
    • TIDAK LAYAK : Sebanyak 30.1% calon tidak layak mendapat sijil iaitu penurunan sebanyak 0.2% dari 30.3% pada tahun 2017
    • Jumlah calon yang berjaya memperoleh Gred Mumtaz (Cemerlang) bagi kesemua sepuluh mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 0.3% iaitu 1.3% pada tahun 2018 berbanding 1.0% pada tahun 2017pada tahun 2016.

Laopran analisis lengkap STAM 2018 boleh dimuat turun di LPM

Analisis Keputusan 2017

Berikut dikongsikan analisis exam STAM tahun 2017 yang telah diadakan pada tarikh peperiksaan hujung Oktober/ awal November 2017. Mata pelajaran adalah ditaksir melalui ujian bertulis, ujian lisan dan kerja kursus. Kerja kursus dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Julai 2017 manakala ujian lisan diadakan pada pada 17 hingga 27 Julai 2017. Ujian bertulis (Objektif & Subjektif) pula dilaksanakan pada 23, 25, 30, 31 Oktober dan 1 November 2017.

Analisis Keputusan Peperiksaan STAM Tahun 2017

Untuk STAM 2017, seramai 9,534 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan pada tahun 2017 berbanding 8,784 calon pada tahun 2016. Ianya adalah pertambahan seramai 750 calon. Sebanyak 240 pusat peperiksaan telah disediakan, yang melibatkan seramai 1,071 petugas peperiksaan untuk mentadbir peperiksaan ini.

Analisis result STAM tahun 2017 dilapor berdasarkan kepada calon baharu di Malaysia iaitu calon yang menduduki peperiksaan kali pertama pada tahun 2017.

Pangkat Sijil STAM

Berikut adalah senarai pangkat Sijil STAM

  1. Mumtaz (Cemerlang)
  2. Jayyid Jiddan (Sangat Baik)
  3. Jayyid (Baik)
  4. Maqbul (Lulus)

Pencapaian Pelajar STAM 2017

Berikut adalah pencapaian pelajar mengikut pangkat :-

  1. CEMERLANG : Calon yang memperoleh sijil pangkat Mumtaz (Cemerlang) telah meningkat sebanyak 0.4%, iaitu sebanyak 8.8% berbanding 8.4% pada tahun 2016.
  2. SANGAT BAIK : Kumpulan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) turut meningkat. Iaitu sebanyak 1.7% iaitu sebanyak 22.6% berbanding 20.9% pada tahun 2016.
  3. BAIK : Bagi kumpulan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid (Baik), penurunan sebanyak 0.3% dicatatkan. Di mana 31.0% pada tahun 2017 berbanding 31.3% pada tahun 2016.
  4. Jumlah calon yang berjaya memperoleh Gred Mumtaz (Cemerlang) bagi kesemua sepuluh mata pelajaran yang diduduki menurun sebanyak 0.3%. Iaitu 1.0% pada tahun 2017 berbanding 1.3% pada tahun 2016.
  5. Calon yang memperoleh minimum Gred Maqbul (tidak termasuk semua Gred Mumtaz) meningkat sebanyak 2.9% iaitu 68.7% pada tahun 2017. Berbanding 65.78% pada tahun 2016. Bilangan calon yang memperoleh Gred Rasib (Gagal) semua mata pelajaran yang diduduki juga menurun sebanyak 0.6% iaitu 1.5% pada tahun 2017 berbanding 2.0% pada tahun 2016.

Jumlah calon yang berjaya memperoleh sijil STAM bagi tahun 2017 meningkat sebanyak 2.7% iaitu sebanyak 69.7% pada tahun 2017 berbanding 67.0% pada tahun 2016. Pada tahun 2017, calon yang tidak layak dianugerahkan sijil STAM menurun sebanyak 2.7% iaitu 30.3% pada tahun 2017 berbanding 33.0% pada tahun 2016.

Maklumat Lanjut

Selamat membuat Semakan Keputusan STAM 2023 secara online dan sms. Tahniah kepada calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Related : hantar ke 15888, mendapatkan slip keputusan peperiksaan stam 2021 mulai, jam 10 pagi, sekolah masing masing mulai,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *