in

Semakan Keputusan STPM 2018 Online (Keseluruhan)

Anda bercadang memohon UA melalui permohonan UPU Online? Perhatian buat calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2018. Berikut dikongsikan panduan cara membuat Semakan Keputusan STPM 2018 (Result STPM keseluruhan) secara online dan SMS. Berdasarkan kepada rekod tarikh tahun-tahun sebelumnya, pelajar boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan sekitar bulan Februari/ Mac 2019. Pada tahun lepas, keputusan telah diumumkan pada 6 Mac 2018.

Untuk makluman, Result STPM akan dikeluarkan lebih awal berbanding dengan tarikh keputusan peperiksaan SPM yang kelazimannya diumumkan sekitar bulan Mac. Pelajar adalah disarankan untuk melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan STPM diumumkan.

Semakan Keputusan STPM 2018 Online (Keseluruhan)

Cara Semak Keputusan Keseluruhan STPM 2018 Online Dan SMS

Pada peperiksaan STPM tahun 2017, seramai 43,042 calon peperiksaan telah hadir menduduki peperiksaan STPM di 700 buah pusat peperiksaan di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut, seramai 42,694 (99.19%) orang adalah calon sekolah kerajaan, 204 (0.47%) calon sekolah swasta, 136 (0.32%) calon persendirian dan 8 (0.02%) calon sekolah negeri.

Berikut dikongsikan cara-cara dalam membuat semakan keputusan peperiksaan STPM 2018 (keseluruhan) melalui beberapa kaedah semakan.

SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2018 (KESELURUHAN)

TARIKH BUKA
MASA
 FEB/ MAC 2019
 1200 PM
*Nota : Tarikh RASMI akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal MPM

Untuk mengetahui keputusan keseluruhan STPM 2018, calon perlu :-

i) Hadir Ke Sekolah Masing-Masing

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh rasmi keputusan STPM diumumkan bermula jam 12 tengah hari. Calon persendirian individu pula akan memperoleh keputusan melalui pos. Pelajar juga boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar peperiksaan dahulu.

ii) Secara online

Semakan atas talian atau online boleh di buat dengan melayari Laman Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan applikasi semakan bermula jam 12:00 tengah hari pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

  • Applikasi semakan di MPM
  • Masukkan No Kad Pengenalan (KP)
  • Tekan butang HANTAR

Sistem aplikasi semakan untuk keputusan keseluruhan STPM 2018 akan diaktifkan hanya pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

iii) Semakan SMS

Calon juga boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka melalui perkhidmatan Sistem Mesej Singkat (SMS) yang dibuka bermula 1200 tengahari, pada tarikh result diumumkan  dengan menaip:-

  • STPM<jarak>RESULT<jarak>(No Kad Pengenalan)
  • Contoh STPM RESULT 910325035243
  • Hantar ke 15888
  • Caj 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan.

Semakan Keputusan STPM 2017 Online (Keseluruhan)

Maklumat Lanjut Semakan Keputusan Penggal STPM 2018/ 2019

Berikut dikongsikan pautan penting untuk membuat semakan keputusan STPM secara onlien dan SMS :-

Selamat membuat Semakan Keputusan keseluruhan STPM 2018 secara online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan ILJTM Online - ILP, ADTEC Dan JMTi

Permohonan ILJTM 2019 Online – ILP, ADTEC Dan JMTi

Semakan Status BR1M 2018 Melalui MyBR1M

Semakan Status BR1M 2018 Melalui MyBR1M Online