in

Semakan Keputusan STPM Penggal 1 2018 Online

Check STPM Result Penggal 1 (P1) 2018 Online Dan SMS. Bila tarikh rasmi dan cara semak keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Penggal 1 (STPM P1) tahun 2018? Panduan buat calon peperiksaan yang telah menduduki peperiksaan STPM Penggal 1 (P1) tahun 2018. Sebagai panduan, berikut adalah maklumat dan panduan semakan keputusan STPM Penggal 1 2018 yang boleh disemak secara online dan SMS. Pelajar boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan P1 pada 27 Februari 2018 bermula jam 1000 pagi.

Pada tahun lepas, keputusan telah diumumkan pada 16 Februari 2017. Calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam mendapatkan informasi keputusan STPM 2018 Penggal 1.

Semakan Keputusan STPM Penggal 1 2018 Online

Cara Semak Keputusan Peperiksaan STPM Penggal 1 2018 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Keputusan peperiksaan STPM Penggal 1 tahun 2018. Result STPM P1 2018 boleh disemak melalui Applikasi semakan MPM online ataupun melalui perkhidmatan MySMS 15888.

A. Tarikh Rasmi Semakan

Calon-calon peperiksaan STPM boleh mengambil slip keputusan mereka di sekolah masing-masing. Calon persendirian pula akan memperolehi keputusan melalui pos. Keputusan STPM Penggal 1 2018 juga boleh juga disemak secara online atau melalui kaedah semakan SMS bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

  • 2018 : 27 Februari 2018 bermula jam 1000 pagi
  • 2917 : Pada 16 Februari 2017 bermula jam 1000 pagi

B. Semakan Keputusan STPM Penggal 1 Tahun 2018

Berikut adalah kaedah semakan keputusan peperiksaan STPM P1 Penggal 1 tahun 2018 :-

i) Secara Online

Applikasi semakan atas talian akan diaktifkan pada tarikh rasmi keputusan diumumkan bermula jam 100 pagi.

  • Klik MPM STPM
  • Untuk semakan, sila masukkan No Kad Pengenalan calon dan tekan butang Hantar
  • Keputusan peperiksaan yang terpapar pada penyata adalah bukan keputusan keseluruhan peperiksaan STPM.
  • Keputusan peperiksaan penggal sahaja tidak boleh digunakan bagi tujuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dan tidak layak untuk menerima sebarang kemudahan yang dikeluarkan kepada pemegang Sijil STPM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
  • Untuk mencetak slip keputusan bagi calon sekolah/ institusi, klik CETAK SLIP STPM

ii) Melalui SMS

Perkhidmatan semakan mySMS untuk keputusan Penggal 1 STPM 2018 akan diaktifkan bermula dari jam 10:00 pagi pada tarikh keputusan diumumkan. Contoh cara semakan keputusan STPM Penggal 1 2018 melalui SMS adalah seperti berikut :-

  • STPM<jarak>RESULTP1<jarak>No Kad Pengenalan
  • Contoh: STPM RESULTP3 940224136414
  • Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan caj sebanyak 20 sen untuk penerimaan setiap SMS.

Semakan Keputusan STPM Penggal 1 2018 Online

Maklumat Lanjut

Menerusi makluman MPM, tarikh pendaftaran semak semula STPM 2017 adalah seperti berikut :

  • Penggal 3 STPM 2017 : 1 Februari sehingga 8 Februari 2018
  • Penggal 1 STPM 2018 : 27 Februari sehingga 6 Mac 2018

Tarikh pendaftaran calon bagi peperiksaan STPM 2018 pula adalah seperti berikut :-

  • Bermula Penggal 2 untuk calon sekolah swasta dan persendirian individu sahaja) : 8 Januari sehingga 26 Januari 2018
  • Calon yang ingin memperbaiki keputusan STPM 2017 : 6 Mac sehingga 27 April 2018

Sistem Tarik Diri STPM 2018 secara online akan dibuka pada ketetapan berilut :-

  • 19 Februari sehingga 19 Mac 2018 dan
  • 1 Ogos hingga 31 Ogos 2018

Selamat membuat Semakan Keputusan peperiksaan STPM Penggal 1 tahun 2018 secara online dan SMS. Tahniah kepada calon pepeiksaan yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Semoga anda terus berjaya mencapai impian dan cita-cita anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan egTukar 2018 Online pertukaran guru

Permohonan egTukar 2018 Online Pertukaran Guru

Tarikh Peperiksaan UPKK 2018 Ujian Penilaian Kelas KAFA

Jadual Peperiksaan UPKK 2018 KAFA