in

Semakan Keputusan STPM Penggal 3 2017 Online

Cara Semak Keputusan Peperiksaan STPM Penggal 3 (P3) 2017 Online Dan SMS. Bilakah tarikh rasmi keputusan STPM P3 dan Kerja Kursus diumumkan? Perhatian buat calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Penggal 3 (P3) tahun 2017. Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan STPM Penggal 3 2017 secara online dan SMS. Untuk makluman, pelajar boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan P3 sekitar hujung bulan Januari/ awal Februari 2018. Pada tahun lepas, keputusan telah diumumkan pada 26 Januari 2017.

Calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam mendapatkan tarikh sebenar keputusan STPM 2017 P3 diumumkan.

Semakan Keputusan STPM Penggal 3 2017 Online

Cara Semak Keputusan Peperiksaan STPM Penggal 3 2017 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat Semakan Keputusan peperiksaan STPM Penggal 3 tahun 2017. Result STPM P3 boleh disemak melalui Applikasi semakan MPM online dan juga melalui perkhidmatan MySMS 15888.

A. Tarikh Rasmi Semakan

Calon-calon peperiksaan STPM boleh mengambil slip keputusan mereka di sekolah masing-masing. Calon persendirian pula akan memperolehi keputusan melalui pos. Keputusan STPM Penggal 3 2017 juga boleh juga disemak secara online atau melalui kaedah semakan SMS bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

  • Tahun 2017 : 1 Februari 2018 bermula jam 1000 pagi
  • Tahun 2016 pada 26 Januari 2017 bermula jam 1000 pagi

B. Semakan Keputusan STPM Penggal 3 Tahun 2017

Berikut adalah kaedah semakan keputusan peperiksaan STPM Penggal 3 tahun 2017 :-

i) Secara Online

Applikasi semakan atas talian akan diaktifkan pada tarikh rasmi keputusan diumumkan bermula jam 100 pagi.

  • Klik MPM STPM
  • Untuk semakan, sila masukkan No Kad Pengenalan calon dan tekan butang Hantar
  • Keputusan peperiksaan yang terpapar pada penyata adalah bukan keputusan keseluruhan peperiksaan STPM.
  • Keputusan peperiksaan penggal sahaja tidak boleh digunakan bagi tujuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dan tidak layak untuk menerima sebarang kemudahan yang dikeluarkan kepada pemegang Sijil STPM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

ii) Melalui SMS

Perkhidmatan semakan mySMS untuk keputusan Penggal 3 STPM 2017 akan diaktifkan bermula dari jam 10:00 pagi pada tarikh keputusan diumumkan. Contoh cara semakan keputusan STPM Penggal 3 2017 melalui SMS adalah seperti berikut :-

  • STPM<jarak>RESULTP3<jarak>No Kad Pengenalan
  • Contoh: STPM RESULTP3 940224136414
  • Hantarkan SMS ke 15888

semakan keputusan stpm p3 2017 online dan sms

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan caj sebanyak 20 sen untuk penerimaan SMS.

Maklumat Lanjut

Menerusi makluman MPM, tarikh pendaftaran semak semula STPM 2017 adalah seperti berikut :

  • Penggal 3 STPM 2017 : 1 Februari sehingga 8 Februari 2018
  • Penggal 1 STPM 2018 : 27 Februari sehingga 6 Mac 2018

Selamat membuat Semakan Keputusan peperiksaan STPM Penggal 3 tahun 2017 secara online dan SMS. Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

permohonan latihan separa perubatan 2018

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2018 Online

Cuti Umum Johor 2018 Hari Kelepasan Am

Cuti Umum Johor 2018 Hari Kelepasan Am