in

Semakan Keputusan STPM Semester 1 2019 Online

Check STPM Result Semester 1 (S1) 2019 Online Dan SMS. Bila tarikh rasmi dan cara semak keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Semester 1 dahulunya dikenali sebagai Penggal 1 (STPM P1) tahun 2019? Panduan buat calon peperiksaan yang telah menduduki peperiksaan STPM Semester 1 (S1) tahun 2019. Sebagai panduan, berikut adalah maklumat dan panduan semakan keputusan STPM Semester 1 2019 yang boleh disemak secara online dan SMS. Pelajar boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan S1 jangkaan pada bulan Februari 2019 bermula jam 1000 pagi.

Pada tahun lepas, keputusan telah diumumkan pada 27 Februari 2018. Calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam mendapatkan informasi keputusan STPM 2019 Semester 1.

Semakan Keputusan STPM Semester 1 2019 secara Online

Cara Semak Keputusan Peperiksaan STPM Semester 1 2019 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Keputusan peperiksaan STPM Semester 1 tahun 2019. Result STPM S1 2019 boleh disemak melalui Applikasi semakan MPM online ataupun melalui perkhidmatan MySMS 15888.

A. Tarikh Rasmi Semakan

Calon-calon peperiksaan STPM boleh mengambil slip keputusan mereka di sekolah masing-masing. Calon persendirian pula akan memperolehi keputusan melalui pos. Keputusan STPM Semester 1 2019 juga boleh juga disemak secara online atau melalui kaedah semakan SMS bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

  • 2019 : 27 Februari 2019 mulai jam 1000 pagi
  • 2018 : 27 Februari 2018 bermula jam 1000 pagi
  • 2917 : Pada 16 Februari 2017 bermula jam 1000 pagi

B. Semakan Keputusan STPM Semester 1 Tahun 2019

Berikut adalah kaedah semakan keputusan peperiksaan STPM S1 Semester 1 tahun 2019 :-

i) Secara Online

Applikasi semakan atas talian akan diaktifkan pada tarikh rasmi keputusan diumumkan bermula jam 1000 pagi.

  • Klik MPM STPM
  • Untuk semakan, sila masukkan No Kad Pengenalan calon dan tekan butang Hantar
  • Keputusan peperiksaan yang terpapar pada penyata adalah bukan keputusan keseluruhan peperiksaan STPM.
  • Keputusan peperiksaan penggal sahaja tidak boleh digunakan bagi tujuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dan tidak layak untuk menerima sebarang kemudahan yang dikeluarkan kepada pemegang Sijil STPM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
  • Untuk mencetak slip keputusan bagi calon sekolah/ institusi, klik CETAK SLIP STPM

ii) Melalui SMS

Perkhidmatan semakan mySMS untuk keputusan Semester 1 STPM 2018 akan diaktifkan bermula dari jam 10:00 pagi pada tarikh keputusan diumumkan. Contoh cara semakan keputusan STPM Semester 1 2019 melalui SMS adalah seperti berikut :-

  • STPM<jarak>RESULTS1<jarak>No Kad Pengenalan
  • Contoh: STPM RESULTS1 940224136414
  • Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan caj sebanyak 20 sen untuk penerimaan setiap SMS.

semakan keputusan stpm semester 1 2019

Selamat membuat Semakan Keputusan peperiksaan STPM Semester 1 tahun 2019 secara online dan SMS. Tahniah kepada calon pepeiksaan yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Semoga anda terus berjaya mencapai impian dan cita-cita anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Cara Membeli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Jadual Peperiksaan UPKK 2019 KAFA