in

Semakan Keputusan STPM Semester 2 2019 Online Dan SMS

Perhatian buat para pelajar Tingkatan 6 yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi Semester kedua tahun 2019, anda boleh mula menyemak keputusan peperiksaan STPM Semester 2 2019 (dahulunya dikenali sebagai Penggal 2) pada satu tarikh yang akan diumumkan dan dijangka sekitar bulan Ogos 2019. Berikut adalah cara Semakan Keputusan STPM Semester 2 2019 melalui kaedah semakan secara Online Dan SMS.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan dan menyelaras peperiksaan STPM di Malaysia. STPM boleh diambil mengikut penggal atau semester yang dibuka untuk pendaftaran pada tarikh-tarikh tertentu. Bagi STPM Semester 2, ianya adalah untuk calon sekolah swasta, calon persendirian individu, dan calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM tahun sebelumnya.

Semakan Keputusan STPM Semester 2 2019 Online Dan SMS

Semakan Keputusan STPM Semester 2 Tahun 2019 Secara Online Dan SMS

Seperti tahun sebelum ini, peperiksaan bertulis STPM Semester 2 dijalankan sekitar bulan Mei. Bagi semakan keputusan STPM Semester 2 pula lazimnya adalah dalam bulan Ogos pada tahun yang sama. Berikut adalah tarikh yang akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan oleh MPM serta panduan untuk membuat semakan secara SMS dan Online.

Tarikh Semakan Keputusan STPM Semester 2 2019

  • Tarikh buka : Akan dikemaskini (Jangkaan Ogos 2019)

Kaedah Membuat Semakan Keputusan STPM Semester 2 2019

Terdapat dua kaedah untuk membuat semakan keputusan STPM Semester 2 2019 iaitu melalui Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) serta secara atas talian (Online). Berikut adalah panduan lebih lanjut:

  1. Secara SMS : Calon yang menduduki peperiksaan serta para ibu bapa boleh mula membuat semakan keputusan STPM Semester 2 2019 menggunakan Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip seperti berikut:
    • Taipkan: STPM <Jarak> RESULTS2 <Jarak> NO KAD PENGENALAN*Contoh: STPM RESULTS2 991023012343
    • Hantarkan ke : 15888*
    • Nota: Pemohon boleh menyemak menggunakan SMS bermula pukul 10.01 pagi pada tarikh keputusan diumumkan.
  2. Secara Online : Pemohon juga boleh menyemak keputusan STPM Semester 2 secara atas talian (Online) melalui Aplikasi Semakan Online MPM pada pautan yang disediakan di bawah:-
    • Aplikasi Semakan Online Keputusan STPM Semester 2 2019
    • Arahan: Masukkan No. MyKad tanpa tanda (-) dan Nombor Giliran tanpa space dalam ruang yang disediakan
    • *Nota : Aplikasi semakan online STPM Semester 2 2019 ini juga hanya akan dibuka pada tarikh keputusan diumumkan kelak.

Maklumat Lanjut Check Result STPM Semester 2 2019

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari atau hubungi butiran di bawaj:

  • Alamat : Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
  • Telefon : 03-6126 1600
  • Faksimili : 03-61361488
  • Portal Rasmi : Majlis Peperiksaan Malaysia
  • Emel : ppa@mpm.edu.my

Diharapkan agar perkongsian semakan keputusan STPM Semester 2 tahun 2019 ini dapat memberikan manfaat buat pembaca khususnya calon-calon yang menduduki peperiksaan STPM, Semohga berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Keputusan STPM 2017 Online (Keseluruhan)

Semakan Keputusan STPM 2018 Online (Keseluruhan)

Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang dan kos sederhana rendah secara Online

Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang Online