in

Semakan Keputusan STPM Semester 3 2020 Online

Cara Semak Keputusan Peperiksaan STPM Semester 3 Dahulunya Penggal 3 (P3) 2020 Online Dan SMS. Bilakah tarikh rasmi keputusan STPM S3 dan Kerja Kursus diumumkan? Perhatian buat calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 3 (S3) tahun 2020. Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan STPM Semester 3 2020 secara online dan SMS. Untuk makluman, pelajar boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan S3 pada Februari 2021. Pada tahun lepas, keputusan telah diumumkan pada 3 Februari 2020.

Calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam mendapatkan tarikh sebenar keputusan STPM 2020 S3 diumumkan.

Semakan Keputusan STPM Semester 3 2019 Online

Cara Semak Keputusan Peperiksaan STPM Semester 3 2020 Online Dan SMS (Penggal 3)

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat Semakan Keputusan peperiksaan STPM Semester 3 tahun 2020. Result STPM S3 boleh disemak melalui Applikasi semakan MPM online dan juga melalui perkhidmatan MySMS 15888.

A. Tarikh Rasmi Semakan

Calon-calon peperiksaan STPM boleh mengambil slip keputusan mereka di sekolah masing-masing. Calon persendirian pula akan memperolehi keputusan melalui pos.

Keputusan STPM Semester 3 2020 juga boleh juga disemak secara online atau melalui kaedah semakan SMS bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

  • 2020 : akan dikemaskini
  • 2019 : 3 Februari 2020 bermula jam 10:00 pagi
  • 2018 : 13 Februari 2019 bermula jam 10:00 pagi
  • Tahun 2017 : 1 Februari 2018 bermula jam 10:00 pagi
  • Tahun 2016 pada 26 Januari 2017 bermula jam 10:00 pagi

B. Semakan Keputusan STPM Semester 3 Tahun 2020

Berikut adalah kaedah semakan keputusan peperiksaan STPM Semester 3 tahun 2019. Bagi tahun 2020 akan dikemaskini dari semasa ke semasa:-

i) Secara Online

Applikasi semakan atas talian akan diaktifkan pada tarikh rasmi keputusan diumumkan bermula jam 10:00 pagi.

  • Klik MPM STPM
  • Untuk semakan, sila masukkan No Kad Pengenalan calon dan tekan butang Hantar
  • Keputusan peperiksaan yang terpapar pada penyata adalah bukan keputusan keseluruhan peperiksaan STPM.
  • Keputusan peperiksaan semester sahaja tidak boleh digunakan bagi tujuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dan tidak layak untuk menerima sebarang kemudahan yang dikeluarkan kepada pemegang Sijil STPM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

ii) Melalui SMS

Perkhidmatan semakan mySMS untuk keputusan Semester 3 STPM 2019 akan diaktifkan bermula dari jam 10:00 pagi pada tarikh keputusan diumumkan. Contoh cara semakan Semester 3 2019 melalui SMS adalah seperti berikut :-

  • STPM<jarak>RESULTP3<jarak>No Kad Pengenalan
  • Contoh: STPM RESULTP3 940224136414
  • Hantarkan SMS ke 15888

semakan keputusan stpm semester 3

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan caj sebanyak 20 sen untuk penerimaan SMS.

Selamat membuat Semakan secara online dan SMS. Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Cara Daftar i-SURI KWSP Untuk Suri Rumah

Cara Daftar i-SURI KWSP Untuk Suri Rumah

Tarikh MAHA 2020

Tarikh MAHA 2020 Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa