in

Semakan Keputusan STPM Ulangan 2019 U1 & U2

Bila result U1 dan U2 STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) tahun 2019 diumumkan? Menerusi makluman Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Semakan Keputusan STPM Ulangan Penggal 1 dan Penggal 2 2019 akan diumumkan pada 5 dan 7 Februari 2020. Result STPM U1 dan U2 boleh disemak secara online dan SMS.

Calon peperiksaan boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan bermula 1000 pagi pada tarikh keputusan diumumkan. Selain itu, calon peperiksaan STPM Semester 3 2019 juga boleh menyemak keputusan mereka pada tarikh yang akan dikemaskini (tahun lepas pada 13 Februari 2019) secara online dan juga SMS.

Semakan Keputusan STPM Ulangan Penggal 1 dan 2 2019

Cara Semak Result STPM Ulangan Penggal 1 Dan 2 2019

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Ulangan (STPM U) Penggal 1 dan Penggal 2 yang boleh disemak melalui semakan atas talian dan SMS.

Semakan Keputusan STPM Ulangan Penggal 1 Dan 2 Tahun 2019 Secara Online Dan SMS

Tarikh rasmi keputusan STPM U1 dan U2 diumumkan adalah seperti berikut :-

  • STPM 2019 Ulangan 1 (U1) : 5 Februari 2020 10:00 pagi
  • STPM 2019 Ulangan 2 (U2) : 7 Februari 2020 10:00 pagi

Calon peperiksaan boleh membuat semakan keputusan STPM Ulangan 2019 Penggal 1 dan 2 melalui kaedah semakan berikut :-

i) Semak Secara online

Semakan keputusan peperiksaan STPM Ulangan Penggal 1 dan 2 secara atas talian atau online boleh di buat dengan melayari Laman Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan applikasi semakan bermula jam 1000 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Masukkan No Kad Pengenalan (KP) dan Tekan butang HANTAR

Nota Penting

  1. Sistem aplikasi semakan untuk keputusan STPM Ulangan 2019 akan diaktifkan hanya pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.
  2. Keputusan peperiksaan yang terpapar pada penyata ini bukan keputusan keseluruhan peperiksaan STPM.
  3. Keputusan peperiksaan penggal sahaja tidak boleh digunakan bagi tujuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dan tidak layak untuk menerima sebarang kemudahan yang dikeluarkan kepada pemegang Sijil STPM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

ii) Semakan Melalui SMS

Calon peperiksaan STPM juga boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka melalui perkhidmatan Sistem Mesej Singkat (SMS) yang dibuka bermula 1000 pagi, pada tarikh rasmi keputusan diumumkan  dengan menaip:-

  • STPM<jarak>RESULTU1<jarak>No Kad Pengenalan atau
  • STPM<jarak>RESULTU2<jarak>No Kad Pengenalan
  • Contoh STPM RESULTU1 910325035243
  • Hantar ke 15888
  • Caj 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan.

keputusan stpm ulangan 1 dan 2

Semoga perkongsian cara membuat Semakan Keputusan STPM Ulangan Penggal 1 dan 2 2019 secara online dan SMS boleh dijadikan panduan dalam menyemak keputusan peperiksaan anda. Tahniah kepada calon peperiksaan STPM U1 dan U2 yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Tarikh Penting Permohonan IPG 2018 Kalendar Aktiviti

Tarikh Penting Permohonan IPG 2020 Kalendar Aktiviti

Permohonan Pinjaman YPJ 2017 Online

Permohonan Pinjaman YPJ 2020 Online