Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2023/ 2024 Online, Borang kemasukan ke universiti teknologi mara sesi ambilan 2 melalui online.uitm.edu.my.

Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2023/ 2024 Online

Peluang buat pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian tinggi di Universiti Teknolgi MARA (UiTM). Permohonan kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sesi 2 Tahun 2023/2024 akan dibuka pada tarikh yang akan dikemaskini di bawah. Ianya dibuka untuk calon-calon lepasan SPM/setaraf BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan.

Sebelum ini, permohonan sesi 1 2023/2024 ke UiTM dibuka hanya bagi empat jenis pengajian iaitu 74 buah Program Diploma, 155 Program Sarjana Muda, Program MBBS240/PH240/DS240, dan 6 Program Professional. Selain itu, bagi lepasan SPM/Setaraf, permohonan sesi 2 2023/2024 dibuka pada Ogos 2023. untuk lepasan STPM dan setaraf pula akan dibuka sekitar bulan Oktober 2023. Universiti Awam lain yang ada membuat pengambilan second intake adalah UIAM, UUM, UMP, UMK, UTM, UTHM dan UPSI.

Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 Online

Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 2 2023-2024 Online (Lepasan SPM/ Setaraf)

Maklumat Permohonan Ke Program Sarjana Muda (Sepenuh Masa) UiTM Sesi 2 2023/2024 Kemasukan Ogos 2023 dan Mac 2024.

Tarikh Penting

Berikut adalah tarikh penting bagi permohonan Program Diploma UiTM, Asasi Undang-Undang UiTM dan Sarjana Muda Sains Senibina UiTM.

  • Tarikh Buka Permohonan & Jualan PIN di BSN : 28 Ogos 2023 (12.00 tengah hari)
  • Tarikh Tutup : 30 Oktober 2023

Di bawah adalah tarikh penting bagi permohonan Program Sarjana Muda bagi lepasan STPM/Setaraf dan Program Profesional

  • Tarikh Buka Permohonan & Jualan PIN di BSN : 30 Oktober 2023
  • Tarikh Tutup : 3 Disember 2023

*Nota : Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa melayari Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM untuk mendapatkan maklumat terkini permohonan

Panduan Permohonan UiTM Ambilan 2 2023-2024

Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan Universiti Teknologi MARA Sesi Akademik 2 2023/ 2024 Online untuk program pengajian yang ditawarkan di bawah ini.

Program UiTM Ambilan Yang Ditawarkan

Berdasarkan kepada iklan pengambilan, berikut adalah senarai kursus program pengajian yang ada ditawarkan untuk pengambilan sesi 2 UiTM ambilan 2023-2024.

  • Asasi Undang-Undang UiTM : Lepasan SPM
  • 74 Program Diploma (Program-Program Diploma dibawah Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi tidak ditawarkan bagi ambilan sesi 2
  • Sarjan Muda Sains (Kepujian) Senibina (CFAP243) : Lepasan SPM

IKLAN PENGAMBILAN UiTM LEPASAN SPM SESI 2 2023-2024 

iklan-permohonan-uitm-sesi-2-2023-2024

IKLAN PENGAMBILAN UiTM LEPASAN STPM/ SETARAF SESI 2 2023-2024

iklan-permohonan-uitm-sesi-2-2023-2024-lepasan-stpm-setaraf

Program Pengajian yang ditawarkan adalah mengikut kategori pemohon adalah seperti berikut :-

A. Lepasan STPM/ Matrikulasi KPM/ STAM/ Asasi UiTM/ Asasi Sains UM/ Asasi pintar UKM/ Diploma UiTM/ KKB UiTM/ Diploma IPT lain/ Diploma Vokasional/ Diploma Kemahiran Malaysia

  • 157 Program Sarjana
  • Unik ID BSN Program 10 = RM17.00

B. Lepasan Semester Akhir Diploma UiTM/ KKB UiTM ke Sarjana Muda/ Semester Akhir Asasi Undang-undang

  • Penerapan 157 Program Sarjana Muda
  • Program Sarjana Muda Undang-Undang UiTM
  • Unik ID BSN Program 7 = RM10.00

C. Program Profesional

  • AC151 – ACCA Foundation In Accounting (ACCA FIA) (UK)
  • AC551 – The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) (UK)
  • AM550 – The Institute of Chartered Secretaries and Administration (UK) (ICSA)
  • Unik ID BSN Program 3 = RM17.00

Syarat Mohon UiTM

Berikut adalah syarat permohonan kemasukan ke UiTM :-

  1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  2. Warganegara Malaysia dan Takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli Semenanjung Malaysia Sahaja
  3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon
  4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar pra diploma UiTM

Cara Memohon UiTM Secara Online

Berikut adalah cara dan langkah dalam membuat Permohonan Sesi 2 2023-2024 Online :-

  1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui Portal Kemasukan Pelajar UiTM bermula 30 Oktober 2023 di Aplikasi Permohonan Online
  2. Pelajar/ pemohon adalah dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan program yang ingin di mohon di Selangkah at UiTM di http://www.selangkah.uitm.edu.my
  3. Pemohon dikehendaki membeli No. unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembelian slip hendaklah dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/ Mesin ATM/ MyBSN/ SMSBanking.

Nota Penting Borang UiTM

Semasa Mengisi Borang Permohonan, sila pastikan anda :-

  1. Mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda
  2. Mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  3. Check dengan teliti borang permohonan anda
  4. Menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan
  5. Mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem

Selepas membuat permohonan, sila pastikan :-

  1. Membuat checking semula Borang Permohonan anda bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
  2. KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
  3. Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda sebagai bukti Permohonan.

Maklumat Lanjut

Iklan ambilan 2 sesi 2023-2024 boleh dirujuk di pautan berikut :-

Selamat membuat Permohonan secara Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti. Moga hasrat anda untuk menjadi salah seorang graduan UiTM yang berjaya dan cemerlang tercapai.

Related : syarat kemasukan,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *