Semakan Keputusan UMP Februari 2023 Online, Cara semak tawaran universiti malaysia pahang ambilan kedua februari untuk program degree.

Semakan Keputusan UMP Februari 2023 Online

Semakan Keputusan Permohonan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Februari 2023 Online. Perhatian buat pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) sesi kemasukan Februari 2023 (Ambilan Kedua). Semakan keputusan UMP untuk Program Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa boleh disemak menerusi makluman Facebook UMP, pada tarikh yang akan diumumkan

Selain UMP, beberapa Universiti Awam lain juga ada membuka permohonan second intake seperti UiTM, UPSI, UMK, UIAM, UUM dan UTM. Untuk makluman, permohonan seterusnya adalah permohonan kemasukan ke UA, IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti sesi 2022/ 2023 yang akan dibuka pada hujung Februari 2023 nanti. Kepada lepasan SPM/ STPM dan setaraf yang berminat, jangan lepaskan peluang dengan membuat permohonan melalui UPU online.

Cara Semak Keputusan UMP Februari 2023 Online (Ambilan Kedua Ijazah Sarjana Muda)

Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah universiti teknikal yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menawarkan pelbagai program teknikal yang berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, UMP memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersilan produk penyelidikan.

Berikut dikongsikan maklumat penting tarikh dan applikasi semakan keputusan UMP (Universiti Malaysia Pahang) ambilan kedua Februari 2023.

A. Semakan Keputusan UMP Online Ambilan Februari 2023

1. Tarikh Semakan : akan dikemaskini (Ambilan 2021 : 17 Januari 2020)

2. Applikasi semakan atas talian : http://umpadvanced.ump.edu.my/

3. Perhatian kepada semua pemohon program Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa (Ambilan Khas Februari 2023) anda diminta untuk buat SEMAKAN dan PENGESAHAN dengan SEGERA.

4. Bagi pemohon yang berjaya anda diminta untuk buat PENGESAHAN PENERIMAAN dan sekiranya anda GAGAL untuk berbuat demikian, anda dikira GAGAL / TOLAK TAWARAN dan kekosongan tersebut akan dibuka kepada calon lain yang layak. Harap Maklum.

B. Keputusan Rayuan UMP

Calon yang telah mengemukakan permohonan rayuan boleh membuat semakan pada, tarikh yang akan dikemaskini. Semakan boleh dibuat melalui pautan

C. Program Pengajian UMP Yang Ditawarkan

Sebagai rujukan, berikut adalah senarai program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan pada pengambilan kedua UMP Februari 2023. Permohonan kemasukan ditutup sekitar bulan Disember dan terbuka untuk pelajar lepasan Diploma.

1.Fakulti Kejuruteraan Kimia Dan Sumber Asli

Kejuruteraan Kimia

Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum)

Kejuruteraan Pembuatan (Farmaseutikal)

2. Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Sumber Alam

Kejuruteraan (Tenaga & Persekitaran)

Kejuruteraan (Pengurusan Infrastruktur)

Kejuruteraan (Bangunan)

3. Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

Kejuruteraan (Elektrikal)

Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer)

4. Fakulti Sains Dan Teknologi Industri

Kimia Industri

Bioteknologi Industri

Teknologi Bahan

5. Fakulti Kejuruteraan Pembuatan

Kejuruteraan Pembuatan

Kejuruteraan Mekatronik (Robotik)

Kejuruteraan Pembuatan (Automasi Industri)

6. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk & Analisis)

Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

7. Fakulti Pengurusan Industri

Pengurusan Projek

Pengurusan Teknologi Industri

Analitis Perniagaan

8. Khas bagi Lepasan DVM/DKM/DLKM

Kimpalan

Pemesinan Industri

Automasi Elektronik Industri

Maklumat Lanjut

Untuk Pertanyaan, sila hubungi :-

Telefon : 09-431 5060/ 6800
Emel : intake@ump.my

Selamat membuat Semakan Keputusan UMP ambilan Februari 2023 secara online. Moga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Malaysia Pahang untuk program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang dihajatkan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *