in

Semakan Keputusan UPKK 2018 Online Dan SMS

Perhatian buat pelajar yang telah  menduduki peperiksaan UPKK pada 1 hingga 4 Oktober 2018 yang lalu. Tarikh rasmi keputusan peperiksaan UPKK 2018 (Ujian Penilaian Kelas KAFA) akan diumumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bermula tahun ini, semakan keputusan UPKK 2018 boleh dibuat pada tahun semasa dan dijangka diumumkan sekitar bulan Disember 2018. Pada tahun lepas, keputusan UPKK 2017 telah diumumkan pada hari Isnin, 29 Januari 2018 bermula jam 1100 pagi.

JAKIM telah memperkenalkan kaedah baru bagi mengetahui dengan lebih cepat dan pantas keputusan UPKK bermula dari tahun 2017 (UPKK 2016). Semakan keputusan peperiksaan UPKK kini boleh disemak secara online dan juga melalui khidmat semakan SMS.

Semakan Keputusan UPKK 2018 online

Semakan Keputusan Peperiksaan UPKK Tahun 2018

Untuk makluman, exam UPKK adalah peperiksaan yang diselaraskan di seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk murid tahun lima (5). Iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM.

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan semakan keputusan UPKK 2018 secara online dan SMS untuk panduan pelajar dan ibu bapa. Maklumat memaparkan tarikh rasmi keputusan diumumkan, kaedah dan applikasi semakan.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2018

TARIKH BUKA
MASA
 DISEMBER 2018
 1100 PAGI
*Nota : Tarikh RASMI akan dinyatakan selepas diumumkan secara rasmi oleh JAKIM

A. Tarikh Semakan Keputusan UPKK Tahun Sebelumnya

  • 2017 : Hari Isnin, 29 Januari 2018 jam 1100 pagi sehingga 5 Februari 2018 jam 500 petang
  • 2016 : 15 Februari (1100 pagi ) sehingga 21 Februari 2017 (1100 pagi)
  • 2015 : 15 Januari 2016

B. Cara Buat Semakan UPKK 2018

Kaedah semakan yang disediakan adalah :-

i) Semakan Online

ii) Semakan Secara SMS

  • Keputusan peperiksaan UPKK 2018 secara SMS boleh dibuat pada tarikh keputusan diumumkan

Contoh Semakan

  • UPKK RESULT NoMYKID dan SMS ke 15888
  • Contoh mesej penghantaran : UPKK RESULT 060515036884

ATAU

  • UPKK RESULT NoSijilLahir dan SMS ke 15888
  • Contoh mesej penghantaran UPKK RESULT BS76517

Semakan Keputusan UPKK 2017 Online Dan SMS

Nota Penting Semakan

  1. Pastikan No MyKid/ No Sijil Lahir seperti mana yang didaftarkan dalam peperiksaan
  2. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi
  3. Caj Penghantaran adalah RM0.15 dan Caj Penerimaan RM0.20 (Tidak termasuk GST).
  4. Perkhidmatan tersedia bagi Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX

C. Apa Itu Peperiksaan UPKK?

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) seluruh Malaysia.

Lapan mata pelajaran ditetapkan untuk murid di dalam UPKK melibatkan Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Al-Quran, Ulum Syariah, Adab, Sirah, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.

Matlamat UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan serta hafazan Al-Quran serta amal ibadat dan cara hidup Islam. Disamping itu ianya dapat enilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam aspek fardhu ain, menilai tahap keberkesanan amalan asas cara hidup Islam di kalangan pelajar serta menilai kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis jawi.

Peperiksaan ini penting untuk murid yang berhasrat menyambung pengajian di sekolah agama kerajaan negeri dan turut menjadi prasyarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kelolaan kerajaan negeri.

D. Analisis Keputusan Peperiksaan UPKK 2017

Sebagai rujukan dan dipetik dari BH online, berikut adalah analisa ringkas keputusan peperiksaan UPKK tahun 2016 :-

  1. Seramai 194,258 calon menduduki peperiksaan itu 4,469 pusat peperiksaan seluruh negara.
    46,461 calon (23.9 peratus) yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2016 telah memperoleh 8A iaitu peningkatan empat peratus berbanding tahun lalu
  2. Semua calon mencatat kelulusan 100 peratus, pencapaian selama tiga tahun berturut-turut bagi peperiksaan itu sejak 2014
  3. Mata pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) mencatat kadar lulus tertinggi iaitu 99.9 peratus, diikuti mata pelajaran al-Quran yang mencatat 99.6 peratus kelulusan
  4. Pencapaian UPKK 2016 menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, Tilawah Al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian
    Mata pelajaran Jawi dan Khat mencatat kelulusan (94.23 peratus), Lughatul Quran (91.83 peratus) dan Adab (Akhlak Islamiah) (90.48 peratus)

Selamat membuat Semakan Keputusan UPKK 2018 secara online Dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA tahun 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

semakan no plat terkini online

Semakan No Plat Terkini JPJ Online 2018

Cuti Umum Pulau Pinang 2018 Hari Kelepasan Am

Cuti Umum Pulau Pinang 2018 Hari Kelepasan Am