in

Semakan Keputusan UPU Online 2019-2020 UA IPTA

Panduan buat para pemohon lepasan SPM dan STPM Setaraf yang telah membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Semakan keputusan UPU secara online dan SMS sesi kemasukan akademik 2019 /2020 iaitu status tawaran UPU Online boleh di semak pada bulan Mei 2019 untuk lepasan SPM dan bulan Julai (lepasan STPM).

Untuk rujukan pemohon, di antara maklumat penting Semakan UPU Online Dan SMS Tawaran Kemasukan UA IPTA Sesi 2019-2020 yang dikongsikan termasuk tarikh-tarikh penting, semakan panggilan temuduga, hebahan keputusan diumumkan dan pautan URL saluran semakan keputusan juga cetakan tawaran. Maklumat ini dikongsikan dari Portal Rasmi UPU, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi.

Semakan Keputusan UPU Online 2019-2020 UA IPTA

Semakan Keputusan Permohonan UPU Online Kemasukan Ke UA, Politeknik, ILKA Dan Kolej Komuniti Sesi 2019-2020

Pasti ramai pelajar yang teah memohon ingin mengetahui tarikh semakan keputusan UPU sesi 2019-2020 untuk kemasukan ke UA/ IPTA. Untuk makluman, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah digantikan dengan Universiti Awam atau ringkasnya UA mulai Mac 2015. Manakala IPTA pula diguna bagi merujuk Kolej Komuniti dan Politeknik.

Semakan Keputusan UPU 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan semakan UPU 2019 secara online yang memaparkan tarikh penting semakan tawaran yang dipaparkan mengikut peringkat di mulai dengan semakan panggilan temuduga, keputusan permohonan UPU lepasan SPM. setaraf dan keputusan UPU lepasan STPM dan setaraf.

  • Nota : Tarikh rasmi serta pautan saluran semakan bagi setiap aktiviti yang dinyatakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas diumumkan secara rasmi samada di Portal Rasmi UPU atau Facebook UPU.

A. Semakan Tawaran UPU Lepasan SPM/ Setaraf

Berikut adalah tarikh penting semakan UPU iaitu keputusan permohonan UPU bagi Lepasan SPM / Setaraf :-

i) Semakan Nama Layak DiTemuduga Lepasan SPM

Tarikh Semakan Temuduga adalah pada 12 April 2019. Nama pemohon yang layak dipanggil temuduga untuk program pengajian bertanda (#) boleh disemak di Pautan URL berikut :-

ii) Proses Temu Duga

  • Temuduga UPU diijalankan dari 16 April hingga 24 April 2019.

iii) Hebahan Keputusan Permohonan Bagi Lepasan SPM/ Setaraf

a) Keputusan permohonan Kemasukan Lepasan SPM ke UA/ Politeknik Premier 

Tarikh Semakan adalah pada 5 Mei 2019
Keputusan permohonan boleh disemak melalui saluran berikut :-
1ONLINE
2APLIKASI UPUPOCKET
  • Aplikasi Mobile untuk pengguna Android sahaja yang boleh dimuat turun di Play Store
3SEMAKAN SMS
  • Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan dan SMS ke no 15888

b) Keputusan permohonan Kemasukan Lepasan SPM ke Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti & ILKA (TVET)

1ONLINE
  • Pautan URL
    • UPU ONLINE Lepasan SPM (TVET)
2APLIKASI UPUPOCKET
  • Aplikasi Mobile untuk pengguna Android sahaja yang boleh dimuat turun di Play Store
3SEMAKAN SMS
  • Taipkan: UPU (Jarak) TVET (Jarak) No KP dan SMS ke no 15888

Semakan Keputusan UPU Online 2018-2019 UA IPTA

iv) Permohonan Rayuan

  • Pemohon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat Rayuan UPU online yang DIBUKA dari 5 hingga 10 Mei 2019
  • Rayuan dalam tempoh 5 hari
  • Permohonan Rayuan DITUTUP  : 10 Mei 2019, 1159 malam
  • Aplikasi Rayuan
    • UA/ Politeknik Premier
  • Rayuan ke Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA adalah terus ke Agensi Pendidikan yang dipohon

v) Keputusan Rayuan UPU

  • Hebahan keputusan rayuan permohonan bagi lepasan SPM dan Setaraf ke UA/ IPTA : Minggu kelima Bulan Jun 2019

B. Semakan UPU 2019 Lepasan STPM/ Setaraf

Untuk lepasan STPM/ setaraf, berikut dikongsikan tarikh penting semakan keputusan dan rayuan UPU termasuk maklumat tarikh permohonan UPU untuk Fasa 2 dibuka.

i) Semakan Panggilan Temuduga Lepasan STPM Dan Setaraf

Tarikh Semakan mengikut jenis temuduga adalah seperti berikut :-

  • Semakan Panggilan Ujian MEdSI dan Program Temu Duga Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf : 10 Mei 2019
  • Ujian MEdsi dijalankan : 15 hingga 19 Mei
  • Temuduga Bukan Pendidikan diadakan untuk Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA) : 15 Mei 2019
  • Semakan Panggilan Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf : Minggu kedua Jun 2019
  • Temuduga Pendidikan dijalankan : Jun 2019 (Tertakluk kepada UA)

Pautan URL Semakan Temuduga Lepasan STPM serta Setaraf adalah seperti berikut :-

Nota : Aplikasi semakan temuduga UPU serta tarikh rasmi untuk Universiti Awam akan dikemaskini dari masa kesemasa

ii) Permohonan UPU Fasa 2 Dibuka

  • Sistem UPU Online Fasa 2 (Matrik/ Asasi) DIBUKA : Minggu Kelima Jun 2019
  • Permohonan Fasa 2 (Matrik/ Asasi) DITUTUP  : Minggu Pertama Julai 2019

iii) Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan STPM/ setaraf

iv) Permohonan Rayuan

  • Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja
  • Permohonan Rayuan DITUTUP  : Minggu kedua Ogos 2019

v) Keputusan Rayuan UPU

  • Hebahan keputusan rayuan Fasa 1 : Minggu kelima Ohos 2019
  • Hebahan keputusan permohonan rayuan Fasa 2  : Minggu ketiga September 2019

Semakan Keputusan UPU 2019 Melalui SMS

Semakan Secara SMS adalah seperti berikut :-

Universiti Awam (UA) Dan Politeknik Premier

  • Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan (KP) dan SMS ke 15888

Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA (TVET)

  • Taipkan: UPU (Jarak) TVET (Jarak) No Kad Pengenalan dan SMS ke 15888

Nota Penting Semakan Keputusan UPU Online Dan SMS

Berikut adalah nota semakan UPU yang perlu diambil perhatian oleh pemohon :-

  1. Sistem Aplikasi Semakan UPU Online hanya akan diaktifkan bermula tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan secara rasmi
  2. Bagi permohonan dan rayuan berjaya, maklumat untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran mengikut Universiti Awam (UA) / Institut yang telah ditetapkan kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat
  3. Sistem aplikasi semakan keputusan dan tawaran UA / Politeknik Premier / Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA telah ditutup sepenuhnya selepas tarikh akhir semakan

Maklumat Lanjut Semakan UPU 2019

Pelajar adalah disarankan untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2019-2020 Online melalui  :-

Selamat membuat Semakan Keputusan UPU Online 2019-2020. Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA/ IPTA dalam bidang pengajian yang dihajati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2017 Online

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2019 Online

Tarikh Pembentangan Bajet 2019 Malaysia

Tarikh Pembentangan Bajet 2019 Malaysia