in

Semakan MAIDAM Online Status Bantuan Zakat Terengganu

Perhatian buat Asnaf-Asnaf kelahiran negeri Terengganu. Sudahkah anda membuat permohonan bantuan zakat MAIDAM (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu)? Sekiranya begitu, anda boleh membuat semakan status permohonan bantuan tersebut secara online. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan MAIDAM secara online iaitu untuk mengetahui Status Permohonan Bantuan Zakat buat rujukan semua.

Untuk pengetahuan semua, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) ada menyediakan bantuan untuk para Asnaf yang memenuhi syarat kelayakan iaitu terdiri daripada lapan asnaf yang berhak menerima zakat iaitu Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Ar-Riqab, Al-Gharimin, Fisabilillah dan Ibnussabil.

Semakan MAIDAM Online

Semakan MAIDAM Status Permohonan Bantuan Zakat Terengganu Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan MAIDAM Online Status Bantuan Zakat buat panduan semua:

Syarat Am Kelayakan Bantuan Zakat MAIDAM

Permohonan zakat MAIDAM terbuka untuk:

  1. Rakyat negeri Terengganu yang menetap di Terengganu; ATAU
  2. Telah bermastautin di Terengganu selama tiga (3) tahun berturut-turut atau lebih sebelum melanjutkan pengajian

Semakan Status Semua Jenis Bantuan Permohonan Zakat MAIDAM

Berikut dikongsikan panduan atau cara-cara untuk membuat semakan status bantuan zakat MAIDAM secara online:

  1.  Akses pautan semakan di : Semakan Status Permohonan MAIDAM espmb
  2. Masukkan nombor kad pengenalan
  3. Tekan Klik Untuk Semak
  4. Sistem akan memaparkan status permohonan

Cara Memohon Bantuan Zakat MAIDAM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menggunakan Sistem Permohonan Zakat secara atas talian/ online dalam memudahkan rakyat yang ingin memohon bantuan Zakat MAIDAM.

Pemohon adalah dikehendaki untuk mengisi maklumat-maklumat yang dikehendaki dan mencetak borang permohonan tersebut. Borang permohonan tersebut beserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki hendaklah dihantar ke pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing yang berdekatan bagi membolehkan ianya diproses untuk kelulusan.

Agihan Wang Zakat MAIDAM

Wang Zakat MAIDAM yang diagihkan kepada asnaf yang layak menerima zakat mengikut Asnaf Zakat adalah seperti berikut:

SKIM BANTUAN MENGIKUT ASNAF ZAKAT

Berikut adalah skim bantuan yang ditawarkan oleh pengurusan MAIDAM kepada asnaf-asnaf yang layak memperoleh zakat:

FAQIR

No 1 Bantuan Kewangan / Saraan Bulanan
No 2 Bantuan Sempena Ramadhan
No 3 Agihan Terus Kepada Fakir Melalui Pengeluar Zakat
No 4 Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
No 5 Bantuan Dermasiswa IPT Dalam Negara
No 6 Bantuan Makanan / Keperluan Harian

MISKIN

No 1 Bantuan Kecemasan / Bencana
No 2 Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah
No 3 Bantuan Sempena Ramadhan
No 4 Agihan Terus Kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat
No 5 Bantuan Kursus / Latihan Untuk Anak-anak Miskin
No 6 Bantuan Perubatan
No 7 Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan
No 8 Bantuan Sara Hidup
No 9 Bantuan Serta Merta
No 10 Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
No 11 Bantuan Sewa Rumah 
No 12 Bantuan Makanan / Keperluan Harian

AMIL

No 1 Ambilan Terus oleh Amil
No 2 Bantuan mengadakan Pelbagai Kursus

MUALLAF

No 1 Pelbagai bantuan seperti dinyatakjan di bawah iaitu bantuan mengikut sektor – Muallaf

AR-RIQAB

No 1 Bantuan Pengurusan Rumah Perlindungan Pesakit Kronik / HIV
No 2 Bantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis

AL-GHARIMIN

No 1 Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas
No 2 Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris

FISABILILLAH

No 1 Bantuan Sumbangan Tabung Perkhidmatan Pendidikan Luar Negara
No 2 Bantuan Pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAM
No 3 Bantuan Pendidikan Dalam Negara
No 4 Bantuan Pendidikan Luar Negara

IBNU SABIL

No 1 Bantuan Tambang Kepada Pelajar Luar Negara
No 2 Bantuan Kepada Orang Yang Terkandas Dalam Perjalanan

Skim Agihan mengikut sektor pula adalah seperti berikut :-

SKIM AGIHAN/ BANTUAN MENGIKUT SEKTOR

SEKTOR SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

No 1 Bantuan Bulanan.
Bantuan Sara Hidup.
Bantuan Baikpulih Rumah / Bina Rumah Baru.
Bantuan Perubatan / Hemodialisis.
Bantuan Kecemasan/ Bencana.
Bantuan Berhutang.
Bantuan Sewa Rumah.
Bantuan Serta-Merta.
Bantuan Sempena Ramadhan.
Bantuan Pusat Pemulihan / Rumah Perlindungan.
Bantuan Pengurusan Jenazah Tanpa Waris.
Bantuan Masjid Surau.

SEKTOR PENDIDIKAN DAN IPT

No 2 Bantuan Awal Pengajian Pusat Kemahiran dan IPT.
Dermasiswa dan Bantuan Am Pelajaran IPT
Program Memartabatkan Institusi Ulama’
Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT.
Bantuan Persatuan Pelajar Terengganu di IPT.
Bantuan Program Keagamaan Di IPT Dalam Negeri .
Bantuan Persekolahan.
Latihan Kemahiran Anak Asnaf.
Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Pondok / Madrasah.
Bantuan Kem Akademik Pelajar Sekolah.
Bantuan Program Keagamaan Dalam Negeri.

SEKTOR EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN

No 3 Bantuan Modal Berdikari / Perniagaan.
Kursus Keusahawanan Asnaf.

BANTUAN SAUDARA KITA (MUALLAF)

No 4 Saguhati Hari Raya
Bantuan Kewangan Bulanan
Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
Bantuan Sewa Rumah
Dermasiswa Muallaf
Bantuan Perkahwinan
Bantuan Umum Pelajaran
Pembinaan Rumah Individu
Saguhati Galakan Saudara Baru
Bantuan Modal
Bantuan Perubatan Muallaf
Kursus dan Latihan
Pengurusan Jenazah
Bantuan Berkhatan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi:

Ibu Pejabat MAIDAM

  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM )
    Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
    Kompleks Seri Iman,
    Jalan Sultan Mohamad,
    20519 Kuala Terengganu,
    Terengganu Darul Iman.

Laman Web

No. Telefon

  • 09-6303030

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Semakan MAIDAM Online Status Bantuan Zakat ini dapat memudahkan urusan anda. Selamat membuat semakan dan semoga berjaya mendapat permohonan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Jawatan Kosong Polis

Permohonan Polis DiRaja Malaysia PDRM 2020 Online

eTunai Rakyat 2020 Cara Penebusan RM30 Kredit eWallet