Semakan MQA Online Program Pengajian Yang Diiktiraf. Peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda mendapat pengiktirafan Kerajaan Malaysia.

Semakan MQA Online Program Pengajian Yang Diiktiraf

Panduan buat semua rakyat Malaysia terutamanya yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke UA/ IPTA. Adakah anda tahu samada program pengajian yang dipilih itu diiktiraf oleh MQA atau tidak? Tahukah anda bagaimana cara untuk membuat semakan program pengajian yang mendapat pengiktirafan MQA secara atas talian/ online? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan MQA Online Program Pengajian/ Kursus yang mendapat Pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia buat rujukan semua.

Buat makluman semua, Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) merupakan suatu daftar yang menyenaraikan semua program pengajian. Ia merangkumi peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda serta kelayakan yang telah memperoleh pengiktirafan Kerajaan Malaysia. Tujuan utama eSisraf adalah untuk menjadi sumber rujukan dan panduan buat pihak-pihak berkepentingan berkaitan program pengajian tinggi yang dijalankan di dalam mahupun luar negara.

Semakan MQA Online

Menurut Akta Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) 2007, setiap program pengajian dan kelayakan yang telah diakreditkan oleh MQA akan didaftarkan dalam MQR. Manakala eSisraf pula menyenaraikan semua program yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga yang telah diakreditkan oleh MQA serta sudah didaftarkan dalam MQR bagi program peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda sehingga 31 Disember 2017 sahaja.

Semakan MQA Online Melalui eSisraf

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Semakan MQA Online termasuk cara-cara untuk membuat semakan, pautan URL dan lain-lain.

Semakan secara online boleh dilakukan oleh para pelajar untuk menentukan samada kursus yang ingin dipohon itu mendapat pengiktirafan JPA/ MQA dengan melayari pautan di bawah:

Portal Rasmi eSisraf

Klik Semakan Kelayakan untuk membuat semakan pengiktirafan kelayakan.

Cara Semak MQA Online

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk membuat semakan kelayakan dalam dan luar negara menerusi portal MQA Online:

1.Setelah mengakses portal rasmi eSisraf dan membuka laman untuk membuat semakan pengiktirafan kelayakan, isi ruangan negara dan universiti yang ingin dicari.

2. Pilih kelayakan yang dicari.

3. Perincian kelayakan boleh dicetak dengan menekan klik pada gambar printer/pencetak.

Nota: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) tidak akan mengeluarkan surat pengesahan kelayakan secara individu. Cetakan kelayakan adalah memadai untuk sebarang tujuan keperluan pengiktirafan program.

Semakan Kelayakan Profesional Dalam Negara

Bagi kelayakan profesional dalam negara, para pengguna boleh menyemak menerusi laman web badan profesional yang terlibat untuk mengetahui kesahihan sesuatu kursus profesional itu (klik pada pautan yang disediakan). Pengiktirafan kelayakan Ijazah Pertama yang melibatkan badan profesional adalah seperti berikut:

Lembaga Arkitek Malaysia

Lembaga Juruukur Bahan Malaysia

Majlis Perubatan Malaysia

Lembaga Juruukur Tanah

Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia

Majlis Pergigian Malaysia

Lembaga Perancang Bandar Malaysia

Lembaga Farmasi Malaysia

Majlis Optik Malaysia

Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang

Institut Akauntan Malaysia

Lembaga Jurutera Malaysia

Lembaga Jururawat Malaysia

Majlis Veterinar Malaysia

Semakan Kelayakan Profesional Luar Negara

Kelayakan Badan Profesional luar negara pula hanya merujuk pada kelayakan profesional bidang kejuruteraan (yang berdaftar dengan Washington Accord). Untuk kelayakan ini, semakan dan cetakan cuma dapat dilakukan seperti yang tertera dalam laman sesawang tersebut.

Engineers Australia

Engineers Canada

China Association for Science and Technology

Institute of Engineering Education Taiwan

The Hong Kong Institution of Engineers

National Board of Accreditation

Engineers Ireland

Japan Accreditation Board for Engineering Education

Accreditation Board for Engineering Education of Korea

Board of Engineers Malaysia

Institution of Professional Engineers New Zealand

Association for Engineering Education of Russia

Institution of Engineers Singapore

Institution of Engineers Sri Lanka

Engineering Council of South Africa

Badan Profesional lain adalah seperti berikut:

Association for Evaluation and Accreditation of Engineering Programs

Engineering Council United Kingdom

Accreditation Board for Engineering and Technology

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai Semakan kelayakan eSisraf, rujuk maklumat-maklumat di bawah:

Muat Turun Manual Pengguna

Soalan Lazim (FAQ) semakan kelayakan perkhidmatan awam

Alamat

Bahagian Koordinasi dan Rujukan Jaminan Kualiti
(Unit Pengiktirafan dan Kelayakan Perkhidmatan Awam)Agensi Kelayakan Malaysia
Mercu MQA, No. 3539
Jalan Teknokrat 7, Cyber 5
63000 Cyberjaya, Selangor

No. Telefon

03-8688 1947 / 03-8688 1953 / 03-8688 1965

E-mel

esisraf@mqa.gov.my

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Semakan MQA Online Program Pengajian Mendapat Pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia ini dapat memberi manfaat dan berguna untuk semua.

Related : maklumat program, menyemak dan mencetak, pengesahan kelayakan individu bagi program dalam dan luar negara tidak akan dilaksanakan oleh mqa, daftar kelayakan malaysia mqr, kelayakan boleh diperolehi, nilai taraf perkhidmatan awam, 2018 hak cipta terpelihara agensi kelayakan malaysia, agensi kelayakan individu bagi program dalam dan luar negara tidak akan dilaksanakan oleh mqa, januari 2017, pendidikan tinggi, http www2.mqa.gov.my,
pernyataan nilai taraf, kementerian pendidikan tinggi,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *