in

Semakan MRSM Tingkatan 4 2019 Online

Cara Semak Keputusan Tawaran MRSM 2019 Tingkatan 4 Secara Online Dan SMS. Bilakah tarikh rasmi keputusan kemasukan ke MRSM Tingkatan Empat (4) diumumkan? Perhatian buat pelajar Tingkatan 3 yang baru sahaja menerima keputusan peperiksaan PT3 pada bulan Disember 2018. Pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) untuk kemasukan Tingkatan 4, berikut dikongsikan maklumat Semakan MRSM Tingkatan 4 2019 secara online dan SMS.

Tarikh rasmi semakan result kemasukan MRSM Tingkatan 4 adalah pada 28 Dismeber 2018. Tarikh rasmi telah diumumkan di Portal Rasmi MARA.

Semakan MRSM Tingkatan 4 2019 Online

Semakan Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 4 2019 Online & SMS

Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan semakan keputusan MRSM Tingkatan 4 2019 yang bolehdisemak secara online atau SMS. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh rasmi semakan keputusan, applikasi semakan MRSM dan panduan permohonan rayuan.

Menerusi maklumat dari sumber BH online, 34 buah MRSM di Malaysia akan menawarkan sebanyak 2,000 tempat untuk kemasukan ke Tingkatan Empat ambilan tahun 2018 untuk pelajar PT3 2017. Tujuh buah Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Malaysia pula ada menawarkan 945 tempat untuk kemasukan pelajar Tingkatan Empat tahun 2018.

Semakan MRSM Tingkatan 4 (Form 4) Ambilan 2019 Secara Online Dan SMS

Pengumuman tarikh rasmi semakan akan dibuat melalui Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Berikut adalah panduan buat para pemohon :-

A. Tarikh Semakan MRSM Tingkatan 4

Keputusan kemasukan pelajar ke MRSM Form 4 boleh disemak secara online seperti berikut :-

  • Keputusan boleh disemak pada 28 Disember 2018
  • Tarikh pendaftaran pelajar baru adalah pada : 14 Januari 2019
  • Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS). Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan di bawah.
  • Murid yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan boleh membuat rayuan melalui pautan yang sama.
  • Pemohon yang berjaya dikehendaki SAHKAN penerimaan atau penolakkan dalam tempoh 7 (tujuh) hari. Calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap telah menolah tawaran kemasukan

B. Applikasi Semakan MRSM Tingkatan 4 2019 Online

Semakan boleh dibuat secara atas talian atau online melalui link semakan seperti di bawah

C. Semakan Melalui SMS

Keputusan tawaran kemasukan juga boleh disemak melalui perkhidmatan mySMS :

  • mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888

Permohonan e-Rayuan MRSM 2019 Tingkatan 4

Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online. Rayuan bagi pemohon yang gagal boleh dibuat secara online. Keputusan rayuan adalah berdasarkan jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2019.

Sekiranya tiada butang pautan rayuan online selepas membuat semakan keputusan, pelajar boleh menulis surat rayuan rasmi kepada Bahagian Pendidikan Menengah MARA. Walau bagaimanapun, keputusan permohonan rayuan masih tertakluk kepada merit dan kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran pelajar baru.

Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan 4 2019

Menerusi makluman Portal Rasmi MARA, keputusan rayuan KEDUA Kemasukan Ke Tingkatan Empat (4) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2019 boleh disemak bermula ^ Akan dikemaskini (11 Februari 2018).

  1. Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS).
  2. Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan semakan secara online
  3. Pelajar dikehendaki mengesahkan penerimaan/ penolakan selewat-lewatnya pada ^ Akan dikemaskini (20 Februari 2018).
  4. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini.

Pendaftaran kemasukan ke MRSM akan dibuat pada ^ Akan dikemaskini (21 Februari 2018 (Rabu)) di semua MRSM kecuali MRSM Alor Gajah, MRSM Merbok, MRSM Gerik, MRSM Kuala Berang dan MRSM Kota Kinabalu dimana hari pendaftarannya adalah pada ^ Akan dikemaskini (27 Februari 2018 (Selasa)).

Cara Hubungi MRSM

Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi

  • Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-26132000 sambungan 34516, 34517, 34533, 34578

Selamat membuat Semakan MRSM Tingkatan 4 2019 Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Form 4 Maktab Rendah Sains MARA ambilan tahun 2019. Anda kini berpeluang untuk belajar di antara sekolah terbaik di Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Semakan ASB Online Dan Cara Daftar MyASNB

Semakan ASB Online Dan Cara Daftar MyASNB

Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia 2018

Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia 2018