Semakan No Plat Terkini JPJ Online 2024. Cara semak no plat kereta running no pendaftaran kenderaan, dan tempah plate no di pejabat JPJ.

Semakan No Plat Terkini JPJ Online 2024

Cara Semak Nombor Plat Kenderaan Terkini 2024 Secara Online (No Plat Terkini). Apakah nombor plate terkini online (No running JPJ) setiap negeri ketika ini untuk tahun 2024? Kini semuanya sungguh mudah, hanya di hujung jari anda. Pengguna yang ingin mengetahui nombor pendaftaran kenderaan terkini (plate number) atau ingin membeli atau membida no plat kenderaan untuk nombor tertentu boleh membuat Semakan No Plat Terkini secara Online di Laman Web Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Perkhidmatan semak no plat kereta motor yang disediakan adalah percuma.

Senarai nombor plat kenderaan terkini (car plate) untuk setiap negeri dan kawasan di Malaysia akan dipaparkan di sistem semakan secara atas talian. Di antara negeri yang mempunyai kadar perubahan no plate yang laju adalah Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Selangor dan Pulau Pinang. Untuk makluman, no plat kenderaan yang baru bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah V untuk KL dan F untuk Putrajaya yang bermula dari 1 Jun 2016.

semakan no plat terkini online

Nombor Plat Terkini Kenderaan Seluruh Malaysia (No Plat Terkini)

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan no plat kenderaan terkini yang boleh disemak melalui Applikasi transaksi dalam talian online JPJ. Pemilihan nombor plate kenderaan adalah bergantung kepada citarasa seseorang atau kehendak syarikat. Ada yang tidak kisah dengan no plat manakala ada yang sanggup membida no plat yang cantik dan menarik dengan harga yang tinggi.

Antara faktor pemilihan no plat kenderaan yang cantik adalah single digit, dua digit, nombor kahwin, no ikut tarikh lahir atau nama dan banyak lagi.

Semakan No Plat Terkini Kereta Motor Online : JPJ Latest Number

Cara semak no plate terkini setiap negeri dan kawasan adalah sangat mudah. Pengguna perlu mengkases sistem Semakan nombor plat kenderaan terkini di  laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Number Plate). Untuk mengetahui lebih lanjut caranya, rujuk di bawah:

  1. Semakan secara atas talian (no pendaftaran kenderaan terkini) setiap negeri/ daerah/ kawasan :
  2. Pilih Kawasan/ Negeri
  3. Isikan Kod Sekuriti yang dipaparkan
  4. Tekan butang SEMAK
  5. No terkini mengikut tarikh dan masa akan dipaparkan untuk kawasan yang dicari

Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini

Berikut pula adalah nombor JPJ plat kenderaan terkini setiap negeri/ kawasan setakat tarikh/ hari 8 Januari 2024 (Hari Isnin) :-

Semenanjung Malaysia (Semakan No Plat Terkini – Car Plate Number Malaysia)

  • PERLIS – RAT3473
  • LANGKAWI – KV5921E
  • KEDAH – KFS4512
  • PULAU PINANG – PRB5594
  • PERAK – ANG5679
  • SELANGOR – BRQ1756
  • KUALA LUMPUR – VLT4091
  • PUTRAJAYA – FF9999*
  • NEGERI SEMBILAN – NEA6846
  • MELAKA – MDT7241
  • JOHOR – JWS3704
  • PAHANG – CEV4772
  • TERENGGANU – TCV1423
  • KELANTAN – DEV3484

Semakan No Plat Terkini Sabah

  • KOTA KINABALU – SJC2490
  • BEAUFORT – SB9427G
  • SANDAKAN – SML4640*
  • KUDAT – SK2755E
  • LAHAD DATU – SD6107V
  • TAWAU – SWJ4092
  • KENINGAU – SU9513K
  • LABUAN – LH2713

Sarawak

  • KUCHING – QAB4755H
  • SIBU – QS1024T
  • MIRI – QM9084N
  • SRI AMAN – QBG1271
  • SARIKEI – QRT5405
  • BINTULU – QD4561
  • LIMBANG – QLE4976
  • KOTA SAMARAHAN – QCR4259
  • KAPIT – QPC6462

NOTA : * Kemaskini terkini tidak diperolehi

Kategori Nombor Pendaftaran

i) Nombor-Nombor Bernilai Utama (Golden Numbers)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

ii) Nombor-Nombor Menarik (Attractive Numbers)

11 12 13 14 15 16 17 18 19

22 28 33 38 44 55 66 77 88 99

111 222 333 444 555 666 777 888 999

1111 2222 3333 5555 6666 7777 8888 9999

iii) Nombor-Nombor Popular (Popular Numbers)

20 21 23 24 25 26 27 29 30 31 32

34 35 36 37 39 40 41 42 43 45 46

47 48 49 50 51 52 53 54 56 57 58

59 60 61 62 63 64 65 67 68 69 70

71 72 73 74 75 76 78 79 80 81 82

83 84 85 86 87 89 90 91 92 93 94

95 96 97 98 100 101 121 131 141 151 161

171 181 191 200 202 212 232 242 252 262 272

282 292 300 303 313 323 343 353 363 373 383

393 400 404 414 424 434 454 464 474 484 494

500 505 515 525 535 545 565 575 585 595 600

606 616 626 636 646 656 676 686 696 700 707

717 727 737 747 757 767 787 797 800 808 818

828 838 848 858 868 878 898 900 909 919 929

939 949 959 969 979 989 1000 1001 1010 1100 1122

1133 1144 1155 1166 1177 1188 1199 1212 1221 1313 1331

1414 1441 1515 1551 1616 1661 1717 1771 1818 1881 1919

1991 2000 2002 2020 2112 2121 2200 2211 2233 2244 2255

2266 2277 2288 2299 2323 2332 2424 2442 2525 2552 2626

2662 2727 2772 2828 2882 2929 2992 3000 3003 3030 3113

3131 3223 3232 3300 3311 3322 3344 3355 3366 3377 3388

3399 3434 3443 3535 3553 3636 3663 3737 3773 3838 3883

3939 3993 4000 4004 4040 4114 4141 4224 4242 4343 4400

4411 4422 4433 4444 4455 4466 4477 4488 4499 4545 4554

4646 4664 4747 4774 4848 4884 4949 4994 5000 5005 5050

5115 5151 5225 5252 5335 5353 5445 5454 5500 5511 5522

5533 5544 5566 5577 5588 5599 5656 5665 5757 5775 5858

5885 5959 5995 6000 6006 6060 6116 6161 6226 6262 6336

6363 6446 6464 6556 6565 6600 6611 6622 6633 6644 6655

6677 6688 6699 6767 6776 6868 6886 6969 6996 7000 7007

7070 7117 7171 7227 7272 7337 7373 7447 7474 7557 7575

7667 7676 7700 7711 7722 7733 7744 7755 7766 7788 7799

7878 7887 7979 7997 8000 8008 8080 8118 8181 8228 8282

8338 8383 8448 8484 8558 8585 8668 8686 8778 8787 8800

8811 8822 8833 8844 8855 8866 8877 8899 8989 8998 9000

9009 9090 9119 9191 9229 9292 9339 9393 9449 9494 9559

9595 9669 9696 9779 9797 9889 9898 9900 9911 9922 9933

9944 9955 9966 9977 998

Prosedur Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan

Untuk makluman, tempahan nombor pendaftaran (beli nombor tender JPJ) boleh dibuat dimana-mana pejabat JPJ Negeri. Pemohon perlu memasukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.

Selain itu, iklan tawaran tempahan no pendaftaran lain-lain Negeri (number plate for sale) akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri dan cawangan. Berikut dikongsikan prosedur permohonan tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang disediakan oleh JPJ (plate baru).

i) Secara Tawaran

Terbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.

Pemohon perlu mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10)

Pemohon perlu mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:

  • Individu: Satu salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/ Kad Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.
  • Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian: Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat pemilik)
  • Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd.: Satu salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13
  • Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional: Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.
  • Surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.

Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.

Mengemukakan bayaran penuh harga tempahan nombor pendaftaran yang dibida dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang sahaja (tempoh sahlaku mestilah tidak kurang dari tiga (3) bulan dari tarikh tender diiklankan) dan dibuat atas nama KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA (Negeri-Negeri lain) / AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-MOT-T (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya). Wang Tunai/ Wang Pos/ cek persendirian tidak boleh diterima.

Sampul surat bersetem/berdaftar dan ditulis dengan alamat surat-menyurat(pemohon) yang terkini bagi tujuan penghantaran surat jawapan.

ii) Secara Pilihan

Terbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.

Mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10A).

Mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori seperti di atas.

Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00

iii) Kelulusan Khas

Terbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.

Mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10B).

Mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori seperti di atas.

Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00

Harga Tempahan

Berikut adalah harga tempahan minima mengikut kategori nombor pendaftaran:

Nombor Bernilai Utama (Golden Number) :  RM20,000.00

Nombor Menarik ( Attractive Number ) : RM3,000.00

Nombor Popular (Popular Number) :  RM800.00

Nombor Semasa ( Running Number ) : RM300.00

Keputusan Tempahan Nombor Pendaftaran

JPJ akan mengeluarkan surat keputusan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.

Draf bank atau kiriman wang akan dikembalikan kepada pemohon yang tidak berjaya.

JPJ akan mengeluarkan senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya untuk dipamerkan di pejabat JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.

Pemohon yang berjaya perlu mendaftar dan membayar nombor tersebut dalam tempoh yang dinyatakan seperti di bawah mengikut kategori permohonan dari tarikh kelulusan:

  • Permohonan Secara Tawaran: Tempoh mendaftar 12 Bulan, tiada tempoh membayar
  • Permohonan Secara Pilihan: Tempoh mendaftar 6 Bulan, tempoh membayar 14 hari
  • Permohonan Secara Kelulusan Khas: Tempoh mendaftar 6 Bulan, tempoh membayar 14 hari

Makluman kepada pemohon yang berjaya tetapi tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik tanpa sebarang notis. Bayaran penuh tempahan tidak akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.

Nombor pendaftaran yang berjaya dibida hendaklah didaftarkan pada kenderaan atas nama pemohon yang berjaya sahaja.

Tiada permohonan penangguhan pendaftaran.

Tiada juga permohonan pengurangan harga bagi nombor kenderaan yang telah ditempah.

Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.

Maklumat Lanjut

Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.

​​​Bayaran yuran perkhidmatan RM10.00 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.

Berikut adalah pautan yang disediakan oleh JPJ:

Semoga perkhidmatan percuma yang disediakan ini dapat dijadikan rujukan dalam membuat perancangan untuk membeli no pendaftaran kereta baru anda nanti. Selamat memiliki no plat kereta idaman anda. plat pendaftaran kenderaan

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *