in ,

Semakan Pendaftaran MUET 2020 Online Dan SMS

Cara Semak Slip Daftar Ujian MUET Sesi 1, 2 Dan 3  Tahun 2020 Online Dan SMS. Perhatian buat calon ujian MUET (Malaysian University English Test) sesi 1, 2 dan 3 2020 yang telah membuat pendaftaran peperiksaan. Dipetik dari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pelajar boleh membuat Semakan Pendaftaran MUET Online Dan SMS pada tarikh yang dinyatakan berikut.

Untuk makluman, Slip Daftar ini perlu ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan untuk kebenaran atau kemasukan menduduki ujian MUET. Calon perlu membuat Semakan Slip Daftar Ujian MUET dan seterusnya membuat cetakan slip sebelum masuk ke dewan peperiksaan MUET.

Semakan Pendaftaran MUET 2019 Online Dan SMS

Cara Semak Slip Daftar MUET Online Dan SMS

Berikut dikongsikan maklumat penting cara membuat semakan pendaftaran peperiksaan MUET sesi 2020. Semakan slip menduduki ujian atau peperiksaan MUET Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) boleh disemak secara online dan SMS dengan mengikuti panduan berikut.

Semakan Pendaftaran MUET Sesi 1, 2 & 3 Tahun 2020 Secara Online Dan SMS

Calon ujian MUET boleh membuat semakan pendaftaran MUET melalui kaedah semakan berikut :-

Tarikh Semakan

  • Terkini Sesi 1 (Januari) : 14 November 2019 sehingga 9 Januari 2020
  • Sesi 2 : 4 Februari 2020 sehingga 24 Mac 2020
  • Sesi 3 : 21 Mei 2020 hingga 8 Julai 2020

Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA. Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.

Semakan Slip Daftar Ujian MUET Online

Calon boleh menyemak dengan melayari Applikasi Semakan MUET di pautan MUET REGISTRATION SLIP @ http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/

Secara SMS

Calon juga boleh menyemak status MUET/D melalui khidmat Sistem Mesej Ringkas (SMS) dengan menaip

  • MUET<jarak>INFO<jarak>nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888

Contoh semakan : 

  • MUET INFO 931029084444 hantar ke 15888

Semakan Pendaftaran MUET 2018 Online Dan SMS

Caj penghantaran adalah RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20. Perkhidmatan tersedia bagi pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX

Applikasi Semakan MUETbyMPM

Calon peperiksaan juga boleh mendownload applikasi percuma MUETbyMPM di Google Play atau iTunes. bagi menyemak status pendaftaram. Aplikasi ini adalah untuk kemudahan calon ujian MUET menyemak maklumat pendaftaran MUET bagi sesi semasa. Calon juga boleh mendaftar untuk semak semula ujian MUET dalam tempoh tertentu selepas keputusan ujian MUET diumumkan. Pendaftaran semak semula MUET menggunakan no. Pin BSN yang dibeli di BSN.

Selamat membuat Semakan Pendaftaran MUET 2020 secara Online Dan SMS. Buat persediaan sekarang sebelum menghadapi ujian MUET agar mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Harga Kos Tunai Haji Terkini

Harga Kos Tunai Haji Terkini Tahun 2020/ 1441H

Cuti Umum Kelantan 2019 Hari Kelepasan Am