Semakan Penyata KWSP Online : Baki & Status Pengeluaran. Cara mudah menyemak penyata epf tahun terkini dan tahun sebelum secara atas talian.

Semakan Penyata KWSP Online (Check Baki & Status Pengeluaran)

Perhatian kepada rakyat Malaysia khususnya yang sedang bekerja tidak kira di sektor awam atau swasta. Sudahkah anda membuat pendaftaran dan memiliki penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja? Adakah anda ingin tahu bagaimana caranya untuk membuat semakan penyata EPF dengan mudah? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Penyata KWSP Online i-Akaun (cara semak penyata kwsp)

(Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) KWSP atau EPF (Employees Providen Fund) adalah sebuah pertubuhan keselamatan sosial yang menyediakan faedah persaraan buat ahli-ahlinya. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja EPF berperanan untuk menguruskan suatu sistem yang dibangunkan agar para majikan dapat menjalankan tugas sosial seperti yang diamanahkan terhadap mereka melalui undang-undang. EPF sentiasa berusaha meningkatkan simpanan persaraan ahlinya, di samping pelaksanaan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan ke arah persaraan yang selesa.

Semakan Penyata KWSP Online

Semakan Penyata KWSP Online i-Akaun (Semak Baki Dan Status Pengeluaran)

Semakan penyata kini dapat dilakukan secara atas talian atau online melalui perkhidmatan i-Akaun. Dengan cara ini, para pencarum tidak perlu lagi meluangkan masa dan tenaga dengan bersusah-payah ke kaunter EPF untuk tujuan menyelesaikan apa-apa urusan yang berkaitan seperti pinjaman perumahan dan sebagainya.

Menerusi sistem online ini, para pencarum dapat menguruskan hal-hal berkaitan semakan, cetakan penyata, melakukan jenis pengeluaran EPF atas sebab-sebab tertentu dan banyak lagi bergantung pada perkhidmatan yang disediakan.

Berikut adalah panduan berkaitan cara-cara membuat semakan penyata kwsp secara online menggunakan perkhidmatan i-Akaun:

CARA MEMBUAT SEMAKAN KWSP ONLINE i-AKAUN 

Untuk menyemak Penyata tahun terkini dan tahun sebelumnya secara Online melalui i-Akaun, turuti langkah-langkah di bawah:

1. Peroleh Activation Code (Kod Pengaktifan)

Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan id pengguna epf untuk i-Akaun adalah memperoleh kod pengaktifan. Anda boleh mendapatkan kod tersebut dengan mengunjungi mana-mana kios atau kaunter EPF. Bawa sekali MyKad anda. Bagi memudahkan urusan, berikut adalah senarai kios atau kaunter epf mengikut negeri:

-Klik pautan Pejabat EPF Dan Kios-Kios Seluruh Negeri Di Malaysia

2. Log Masuk Ke i-Akaun

Untuk log masuk ke i-Akaun, berikut adalah langkah-langkahnya:

-Klik pada pautan: Login i-Akaun

-Untuk mengaktifkan, Taipkan kod pengaktifan yang telah diterima dalam ruangan User ID

-Klik butang Next. Anda hanya boleh menggunakan kod pengaktifan untuk tempoh 30 hari sahaja.

-Masukkan kata laluan sementara di ruangan kata laluan. Seterusnya klik butang Login.

-Klik butang Accept setelah membaca terma dan syarat yang dinyatakan.

-Klik butang Next. Seterusnya tukar ID dan kata laluan sementara kepada ID pengguna dan kata laluan anda sendiri.

-Lakukan pengesahan menerusi imej sekuriti serta frasa rahsia yang ditunjukkan. Klik next

-Sesudah itu, pautan/hyperlink akan ditunjukkan untuk anda log masuk semula menggunakan ID dan kata laluan baru tadi.

3. Semakan Penyata KWSP Secara Online

Teruskan dengan langkah-langkah di bawah sekiranya ingin melakukan semakan penyata secara Online:

-Log masuk semula ke dalam akaun anda.

-Akaun Peribadi kemudian pilih tahun di ruangan Lihat Penyata bagi Tahun:

-Klik Cari. Penyata bagi tahun yang dipilih itu akan dipaparkan.

-Di halaman yang sama di bahagian bawah, penyata ahli boleh dicetak atau dimuat turun dengan cara terus klik.

Perkhidmatan Lain i-Akaun KWSP

Khas untuk yang telah mendaftar sebagai ahli, perkhidmatan i-Akaun lain yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:

-Kemaskini profil

-Semak transaksi caruman pekerja EPF

-Melakukan semakan penyata untuk tahun terkini atau sebelumnya

-Semak maklumat penamaan

-Pohon e-Pengeluaran

-Semak status permohonan pengeluaran & sejarah pengeluaran

-Semak log aktiviti i-Akaun

-Melakukan kira-kira anggaran jumlah layak simpanan, pengeluaran dan pelaburan

Maklumat Lanjut

Ahli juga boleh menyemak EPF Statement masing-masing melalui Kios atau di mana-mana kaunter KWSP seluruh negara. Ahli juga boleh menyemak akaun menerusi Aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ yang boleh dimuat turun melalui Google Play, Apple App Store atau Huawei App Gallery.

Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran yang diberikan di bawah:

Facebook Rasmi

Laman Web (RASMI)

Soalan Lazim (FAQ) i-Akaun

Diharap agar perkongsian di atas dapat memberi manfaat buat ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk semak penyata mereka. Semoga berjaya membuat semakan dan memperoleh info yang diinginkan.

Related : i akaun ahli dokumen yang diperlukan, untuk pengesahan, layari laman web, id dan password, untuk login, mengakses akaun, kata laluan sementara yang diterima, akaun 2, muat turun, bertujuan untuk, pengeluaran simpanan, jenis pengeluaran kwsp, kuala lumpur, pejabat kwsp untuk,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *