Semakan Penyata Pencen Online Pesara Kerajaan Malaysia. Cara semak penyata pesara & cetakan di Portal Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA.

Semakan Penyata Pencen Online Dan Cetakan (Pesara Kerajaan)

Panduan buat rakyat Malaysia khususnya golongan pesara. Adakah anda salah seorang Pesara atau anggota yang telah berpencen dari sektor awam/ kerajaan? Tahukah anda bagaimana caranya untuk menyemak penyata pencen secara online? Buat yang berminat, berikut dikongsikan maklumat serta panduan berkaitan Semakan Penyata Pencen Online buat Pesara Kerajaan Malaysia (termasuk jabatan hal ehwal veteran ATM) untuk rujukan semua.

Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan sebuah portal yang diwujudkan khas untuk semua penjawat awam, pesara dan orang awam. Antara fungsi yang dapat digunakan di portal ini adalah Pesara Kerajaan Malaysia boleh membuat Semakan secara atas talian menerusi aplikasi Cetakan Penyata Pencen.

cara semak penyata pencen pesara kerajaan

Cara Semak Penyata Pencen Pesara Kerajaan Malaysia Secara Online

Untuk makluman, bermula 1 November 2015, kerajaan telah melantik Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] sebagai ejen bagi pihak Kerajaan Malaysia. Tugasan yang dilaksanakan KWAP adalah merangkumi pengurusan dokumentasi fail persaraan, pengiraan faedah persaraan, bayaran faedah persaraan dan khidmat pelanggan. Walau bagaimanapun, hal yang berkaitan dasar berkaitan persaraan serta kelulusan faedah persaraan masih kekal diuruskan Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA.

Panduan & Langkah Semakan Penyata Pencen Online

Cara-cara untuk membuat semakan atas talian adalah seperti berikut:

Layari : Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA

Semakan Penyata Pencen Online

Di sebelah kiri halaman, klik Cetakan Penyata Pencen di bahagian APLIKASI

Semakan Penyata Pencen Online

i) Isikan No. Kad Pengenalan tanpa (-), No. Akaun Pencen dan pilih tahun

ii) Klik petak I’m not a robot

iii) Klik Hantar

iv) Maklumat penyata pencen anda akan dipaparkan

Perkhidmatan Lain Yang Disediakan Di Aplikasi JPA Pencen 

Terdapat banyak perkhidmatan lain yang disediakan di aplikasi atas talian apps.jpapencen selain menyemak penyata pencen, iaitu:

1. Pemakluman Pembayaran Faedah Persaraan

2. Semakan Status Permohonan Persaraan

3. Bantuan Mengurus Jenazah

4. Semakan Persaraan Pilihan

5. Semakan Pemberian Taraf Berpencen

6. Semakan Kelulusan Faedah Bersaraan

7. Semakan Pindaan Potongan

8. Cetakan Surat Kelulusan Skim A Berwakil

Maklumat Penting Yang Berkaitan

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh para pesara:

1. Pesara perlu memaklumkan Bahagian Pencen JPA dengan segera sekiranya berlaku:

pertukataran alamat; dan

perubahan status perkahwinan sebagai contoh perceraian, perkahwinan semula dan kematian suami/isteri

2. Sekiranya pesara atau penerima pencen meninggal dunia, sila kemukakan dengan segera borang JPA.BP.SPT.B01d (Borang Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan)

3. Pesara yang hendak keluar negara bagi tempoh lebih dari tiga (3) bulan TIDAK perlu lagi memohon untuk pengecualian syarat bermastautin di Malaysia

4. Pesara dinasihatkan agar menghubungi Jabatan terakhirnya untuk memastikan sebarang perubahan gaji akhir akibat dari pergerakan gaji atau kenaikan pangkat dimaklumkan segera kepada Bahagian Pencen JPA dengan mengemukakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini agar tindakan penghitungan semula faedah persaraan boleh dilakukan

5. Sekiranya pesara/penerima pencen berpindah tempat tinggal atau nombor akaun bank pesara/penerima pencen sudah bertukar disebabkan kehilangan atau ingin menukar akaun di bank lain, sila maklumakan DENGAN SEGERA kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dengan mengembalikan borang permohonan yg lengkap beserta salinan dokumen yang berkenaan serta alamatkan di alamat berikut:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 5, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.
ATAU;Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan),
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor.

Maklumat Lanjut

Telefon : 03-8887 8777

Fax : 03-8887 8770

Emel : mypesara@kwap.gov.my

*pada penjuru kanan sebelah bawah surat sila catatkan “Pertukaran Nombor Akaun Bank”

**pada penjuru kanan sebelah bawah surat sila catatkan “Pertukaran Alamat”

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Semakan di atas dapat memudahkan urusan semua. Selamat berjaya buat semua.

Rel : dimaklumkan bahawa, sila masukkan 12 digit no kad pengenalan,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *