in

Semakan Rebat Bil Elektrik RM40 Online

Berita baik buat keluarga miskin tegar dan berdaftar dalam sistem e-kasih. Kerajaan pada pembentangan Bajet 2019 telah mengumumkan Program Rebat Bil Elektrik berjumlah RM40 bermula Januari 2019 sekaligus menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang tamat pada hujung Disember 2018. Berikut dikongsikan panduan cara semakan rebat Bil Elektrik RM40 iaitu semakan kelayakan mereka yang layak menerima bantuan.

Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada keluarga miskin tegar dan miskin berdaftar dan disahkan dalam Sistem e-Kasih. Dianggarkan seramai 185,000 isi rumah yang layak akan menikmati rebat elektrik berjumlah RM40 bermula Januari 2019 dengan peruntukkan sebanyak RM80 juta..

Semakan Rebat Bil Elektrik RM40 Online

Program Rebat Bil Elektrik RM40 Bermula 1 Januari 2019

Berikut dikongsikan informasi penting berkaitan Program Rebat Elektrik RM40 buat rujukan pengguna. Program Rebat bil elektrik adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kualiti hidup rakyat seperti yang telah dinyatakan dalam Bajet 2019 pada 2 November 2018 yang lalu.

INFO BANTUAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40 TAHUN 2019

No 1 Di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40, Ketua Isi Rumah miskin tegar dan miskin di bawah eKasih yang telah dikenal pasti akan menerima bil elektrik secara percuma sehingga RM40 sebulan bergantung kelpada jumlah penggunaan elektrik mereka
No 2 Sekiranya penggunaan elektrik adalah di bawah RM40 sebulan, secara automatik Ketua Isi Rumah tersebut akan menerima bil elektrik percuma berdasarkan bil sebenarnya
No 3 Walau bagamanapun, sekiranya penggunaan elektrik melebihi RM40 sebulan, Ketua Isi Rumah tersebut hanya perlu membayar baki selepas ditolak bantuan rebat sebanyak RM40 tersebut
No 4 Program ini akan berlangsung dari 1hb Januari 2019 sehingga 31hb December 2019
No 5 Penetapan Rebat RM40 Sebulan adalah terhad kepada Tarif A (Domestik/ Kediaman)
No 6 Terhad kepada 1 bil sahaja untuk setiap KIR bagi rumah sendiri atau rumah sewa
No 7 Termasuk semua jenis caj (Contohnya penalti lewat bayar) tetapi tidak termasuk tunggakan bil pada tahun 2018

Pengguna-pengguna boleh membuat semakan untuk kelayakan eKasih dan kelayakan menerima bantuan rebat bil elektrik di Portal Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) seperti panduan berikut :-

CARA SEMAKAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40 ONLINE (NAMA LAYAK TERIMA BANTUAN)

No 1 Semakan boleh dibuat di pautan URL berikut :-
No 3 Sila masukkan 12 digit no kad pengenalan anda tanpa simbol

Kelayakan Asas Terima Bantuan Program Rebat Bil Elektrik RM40

Mereka yang layak adalah Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar dan miskin yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih

Pendapatan bulanan isi rumah

  • Miskin Tegar : Kurang daripada RM600
  • Miskin : Kurang daripada RM950

NOTA : Untuk makluman, pengguna eKasih yang layak tetapi tidak mempunyai akaun berdaftar dengan TNB/ SESB/ SEB. Mereka boleh membuat permohonan bagi mengisytiharkan akaun pihak ketiga dengan mengisi borang permohonan di mana-mana Kedai Tenaga TNB/ Pejabat SESB/ Pejabat SEB yang berdekatan. Sila bawa bersama salinan Kad Pengenalan sebagai dokumen sokongan.

Untuk pengguna yang tidak layak selepas semakan dibuat dan ingin mendaftar dalam program eKasih. Anda boleh berbuat demikian dengan merujuk kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan/ Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/ JPP) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) di peringkat negeri dan di Unit Pembangunan Pejabat Daerah.

Maklumat Lanjut Semakan Status Rebat Bil Elektrik RM40

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi

No 1 My Government Call Centre MyGCC : 03-8000 8000
No 2 Tenaga Nasional : 1-800-88-5454
No 3 Sabah Electricity : 088-515000/ 15454
No 4 Sarawak Energy : 1-300-88-3111

Selamat membuat semakan rebat bil elektrik RM40 percuma iaitu status kelayakan bantuan secara online. Moga bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini dapat meringakan bean kos sara hidup yang kian meningkat masa kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan ADTEC Shah Alam 2019 Online

Permohonan ADTEC Shah Alam 2019 Online

Pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 2019

Pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam Bermula 1 Januari 2019