in

Semakan SAPS Ibu Bapa Online

SAPS Semakan Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar Online. Adakah anda tahu apa itu SAPS Ibu Bapa? Untuk makluman, sistem SAPS NKRA Ibu Bapa membolehkan ibu bapa untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak mereka secara online. Dengan adanya Semakan SAPS Ibu Bapa Online ini ianya dapat membantu ibu bapa dalam memantau prestasi akademik anak mereka dengan mudah dan pantas serta lebih berkesan.

Sistem SAPS Ibu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar termasuk kedudukan dalam kelas. Cara semakan amat mudah dan pastinya ibu bapa tidak menghadapi sebarang masalah untuk membuat semakan atas talian.

Semakan SAPS Ibu Bapa Online

Apa Itu SAPS Semakan Ibu Bapa Online?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN,  PPD dan Sekolah.

Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak Di Semakan SAPS Ibu Bapa

Berikut dikongsikan senarai keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS NKRA :-

  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

Jenis peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  1. Ujian 1
  2. Peperiksaan Pertengahan Tahun
  3. Ujian 2
  4. Peperiksaan Akhir Tahun
  5. Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Walau bagaimanapun, keputusan penuh peperiksaan awam seperti keputusan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS. Pelajar perlu hadir ke sekolah mereka untuk mendapatkan keputusan penuh peperiksaan mereka.

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Online

Berikut dikongsikan cara-cara dan langkah-langkah Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa:

Anda boleh layari laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.

LANGKAH 1 : CARIAN MURID

  • SILA MASUKKAN NOMBOR SIJIL LAHIR / KAD PENGENALAN PELAJAR (TANPA “-” atau “SPACE”)

LANGKAH 2 : CARIAN SEKOLAH

  • SILA MASUKKAN MAKLUMAT SEKOLAH PELAJAR, SEKOLAH TERKINI ATAU SEBELUM INI
  • Negeri :  Nama Sekolah

Takwim Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS Tahun 2018

Untuk mendapatkan keputusan peperiksaan terkini yang telah diupdate, sila pastikan semakan dibuat selepas markah selesai diisi. Berikut dikongsikan Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan ini ada memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

  • Takwim kemasukan markah peperiksaan dalam SAPS klik SAPS 2018

Dengan kewujudan sistem SAPS Ibu Bapa ini diharapkan dapat membantu ibubapa dalam memantau prestasi akademik anak-anak mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Cuti Perayaan 2018 KPM

Cuti Perayaan KPM 2018 Kementerian Pendidikan