Semakan SPA Keputusan Peperiksaan Dan Temuduga. Check spa online melalui applikasi myspa8i dan myspav2 status interview dan exam,

Semakan SPA Keputusan Peperiksaan Dan Temuduga

Panduan buat para pemohon yang ada membuat permohonan/ pendaftaran pekerjaan kerajaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Berikut dikongsikan panduan dalam cara membuat semakan SPA secara online melibatkan keputusan peperiksaan dan temuduga jawatan yang diiklankan. Pemohon pekerjaan adalah disarankan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi SPA dalam mendapatkan maklumat terkini jawatan kosong terkini kerajaan.

Maklumat lain yang ada dipaparkan termasuk iklan jawatan kosong, semakan penjadualan peperiksaan/ temuduga dan keputusan, semakan status urusan perkhidmatan dan kalkulator perkhidmatan. Selain itu maklumat Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan serta Assessment Centre juga ada dikongsikan.

Semakan SPA Keputusan Peperiksaan Dan Temuduga

Semak Keputusan Peperiksaan Dan Temuduga SPA Secara Online

Cara semak keputusan SPA peperiksaan dan temuduga SPA cara mudah dan pantas?

Berikut adalah panduan dalam membuat semakan status permohonan melibatkan keputusan peperiksaan dan temuduga secara online. Panduan semakan permohonan pekerjaan yang dikongsikan adalah seperti berikut :-

  1. Semakan keputusan peperiksaan dan temuduga : Peperiksaan/ Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera dan Kecergasan, Assessment Centre dan Temu Duga
  2. Semakan Temuduga, Penjadualan Peperiksaan/ Pemeriksaan Fizikal,Pancaindera dan Kecergasan, Assessment Centre, Temu Duga/ Pemeriksaan Fizikal
  3. Maklumat Urusan Pengambilan (Statistik)
  4. Semakan Status Urusan Perkhidmatan
  5. Kalkulator Perkhidmatan
  6. Sistem Setuju Terima Tawaran Pelantikan

Semakan SPA Online : Keputusan Peperiksaan Dan Temuduga

Pemohon jawatan kosong kerajaan boleh membuat semakan iaitu keputusan temuduga (semakan temuduga spa) dan peperiksaan mereka melalui pautan yang dikongsikan di bawah ini: *Terkini Julai 2020

Maklumat Semakan Yang Lain

Selain itu, Portal SPA (Laman web) juga ada menyediakan maklumat semakan seperti berikut yang boleh diakses di Applikasi Online SPA :-

  1. Sistem Setuju Terima Tawaran Pelantikan
  2. Semakan Status Urusan Perkhidmatan
  3. Kalkulator Perkhidmatan

Panduan Pendaftaran Pekerjaan Kerajaan Melalui Portal SPA

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat pendaftaran pekerjaan Kerajaan melalui Borang SPA9. Permohonan pendaftaran adalah terbuka kepada semua tidak mengira kelayakan samada Sijil/ SPM/ Ijazah/ STPM dan sebagainya,

Untuk mendaftar pekerjaan, pemohon perlu mengklik pautan URL borang SPA9 yang dikongsikan di bawah ini. Pemohon adalah perlu untuk mendaftar MYID Baru nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang di salah satu pautan berikut :-

  1. Borang Pendaftaran

Nota Penting Pendaftaran Pekerjaan Di Portal SPA/ Keputusan SPA

Sila pastikan anda membaca maklumat penting di bawah ini semasa membuat pendaftaran.

  1. Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah setahun
  2. Permohonan jawatan tanpa had telah dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja
  3. Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu
    • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
    • Pemohon yang memiliki Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM.
    • Calon yang memiliki Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/ STPM/ STAM, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Latihan Separa Perubatan.
  4. SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (1) hingga (3). Pemohon adalah dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar semula permohonan.
  5. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja
  6. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  7. Calon-calon yang telah mendaftarakan permohonan bagi jawatan berkaitan tidak perlu mendaftar semula. Hanya pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
  8. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga

Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dan Soalan Lazim

Berikut dikongsikan senarai maklumat penting panduan pendaftaran pekerjaan buat rujukan pemohon.

  1. Soalan Lazim (FAQ)
  2. Panduan Pengguna Dalam PDF
  3. Panduan Sijil Matrikulasi

Maklumat Lanjut

Pihak SPA juga telah membangunkan aplikasi mudah alih (mobile) mySPA8i dengan kerjasama MAMPU yang merupakan alternatif kepada Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).

Semakan SPA Keputusan Peperiksaan Dan Temuduga

mySPA8i terdiri daripada beberapa modul : –

  1. Pendaftaran MyID
  2. Reset Kata Laluan
  3. Maklumat Pemohon
  4. Maklumat Akademik
  5. Pegawai Sedang Berkhidmat
  6. Maklumat Kokurikulum
  7. Maklumat Tambahan
  8. Jawatan Dipohon; dan
  9. Pengakuan Pemohon.

Selain itu, SPA juga telah membangunkan aplikasi mudah alih mySPAv2. Aplikasi ini bertujuan memberi kemudahan kepada pemohon yang telah berdaftar check keputusan SPA bagi urusan berikut:-

  1. Semakan MyID
  2. Jadual Temuduga
  3. Keputusan SPA Temuduga
  4. Jadual Peperiksaan
  5. Keputusan Peperiksaan
  6. Berita
  7. Hubungi Kami

Muat turun atau download applikasi mobile SPA di bawah ini di pautan :-

Sistem & Proses Pengambilan – Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM)

Urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh SPA kini menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya, yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa, atau ringkasannya SMSM. Sistem ini diperkenalkan dalam bulan Januari 1997. Di bawah SMSM, permohonan jawatan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. SMSM memudahkan urusan pendaftaran permohonan, tapisan, penyenaraian calon lantikan dan simpanan, penjadualan temu duga, penentuan tempat temu duga dan tawaran jawatan. Di bawah sistem ini pemohon boleh mengemukakan permohonan secara online di Portal SPA http://www.spa.gov.my.

Iklan/ Pendaftaran

SPA telah melaksanakan urusan permohonan jawatan sepanjang masa melalui online. Dengan kaedah ini, SPA tidak lagi mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar sebelum sesuatu urusan pengambilan bagi pengisian jawatan kosong dilaksanakan. Mulai tahun 2009, pendaftaran SPA dijalankan secara online sepenuhnya. Calon perlu berdaftar dengan SPA menggunakan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Calon boleh memohon sehingga maksimum 15 pilihan jawatan berdasarkan kelayakan dan minat mereka.

Seperti biasa, permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan tempoh sah laku pendaftaran adalah selama 1 tahun.
Permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam bank data SPA. Tempoh sah laku setiap pendaftaran ialah 1 tahun. Sekiranya pemohon masih tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh Surat Akuan Pendaftaran, mereka perlu memperbaharui pendaftaran sekiranya masih berminat. Berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan/SUK Negeri, SPA akan memulakan urusan pengambilan dengan menyemak pemohon yang memohon jawatan berkenaan yang pendaftarannya masih sah. Oleh itu, pemohon dinasihatkan supaya memastikan pendaftaran mereka sentiasa sah/aktif.

Tapisan/ Ujian

Tapisan ialah peringkat menyenarai pendek calon-calon untuk dipanggil temu duga. Tapisan dilakukan sekiranya jumlah permohonan yang dijana dari bank data SPA jauh melebihi jumlah jawatan kekosongan yang hendak diisi. Oleh itu tapisan akan dibuat hinggalah jumlah calon yang sesuai untuk dipanggil temu duga diperolehi. Jumlah calon temu duga biasanya ditentukan berdasarkan nisbah 10 calon bagi setiap satu kekosongan jawatan dan 10 – 15 calon bagi jawatan yang melibatkan ujian fizikal.

Asas tapisan yang utama adalah mengikut kehendak skim jawatan berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya jumlah permohonan melebihi jumlah kekosongan, asas-asas tapisan lain boleh digunakan. Antara tapisan yang biasa dikenakan adalah bidang pengkhususan, pencapaian Cumulative Grade Point Average (CGPA) dan lulus peperiksaan khas. Lain-lain asas tapisan ialah jantina, umur, kelayakan lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana / PHD dan anak negeri serta keperluan-keperluan lain yang dinyatakan secara khusus oleh Kementerian/Jabatan yang memohon pengisian sesuatu jawatan itu. Peperiksaan Online dan ujian psikometrik merupakan salah satu kaedah tapisan.

Temu Duga

Calon yang melepasi tapisan akan dipanggil temu duga. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, SPA akan menetapkan tempat temu duga di semua ibu negeri di Semenanjung dan beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.

Selamat membuat Semakan secara online untuk semak keputusan SPA peperiksaan dan semakan temuduga SPA. Semoga permohonan anda untuk jawatan kerajaan yang dipohon berjaya.

Related : calon yang layak surat, perkhidmatannya apabila sistem pengambilan, masa smsm diperkenalkan, suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia telah mengadaptasi, sistem pengambilan berkomputer iaitu, surat panggilan temu duga, peningkatan secara lantikan psl pegawai sedang berkhidmat psb, layak surat panggilan temu, januari 1997 suruhanjaya perkhidmatan, malaysia telah mengadaptasi pengurusan, berkomputer iaitu sistem mengambil pusat temu duga, 1997 suruhanjaya perkhidmatan awam, semakan juga boleh dilakukan melalui portal spa pada bulan oktober bagi sesi kemasukan januari dan bulan april bagi sesi kemasukan julai, pengurusan elektronik dalam perkhidmatannya, temu duga dan ujian, mengadaptasi pengurusan elektronik,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *