Semakan Status Permohonan MyKad/ MyKid Online, semak status permohonan kad pengenalan, cara semak status permohonan mykad, mykid, mypr, mykas, jpn zoom,

Semakan Status Permohonan MyKad/ MyKid Online

Cara Semak Status Permohonan Kad Pengenalan MyKad Dan MyKid Online. Panduan buat mereka yang ada membuat permohonan kad pengenalan atau IC di Malaysia. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ada menyediakan sistem Semakan Status Permohonan MyKad/ MyKid secara online dan SMS.  Ianya sekaligus membantu pemohon untuk mengetahui status permohonan Kad Pengenalan MyKad dan MyKid mereka samada sudah siap atau belum. Semakan juga boleh dibuat untuk permohonan MyPR dan MyKAS.

Sistem online semakan ini memudahkan rakyat Malaysia dalam urusan dengan pihak berkaitan dengan lebih pantas. Ianya sekaligus memudahkan pengguna untuk tidak perlu datang ke Pejabat JPN hanya sekadar untuk menyemak status permohonan mereka.

Semakan Status Permohonan MyKad/ MyKid Online

Cara Semak Status Kad Pengenalan Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan kad pengenalan mykad/ mykid online dan sms. Diantara kaedah semakan yang boleh digunakan oleh pengguna adalah seperti berikut :-

A. Semakan Status Permohonan MyKad Dan MyKid Online Dan SMS

Untuk makluman, MyKad adalah kad pengenalan untuk Warganegara Malaysia. MyPR adalah untuk pemastautin tetap manakala MyKAS untuk pemastautin sementara. MyKid adalah untuk kanak-kanak.

1. Semakan Online MyKad, MyPR & MyKAS

Satu laman web khas untuk kemudahan pemohon dalam menyemak status permohonan kad pengenalan mereka.

Skrin utama akan dipaparkan apabila pengguna berjaya mengkases sistem semakan.

  1. Masukkan No KP anda di ruangan yang disediakan. No KP boleh didapati dari resit rasmi permohonan
  2. Contoh : 501212113343
  3. Isikan CAPTCHA dan tekan butang SEMAK
  4. Status permohonan akan dipaparkan

2. Semakan Status Permohonan MyKid Online

Untuk kanak-kanak, semakan status permohonan juga ada disediakan.

Klik MyKid untuk membuat semakan

  • Masukkan No KP anda di ruangan yang disediakan. No KP boleh didapati dari resit rasmi permohonan
  • Contoh : 090705020223
  • Isikan CAPTCHA dan tekan butang SEMAK
  • Status permohonan akan dipaparkan

B. Semakan Melalui Kaedah SMS

Status permohonan juga boleh disemak melalui kaedah perkhidmatan MySMS dengan mengikuti langkah-langkah semakan seperti berikut.

1) MyKad

Taip JPN<jarak>MYKAD<jarak>No Kad Pengenalan
Hantar SMS ke 15888
Contoh JPN MYKAD 501212113343

2) MyKid

Taip JPN<jarak>MYKID<jarak>No MyKid
Hantar SMS ke 15888
Contoh JPN MYKID 151212113343

Caj perkhidmatan sebanyak RM0.15 akan dikenakan untuk penghantaran. Caj penerimaan pula adalah sebanyak RM0.20.

Maklumat Lanjut

Untuk panduan lengkap, klik Manual Pengguna semakan status kad pengenalan untuk rujukan. Selain itu, JPN ada menyediakan khidmat JPN Zoom : Serahan MyKad secara pandu lalu di JPN Putrajaya.

Semakan Status Permohonan MyKad/ MyKid Online

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara, sila layari laman Facebook JPN.

Selamat membuat Semakan Status Permohonan MyKad/ MyKid Online. Semoga dengan adanya sistem semakan ini dapat memudahkan dalam mengetahui status permohonan kad pengenalan anda dengan pantas dan mudah.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *