Semakan Syarat Kelayakan UiTM Online, selangkah uitm aplikasi semak syarat program pengajian Universiti Teknologi MARA yang boleh dipohon.

Semakan Syarat Kelayakan UiTM Online (Selangkah)

Semak Syarat Akademik Ke UiTM Melalui Selangkah Online. Adakah anda layak memohon program pengajian di UiTM? Panduan buat para pelajar lepasan SPM dan STPM serta setaraf yang berminat untuk menyambung pengajian tinggi mereka ke Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berikut dikongsikan panduan semakan syarat kelayakan UiTM melalui aplikasi atas talian atau online, Selangkah UiTM.

Pemohon adalah disarankan untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu di Portal Selangkah UiTM sebelum apply masuk UiTM melalui UPU Online atau Portal Pelajar UiTM. Langkah yang dibuat ini adalah untuk mengelakan application anda gagal atau ditolak kerana memohon program pengajian yang melebihi syarat kelayakan akademik yang pelajar diperolehi.

Semakan syarat UiTM online selangkah

Semakan Syarat Kelayakan UiTM Online

Berikut adalah panduan dan langkah dalam membuat Semakan Kelayakan memohon Program Pengajian di UiTM samada pelajar layak atau tidak untuk memohon. Semakan syarat UiTM boleh disemak di pautan berikut :-

Semakan Syarat UiTM Online

Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM telah mewujudkan sistem semakSYARAT yang terbaharu bagi tujuan menyemak syarat ke UiTM.

Ianya lebih mudah diakses dan difahami. Hanya masukkan keputusan peperiksaan dan dapatkan senarai program yang layak untuk dimohon.

Pemohon adalah disarankan untuk menggunakan sistem Selangkah UiTM ini sebelum membuat application ke UiTM.

Cara Membuat Semakan Syarat Kelayakan UiTM (Cara Lama)

Berikut adalah langkah mudah dalam membuat semakan program pengajian yang layak dipohon oleh pelajar berdasarkan kepada keputusan peperiksaan yang diperolehi :-

Langkah 1 – 3

  • 1. Buka web app semakSYARAT di telefon pintar (Google Chrome di Android & Safari di iOS)
  • 2. Buka menu dan tekan pilihan Semak Syarat
  • 3. Pilih Peringkat Pengajian & Kategori dan isi ruangan yang disediakan

Semakan Syarat Kelayakan UiTM Online

 

Langkah 4 – 6 Semakan Syarat Kelayakan UiTM

  • 4. Tekan Butang Semak
  • 5. Hasil semakan menunjukkan bilangan program yang layak dimohon. Tekan nama program untuk maklumat lanjut
  • 6. Paparan rekod semakan yang lalu boleh diakses pada bila-bila masa

Semakan Syarat Kelayakan UiTM Online (Selangkah)

Syarat Am Ke Universiti Teknologi MARA

Sebagai rujukan buat pelajar, berikut adalah Syarat-Syarat Am Masuk Ke Universiti Teknologi MARA.

  1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup application
  2. Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon
  4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM

Kelayakan Akademik

Berikut adalah Syarat kelayakan akademik masuk Ke Universiti Teknologi MARA bagi Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Diploma:

  • Calon Lepasan SPM/ Setaraf
  • Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia

Calon Lepasan STPM/ Setaraf

  • Lulus SPM / setaraf dengan baik
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
  • Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Calon Lepasan Matrikulasi

  • Lulus SPM / setaraf dengan baik
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
  • Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00
  • Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Calon Lepasan Diploma

  • Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti
  • Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Maklumat Lanjut

Selain menggunakan, pelajar juga boleh membuat semakan syarat kelayakan ke UA/ IPTA melalui UPU menggunakan pautan berikut :-

  1. iMASCU
  2. Semakan Syarat Kelayakan UPU
  3. eSemak Politeknik

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, siala hubungi:

  • Bahagian Pengambilan Pelajar
    Bangunan Inovasi
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor Darul Ehsan
  • Unit Diploma
    • No Tel: 03-5544 3194/ 3196/ 3162/ 8067
  • Unit Sarjana Muda
    • No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3277/ 2798
  • Unit Profesional
    • No. Tel : 03-5544 3168/ 3167

Semoga perkongsian Semakan Syarat Kelayakan UiTM Online dapat dijadikan panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi MARA (UiTM). Tahinah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke UiTM.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *