Semakan Syarat Kelayakan UPU Am Dan Khas epanduan, cara semak semak senarai program pengajian upu, e-Panduan sistem emas,

Semakan Syarat Kelayakan UPU Am Dan Khas Sistem Emas

Cara Semak Syarat Kelayakan UPU. Panduan buat para pelajar lepasan SPM/ STPM dan setaraf yang ingin membuat application ke UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti. Application UPU sesi 2024/ 2025 akan dibuka pada Februari 2024. Sebagai panduan berikut dikongsikan cara membuat semakan syarat kelayakan UPU berdasarkan kepada kelulusan akademik anda meliputi syarat am dan syarat khas program pengajian.

Terdapat beberapa sistem semakan atas talian yang telah diwujudkan oleh JPT dan Politeknik bagi membolehkan para pelajar untuk menyemak kursus yang bersesuaian dengan keputusan akademik mereka. Untuk makluman, terdapat banyak program pengajian dan kursus yang ada ditawarkan di UPU. Oleh itu, kewujudan sistem semak kelayakan ini dapat membantu pelajar seterusnya mengurangkan risiko tidak mendapat tempat di IPT disebabkan memohon luar dari kelayakan akademik mereka,

Semakan Syarat Kelayakan UPU Am Dan Khas Online

Cara Semak Syarat Kelayakan Am Dan Khas UPU Secara Atas Talian

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan syarat kelayakan UPU untuk application ke Universiti Awam (UA), IPTA dan ILKA sesi akademik 2024/ 2025. Untuk makluman dan bermula dari bulan Mac 2015, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diganti dengan Universiti Awam (UA). IPTA pula diguna pakai bagi merujuk kepada Kolej Komuniti dan Politeknik.

Lepasan SPM/ STPM termasuk lepasan Asasi, Diploma, Matrikulasi dan STAM yang berminat untuk membuat application melalui UPU, anda boleh membuat semakan syarat kelayakan UPU iaitu syarat am dan khas serta memilih jurusan yang layak dipohon menggunakan sistem semakan berikut.

Sistem Semakan Syarat Kelayakan ini dapat membantu pelajar dalam menyemak syarat kelayakan UPU termasuk semakan kelayakan pelbagai program pengajian di IPT.

  • Selain sistem semakan syarat kelayakan UPU ini, pelajar juga boleh menghadirkan diri ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara atau Karnival Jom Masuk U/ IPT di beberapa lokasi/ zon sekitar Malaysia.

A. Syarat Am UPU

Application UPU secara atas talian adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja. Bukan Warganegara hendaklah memohon terus ke UA berkaitan. Syarat Am Kelayakan akademik adalah mengikut kategori pemohon.

B. Syarat Khas UPU

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan untuk application ke UA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf. MUET band 1 sebagai syarat khas masih dilaksanakan oleh UA bagi program-program yang berasaskan bakat dan kecergasan

C. Senarai Sistem Semakan Syarat Kelayakan UPU

Berikut disenaraikan sistem semakan syarat kelayakan UPU meliputi syarat am dan khas serta program pengajian. Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP/ My Kad sahaja yang layak untuk mengemukakan application.

i) e-Panduan Application ke Universiti Awam / Politeknik Premier

Sistem semakan e-Panduan ini memaparkan maklumat seperti berikut :-

  • Maklumat UA dan Politeknik Premier
  • Senarai Program pengajian yang ditawarkan
  • Syarat khas program

Untuk membuat semakan oleh Bahagian Pengurusan Pelajar UPU, Jabatan Pendidikan Tinggi.ini, sila layari pautan URL berikut :-

Semakan Syarat kelayakan UPU syarat am dan khas

ii) e-Panduan Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

Maklumat semakan untuk application ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Informasi yang dipaparkan termasuk syarat am, syarat khas program pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan serta maklumat lain berkaitan institusi berkenaan.

  • e-Panduan Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA :
    • ePanduan TVET

Semakan syarat kelayakan permohonan UPU

Anda juga boleh membuat semakan syarat kelayakan esemak Poli dan program pengajian Politeknik di

iii) Sistem IMASCU

  • Sistem semakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT. Panduan semakan di iMASCU

D. Adakah Anda Layak Memohon?

Calon yang layak untuk memohon program pengajian yang ditawarkan beserta maklumat kategori  pemohon adalah seperti berikut :-

i) Lepasan SPM/ setaraf

Untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf seperti berikut :-

  • 1. Kategori A : Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa
  • 2. Kategori B : Pemohon yang menggunakan keputusan SPM bukan tahun semasa

Pelajar dari kategori lepasan SPM/ setaraf adalah layak untuk mengemukakan application UPU memasuki UA, Matrikulasi, IPG, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA berdasarkan kelayakan dan minat. Program yang boleh dimohon adalah Program Matrikulasi , PISMP IPG, Program Asasi/ Diploma Di UA/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti dan ILKA

ii) Lepasan STPM/ setaraf

Kategori pemohonan untuk lepasan STPM dan setaraf adalah seperti STPM, Matrikulasi, Diploma, STAM.

Nota : Bagi pemohon Lepasan ASASI & DIPLOMA IPTS, Pemilihan dan Pengambilan adalah tertakluk sepenuhnya dibawah Senat Universiti.

E. Tarikh Penting UPU Sesi 2024/2025

Senarai tarikh penting berkaitan panggilan temuduga dan semakan keputusan serta rayuan boleh dirujuk di Tarikh Penting UPU 2024.

F. Maklumat Lanjut Semakan Syarat Kelayakan UPU Secara Atas Talian

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan application Ke UA, Matrikulasi, IPG, Politeknik Dan ILKA Sesi 2024-2025, sila layari :-

Kepada pelajat yang berminat memasuki IPT berkaitan, selamat membuat Semakan Syarat Kelayakan Program UPU meliputi Syarat Am Dan Khas Program pengajian. Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke Program pengajian dan IPT yang dihajati.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *