Semakan Syarat Kelayakan Politeknik Online (eSemak). Aplikasi check program pengajian yang boleh dipohon oleh pelajar.

Semakan Syarat Kelayakan Politeknik Online

Cara Semak Syarat Kelayakan Politeknik Melalui eSemak Politeknik. Kini semuanya lebih mudah untuk memilih kursus atau program pengajian di Politeknik yang bersesuaian dengan kelayakan akademik pelajar, Semakan syarat kelayakan Politeknik untuk melihat program yang layak atau tidak layak dipohon oleh pelajar kini boleh disemak melalui eSemak Politeknik online.

Pemohon terutama dari lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah dinasihatkan untuk membuat semakan syarat kelayakan sebelum membuat application samada melalui UPU online atau Portal Pengambilan Pelajar Politeknik. Kemasukan yang terlibat adalah Politeknik Premier, Konvensional/ METrO.

Semakan Syarat Kelayakan Politeknik Online (eSemak)

eSemak Politeknik : Semakan Syarat Kelayakan Politeknik Online

Pelajar yang berminat untuk membuat application ke Politeknik adalah disarankan untuk membuat semakan syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum mengisi borang.

Peluang untuk application anda gagal atau ditolak adalah lebih berkurangan kerana panduan program pengajian/ kursus yang disarankan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik yang pelajar perolehi.

Panduan Cara Semakan eSemak Poilteknik

Berikut dikongsikan cara Semakan Syarat Kelayakan Politeknik secara online melalui eSemak Politeknik yang boleh dilayari di pautan berikut :-

Langkah 1

  1. Sila masukan no kad pengenalan (mykad) tanpa simbol dash ( – ).
  2. Contoh: 970304115679
  3. Pilih Kelayakan Akademik

Semakan Syarat Kemasukan Politeknik Online (eSemak)
Langkah 2

  1. Pilih mata pelajaran yang diambil dan isikan gred keputusan peperiksaan yang diperolehi
  2. Klik SEMAK

Semakan Syarat Kemasukan Politeknik Online (eSemak)
Langkah 3

  1. Senarai program pengajian yang layak dipohon akan dipaparkan

*Nota : Program yang dipaparkan adalah yang layak berdasarkan keputusan akademik sahaja. Klik nama program untuk melihat syarat penuh program.

Sistem Semakan Syarat Kelayakan UPU Online

Selain eSemak Politeknik, terdapat juga beberapa portal semakan yang boleh digunakan untuk menyemak syarat kelayakan UPU (UA, IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti) iaitu syarat am dan khas application serta program pengajian. Berikut disenaraikan sistem semakan yang boleh digunakan oleh pelajar :-

i) e-Panduan Masuk ke Universiti Awam / Politeknik Premier

e-Panduan memaparkan maklumat seperti berikut :-

  • Maklumat UA dan Politeknik Premier
  • Senarai Program pengajian/ kursus yang ditawarkan
  • Syarat khas program

Untuk menyemak syarat melalui sistem yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU, Jabatan Pendidikan Tinggi.ini, sila layari pautan URL berikut :-

  1. e-Panduan UA

ii) e-Panduan Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

Maklumat semakan yang dipaparkan termasuk syarat am kemasukan, syarat khas memohon program pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan serta maklumat lain berkaitan institusi ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA.

  • e-Panduan Politeknik Konvensional/METrO, ILKA dan Kolej Komuniti : fepanduan

iii) Selangkah UiTM

Semakan syarat kelayakan untuk program pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

iv) Sistem IMASCU

  • Sistem semakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT. Panduan semakan boleh dirujuk di

Senarai Politeknik Di Malaysia Dan Kursus Yang Ditawarkan

Untuk panduan pemohon kemasukan ke Politeknik, senarai semua politeknik yang terdapat di Malaysia beserta alamat, no telefon dan laman web serta senarai program yang ada ditawarkan di Politeknik boleh dirujuk di

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Politeknik terutama pengambilan pelajar, sila hubungi :-

  • Bahagian Pengambilan Pelajar
    Jabatan Pendidikan Politeknik,
    Aras 4, Galeria PjH,
    Jalan P4W, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya
  • No Telefon : 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9263/ 9340
  • Faksmili : 03-8891 9323

Selamat membuat semakan syarat kelayakan ke Politeknik secara online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Politeknik untuk program/ kursus pengajian program sepenuh masa yang diminati.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *