in

Semakan Wang Tak Dituntut Di JANM (WTD)

Cara Semak Wang Tidak Dituntut Di Jabatan Akauntan Negara (JANM). Sudahkah anda membuat semakan wang tak dituntut (WTD)? Jka belum jom semak di kaunter Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yan terdapat di seluruh Malaysia. Mana tahu anda mempunyai sejumlah wang yang tidak dituntut milik anda yang anda tidak tahu. Buat masa sekarang, semakan WTD hanya boleh dibuat secara manual dan pemohon perlu hadir sendiri ke pejabat JANM yang berhampiran.

Sistem semakan WTD secara online atau eGUMIS diberitakan akan diperkenalkan pada suku kedua tahun 2018. Untuk makluman, semakan wang tidak dituntut tidak mempunyai tarikh luput dan pemohon boleh membuat semakan pada waktu operasi pejabat. Sungguh mudah tidak sampai 5 minit, hanya bawa kad pengenalan (MyKad) anda dan serahkan di kaunter. Ianya PERCUMA. Tiada bayaran atau caj perkhid­matan akan dikenakan.

Semakan Wang Tak Dituntut Di JANM (WTD)

Cara Semak WTD Di Kaunter JANM

Berikut dikongsikan cara membuat semakan Wang Tak Dituntut atau WTD secara manual sementara sementara menanti pengenalan sistem semakan online, eGUMIS.

Cara Semakan Wang Tak Dituntut 

Berikut adalah panduan ringkas dalam membuat semakan WTD di kaunter Pejabat Jabatan Akauntan Malaysia di seluruh Malaysia

  • Hadir sendiri (Walk In) Ke Kaunter Bahagian WTD pada waktu operasi pejabat
  • Sila bawa Kad pengenalan/ MyKad dan serahkan MyKad anda di kaunter JANM
  • Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan melalui sistem JANM. Semakan akan mengambil masa tidak sampai lima minit bergantung kepada keadaan semasa seperti capaian sistem dan sebagainya
  • Senarai jumlah WTD dan amaun yang boleh dituntut (Jika ada) akan dipaparkan kepada pemohon
  • Pegawai JANM akan memberikan panduan dalam cara membuat tuntutan WTD kepada pemohon

Nota : Semakan untuk waris yang telah meninggal dunia juga boleh disemak. Pemohon perlu membawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

Cara Membuat Tuntutan Wang Tak Dituntut (Individu)

Pemohon perlu mengisi borang tuntutan jika terdapat wang tidak di tuntut milik anda di JANM.

  1. Muat Turun Borang UMA-7
  2. Borang UMA-7 yang lengkap iaitu perlu diisi dan ditandatangani
  3. Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) / pasport pemohon bagi bukan warganegara
  4. Dokumen asal seperti buku bank /sijil simpanan tetap dan lain-lain
  5. Salinan muka hadapan buku akaun / penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran WTD akan dikreditkan terus ke dalam akaun ini)

Contoh paparan Borang UMA-7

Semakan Wang Tak Dituntut Di JANM (WTD)

Panduan Cara Buat Tuntutan WTD

Untuk panduan yang lengkap berkaitan semakan wang tidak dituntut dan cara buat tuntutan WTD, sila rujuk kepada dokumen di bawah ini :-

Apa Itu Wang Tidak Dituntut (WTD)?

Berikut dikongsikan definisi maksud wang tidak dituntut :-

A. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

B. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

  • Akaun simpanan;
  • Akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

C. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.

  • Akaun pemiutang dagangan
  • Akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Selamat membuat Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Di Kaunter Pejabat Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang berhampiran. Moga anda berpuashati dengan proses semakan WTD yang ada sekarang dengan harapan sistem online eGUMIS yang akan diperkenalkan bakal memudahkan urusan tuntutan wang milik anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Senarai Jawatan Suruhanjaya Pasukan Polis Di SPA

Senarai Jawatan Suruhanjaya Pasukan Polis Di SPA

Permohonan egTukar 2018 Online pertukaran guru

Permohonan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru