Senarai Bangunan Bersejarah Di Malaysia (Lokasi Di Setiap Negeri). Lokasi dan nama tempat bangunan warisan yang terkenal dan menarik untuk dikunjungi.

Senarai Bangunan Bersejarah Di Malaysia

Disebalik kemajuan yang telah kita kecapi sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, tersimpan banyak bangunan bersejarah yang mempunyai nilai dan cerita disebalik pembinaannya. Di setiap pelusuk negeri dari Perlis hingga ke Johor dan dari Sabah ke Sarawak, anda boleh lihat terdapat banyak bangunan bersejarah yang boleh anda lawati. Walaupun negara kita mempunyai banyak bangunan pencakar langit yang dikenali di seluruh negara, namun bangunan bersejarah yang sudah terbina sekian lama harus dipelihara. Hendak tahu senarai bangunan bersejarah yang terdaoat di seluruh negeri di Malaysia?

Bangunan bersejarah adalah bangunan yang telah dibina pada masa dahulu dan telah digunakan untuk tujuan tertentu. Bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang harus dijaga dan dipelihara. Kerajaan seharusnya mengambil tindakan yang proaktif untuk memelihara bangunan bersejarah agar tidak rosak. Banyak negara-negara maju yang mengekalkan bangunan bersejarah mereka dengan tujuan agar masyarakat dapat mempelajari sesuatu daripada sejarah sesebuah bangunan tersebut.

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

Senarai Bangunan Bersejarah Di Malaysia

Antara kepentingan bangunan bersejarah adalah sebagai tarikan pelancong untuk datang sendiri ke negara kita dan melihat sendiri monumen-monumen bersejarah yang tersimpan di negara kita.

Berikut dikongsikan senarai bangunan bersejarah mengikut negeri berserta sedikit penerangan tentang bangunan tersebut:

Senarai Bangunan Bersejarah Di Kuala Lumpur

1. Bangunan Sultan Abdul Samad

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Telah dibina pada abad ke-19 iaitu tahun 1893. Dipengaruhi reka bentuk Moghul dan Moorish dengan pengaruh Islam. Bangunan ini memiliki 3 kubah. Pada mulanya ia dikenali dengan nama Pejabat Baru Kerajaan akan tetapi pada tahun1984 ia dinamakan dengan nama Sekretetiat Persekutuan. Kemudian di tukar lagi nama pada tahun 1974 dengan nama Bangunan Sultan Abdul Samad bersempena dengan nama Sultan Selangor ketika itu
  • Alamat: Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur

2. Muzium Telkom

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Apa yang menarik mengenai Muzium Telekom adalah reka bentuknya dipengaruhi dengan 2 reka bentuk berbeza iaitu bahagian bangunan yang menghadap Jalan Gereja dipengaruhi seni bina Roman manakala bahagian bangunan yang menghadap Jalan Raja Chulan dipengaruhi seni bina Eropah. Di dalamnya terdapat pameran perkembangan telekomunikasi Malaysia dari tahun 1870-an sehingga dunia moden
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm) | Cuti Umum Tutup
  • Bayaran Masuk: RM5
  • Alamat: Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur

3. Muzium Diraja Negara

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Bangunan ini telah dibina pada tahun 1928 yang pada asalnya adalah rumah agam milik seorang jutawan Cina, Chan Wing. Reka bentuk bangunan ini telah direka oleh sebuah syarikat seni bina yang berpangkalan di Singapura. Berkeluasan 11.34 hektar, rumah agam ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana rumah di sekitar Tanah Melayu ketika itu
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)
  • Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2 | Warga Emas RM3
  • Alamat: Jalan Istana, Kuala Lumpur

Senarai Bangunan Bersejarah Di Selangor

1. Bangunan Sultan Sulaiman Shah

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Dibina pada tahun 1909 dengan seni bina dan reka bentuk kolonial oleh A.B. Hubback. Telah digunakan oleh British namun ketika Jepun memerintah, mereka telah menggunakan bangunan ini. Setelah perang tamat, bangunan ini telah digunakan oleh beberapa pihak berkuasa tempatan kemudian pada tahun 2005 ia telah dijadikan galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
  • Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00am – 5.00pm) | Isnin Cuti Umum Tutup
  • Alamat: Bangunan Sultan Suleiman, 41000 Klang, Selangor

2. Istana Bandar (Alaeddin)

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Dibina pada tahun 1905, Istana Bandar (Alaeddin) merupakan peninggalan antik yang sangat unik. Secara keseluruhan bangunan ini memiliki pengaruh Islam dari Timur Tengah dan India. Istana ini pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah dan permaisurinya sehinggalah baginda mangkat pada tahun 1889. Bangunan ini kemudiannya dijadikan tempat pertabalan Sultan Selangor ke-7. Namun bermula pada tahun 1957 istana ini tidak lagi digunakan
  • Alamat: Kampung Sungai Ingat, 42700 Banting

3. Masjid Bandar

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Reka bentuk masjid ini sangat klasik. Ia telah dibina pada tahun 1905 iaitu selepas Istana Bandar siap dibina. Ia telah dirasmikan pada 18 Jun 1924 dan pernah menjadi Masjid Negeri Selangor. Reka bentuk masjid ini terinspirasi dari seni bina pemerintahan Deli di Medan Sumatera Utara
  • Alamat: Jalan Istana Kampung Bandar, 42700 Jugra, Selangor

Senarai Bangunan Bersejarah Di Perak

1. Galeri Sultan Azlan Shah

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Merupakan sebuah istana lama. Mula dibina pada tahun 1898 dan tamat dibina pada 1903. Ketika pembinaannya, bahan-bahan telah dibawa masuk dengan menggunakan kapal-kapal dagangan yang datang daripada negara seperti India, Perancis, Itali dan Tanah Melayu sendiri. Sekarang ia telah dijadikan galeri yang mempamerkan pelbagai barangan peninggalan Sultan Perak
  • Alamat: Galeri Sultan Azlan Shah, 33000 Kuala Kangsar, Perak

2. Kompleks Sejarah Pasir Salak

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Terdapat beberapa tarikan yang boleh didapati di Kompleks ini. Antaranya rumah tradisi Perak, monumen J.W.W. Birch, meriam Lela Rentaka, kubu Datuk Maharaja Lela dan kubur Sipuntum. Mengikut sejarah, di kawasan ini telah berlaku pembunuhan seorang residen Inggeris ketika itu
  • Alamat: Kompleks Sejarah Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak

3. Kellie’s Castle

senarai bangunan bersejarah di perak

  • Telah dibina pada tahun 1915 oleh pengusaha ladang dari Scotland, William Kellie Smith. Beliau membinanya sebagai lambang cinta kepada isterinya selain mengembalikan kenangan kampung halamannya. Pembinaan istana ini terhenti kerana Kellie telah mati mengejut pada tahun 1926. Dikatakan istana ini memiliki banyak ruang rahsia dan terowong bawah tanah
  • Alamat: Kellie’s Castle, 31000 Batu Gajah

4. Masjid Ubudiah

senarai bangunan bersejarah di perak

  • Mula dibina pada tahun 1913 dengan kos RM 220,000 ketika itu. Direka oleh arkitek A.B. Hubback dan dilaksanakan oleh jurutera negeri Perak, Caufield. Masjid ini dipengaruhi oleh seni bina islam-india dan bentuk segi lapan yang unik
  • Alamat: Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar

Senarai Bangunan Bersejarah Di Melaka

1. Kota A Famosa

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Telah dibina pada tahun 1511 dengan menggunakan buruh paksaan di bawah taklukan Portugis. Sebahagian kota ini telah musnah dan hanya yang tinggal adalah pintu hadapan sahaja. Pintu gerbang ini adalah struktur bangunan Eropah tertua di rantau Asia. Mampu bertahan sehingga kini dan masih kukuh kerana menggunakan batuan paling kukuh dan sukar dicari
  • Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka

2. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Bangunan ini telah dibina pada tahun 1911. Ia dahulunya merupakan tempat orang atasan dan pegawai kerajaan bersosial. Pada tahun 1985 bangunan ini telah dibuka untuk orang ramai dan dijadikan bangunan memorial. Kini ia menyimpan pelbagai dokumen, artifak, majalah, keratan akhbar dan banyak lagi peninggalan penting dari zaman kesultanan melayu Melaka hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
  • Alamat: Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jalan Parameswara, Melaka

3. Baba Nyonya Heritage Museum

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Sejarah muzium ini asalnya adalah tempat tinggal bagi sebuah keluarga Cina iaitu keluarga Chan yang datang ke Tanah Melayu untuk berniaga pada tahun 1865 hingga 1910. Muzium ini telah diuruskan sendir oleh generasi mereka yang ke-4. Di dalam bangunan tersebut kita boleh dapati pelbagai perabot asal yang dipelihara dengan baik yang kaya dengan budaya baba dan nyonya
  • Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00am – 5.00pm) | Jumaat, Sabtu Ahad (10.00am – 6.00pm)
  • Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak (5 – 12 Tahun) RM10
  • Alamat: 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka

4. The Stadhuys

senarai bangunan bersejarah di melaka

  • Merupakan salah satu tarikan yang terdapat di Melaka. Diwarnai dengan barisan beca yang berwarna warni menjadi tumpuan untuk bergambar. Bangunan The Stadthyus ini dibina pada 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda namun ketika itu bangunan ini berwarna putih. Namun ditukar warna pada zaman pemerintahan British seperti yang ada pada masa kini
  • Alamat: Persimpangan bulatan Jalan Quayside, Admiral Street, dan Jalan Chan Koon Cheng, Bandar Hilir Melaka

Senarai Bangunan Bersejarah Di Negeri Sembilan

1. Istana Lama Seri Menanti

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Istana Seri Menanti merupakan sebuah istana yang dibina bagi menggantikan Istana Pulih yang telah terbakar ketika perang Bukit Putus. Ia telah direka oleh dua orang tukang iaitu Taib dan Kahar atas arahan Yang di-Pertuan Besar yang mahukan istana baru ini direka dengan reka bentuk minangkabau. Antara keistimewaan istana ini adalah ia dibina tanpa menggunakan paku besi sebaliknya menggunakan pasak untuk menyambungkan kayu
  • Alamat: Istana Lama Seri Menanti, Seri Menanti, Kuala Pilah

2. Masjid Jamek Jalan Dato’ Bandar Tunggal

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Masjid ini telah dibina pada tahun 1924 atas tanah yang telah diwakafkan oleh Dato Bandar Haji Ahmad Ali dan keluarga Sheikh Abdul Kadir yang merupakan pendakwah Islam terkenal ketika itu. Ia merupakan masjid tertua di Negeri Sembilan. Reka bentuk istana ini ada persamaan dengan reka bentuk yang terdapat di Melaka
  • Alamat: Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, Seremban

3. Rumah Putih

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Dibina pada tahun 1912 oleh B.P. Habbach. Pada awalnya, British menjadikan bangunan ini sebagai pusat pentadbiran dan kemudian dijadikan Pejabat Kerajaan Negeri
  • Alamat: Berhampiran Wisma Negeri

Senarai Bangunan Bersejarah Di Johor

1. Galeri Seni Johor

 

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Bangunan ini telah dibina pada tahun 1910 di Jalan Petrie telah digunakan oleh Menteri Besar Johor ke-3 iaitu Dato Abdullah Jaafar. Ketika Jepun menyerang tanah melayu, bangunan ini telah dijadikan markas tentera Jepun kemudian bangunan ini terbiar begitu sahaja. Selepas itu, bangunan ini telah dijadikan Pejabat Jabatan Pendidikan dan kemudian dijadikan galeri
  • Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (9.00am – 4.30pm)
  • Bayaran Masuk: Percuma
  • Alamat: JKR 144, Jalan Petrie, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru

2. Bangunan Sultan Ibrahim

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Bangunan ini dibina bermula pada tahun 1938 dengan ketinggian 11 tingkat dan siap pada tahun 1942. Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak 2 juta ketika itu. Istimewanya bangunan ini adalah ia merupakan gabungan seni bina Kolonial, Islam dan Melayu Johor. Terdapat lukisan 8 bintang membawa maksud 8 buah daerah yang ada di Negeri Johor. Terdapat ukiran bermotif flora seperti lada hitam dan bunga cengkih yang merupakan hasil utama Johor ketika itu
  • Alamat: Jalan Abdullah Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru

3. Masjid Sultan Abu Bakar

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Masjid ini dibina pada tahun 1892 dan siap sepenuhnya pada tahun 1900. Terletak di Jalan Skudai, Johor Bahru. Ia telah direka oleh arkitek Melayu, Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak. Beliau mendapat inspirasi daripada bangunan zaman Victoria. Selain itu, ia juga mempunyai elemen Melayu dan Moorish
  • Alamat: Jalan Abu Bakar, 80100, Johor Bahru, Johor

Senarai Bangunan Bersejarah Di Pahang

1. Muzium Sultan Abu Bakar

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Telah dibina pada tahun 1888 dan pada asalnya ia digunakan sebagai tempat penginapan residen-residen Inggeris pada tahun 1898. Mula dibina dengan menggunakan kayu namun telah dibangunkan semula pada tahun 1929 dengan menggunakan batu. Ketika Jepun menjajah, ia telah digunakan sebagai markas Jepun. Mula dijadikan muzium pada 1976 dan dikenali sebagai Muzium Sultan Abu Bakar
  • Alamat: Muzium Negeri Pahang, Jalan Sultan Ahmad, 26600 Pekan

2. Pahang Club

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Merupakan hasil binaan British yang terawal iaitu pada tahun 1907. Tujuan asal dibina adalah sebagai kediaman rasmi Hugh Clifford, Superntenden Ulu Pahang. Kemudian menjadi kediaman Inspektor Polis British dari tahun 1922 hingga 1926. Pertengahan tahun 1926 bangunan ini telah dijadikan kelab khas pegawai-pegawai Tinggi British
  • Alamat: Pahang Club, 27200 Kuala Lipis, Pahang

Senarai Bangunan Bersejarah Di Kelantan

1. Masjid Kampung Laut

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Masjid ini telah berusia sekitar 300 hingga 400 tahun iaitu dibina pada tahun 1730. Telah dibina oleh mubaligh yang mendarat sewaktu pelayaran mereka. Mereka telah membina masjid ini sebagai memperingati peristiwa tersebut. Reka bentuknya dipengaruhi dengan seni bina jawa dan tidak menggunakan paku
  • Alamat: Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu

2. Muzium Perang Kelantan (Bank Kerapu)

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Dibina pada tahun 1912 dan dijadikan sebagai bank oleh The Mercatile Bank of India Ltd. Mendapat nama Bank Kerapu kerana permukaan bank ini menggurutu kerana menggunakan simen berbatu-batu kecil. Ketika penjajahan Jepun, ia telah digunakan oleh polis Jepun sebagai ibu pejabat, penjara dan tempat mendera tahanan perang. Kemudian ia diguna semula menjadi bank sebelum dijadikan Balai Seni Lukis Kraftangan Kelantan. Pada tahun 1992 ia telah menjadi Muzium Memorial Perang Dunia ke-2
  • Alamat: Hilir Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan

3. Istana Jahar (Muzium Diraja Negeri Kelantan)

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Dibina oleh Sultan Muhammad II pada tahun 1887 untuk cucundanya, Long Kundur Bendahara. Pada tahun 1889, Long Kundur ditabalkan menjadi Sultan Muhammad III dan menjadikan Istana Jahar sebagai Balai Besar dan juga sebagai tempat bersemayam baginda dan Sultan-Sultan selepasnya. Ia kini telah menjadi Muzium Diraja Negeri Kelantan
  • Alamat: Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu

4. Istana Balai Besar

senarai bangunan bersejarah di kelantan

  • Telah dibina pada tahun 1840 oleh Sultan Muhammad II sebagai pusat pentadbiran kerajaan Kelantan ketika itu daripada Kota Saba ke Kota Bharu. Sultan-sultan Pahang yang melalui Kelantan akan bersemayam disini. Sehingga kini bangunan ini masih diguna pakai sebagai tempat untuk menjalankan urusan rasmi negeri
  • Alamat: Jalan Tengku Seri Akar, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu

Senarai Bangunan Bersejarah Di Terengganu

1. Kota Lama Duyung

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

 

  • Telah dibina pada tahun 1919 oleh Pegawai Kanan Pentadbiran Negeri Terengganu, Dato’ Biji Sura. Mendapat gelaran Kota Lama kerana ia dikelilingi tembok batu. Dikatakan telah dibina dengan menggunakan batu-bata yang satu-satunya terdapat di daerah itu
  • Alamat: Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu

Senarai Bangunan Bersejarah Di Kedah

1. Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Alor Setar adalah daerah dimana Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir dilahirkan dan dibesarkan. Rumah ini telah dipulihara oleh Arkib Negara pada tahun 1992
  • Waktu Operasi: Selasa – Khamis (10.00am – 5.30pm) | Jumaat 10.00am – 12.00pm 3.00pm – 5.30pm | Isnin Kecuali Cuti Umum Cuti Sekolah Tutup
  • Bayaran Masuk: Percuma
  • Alamat: Nombor 18, Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah

2. Istana Pelamin

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Pada tahun 1736 Istana Pelamin telah dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa kemudian dijadikan tempat bersemayam Sultan-Sultan. Pernah musnah ketika kedatangan Bugis pada tahun 1771 dan diabaikan. Pada tahun 1851 ia telah dibaik pulih oleh Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Mendapat nama Istana Pelamin selepas berlangsungnya majlis perkahwinan pada tahun 1904. Kemudian pada tahun 1983 ia telah menjadi Muzium Diraja Kedah
  • Alamat: Kedah Royal Museum, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar

Senarai Bangunan Bersejarah Di Pulau Pinang

1. Kota Cornwallis

senarai bangunan bersejarah di penang

  • Ia telah mula dibina pada tahun 1786. Nama kota ini diambil sempena dengan nama Gabenor Jeneral India ketika itu iaitu Charles Earl Cornwallis. Telah dibina oleh Kapten Francis Light dengan menggunakan kayu nibong kemudian dibina semula dengan menggunakan batu oleh Kolonel R.T. Farquhar. Siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister. Tujuan kota dibina adalah untuk mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis
  • Bayaran Masuk warganegara: Dewasa RM 10 Kanak-kanak RM 5
  • Bayaran Masuk Pelancong: Dewasa RM 20 Kanak-kanak RM 5
  • Alamat: Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

2. Muzium Perang

senarai bangunan bersejarah di penang

  • Muzium perang ini berkeluasan 20 ekar dan terletak di Batu Maung. Muzium ini menyimpang pelbagai perkakasan dan barangan bersejarah berkait dengan tentera British dan sekutunya semasa Perang Dunia Kedua. Terdapat juga kediaman tentera British yang masih kukuh berdiri. Pelancong boleh meninjau berek tentera, bilik tahanan, terowong, liang pengudaraan dan rumah masa lama
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad : 9 pagi – 11 malam
  • Bayaran Masuk: Dewasa RM 22 Kanak-kanak RM 12
  • Alamat: No Lot 1350, Mukim 12, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang, Malaysia

Senarai Bangunan Bersejarah Di Perlis

1. Muzium Kangar/ Kota Kayang (Rumah Tetamu Kangar)

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Bangunan ini ketika pemerintahan British ia telah dijadikan kediaman rasmi Penasihat British yang pertama iaitu Meadow Frost sehingga perang dunia ke-2. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bangunan ini dijadikan kediaman rasmi Ketua Menteri Perlis. Pada tahun 1991 bangunan ini telah digantikan menjadi Muzium Negeri
  • Alamat: Muzium Kota Kayang, 02000 Kuala Perlis

Sarawak

1. Kubu Margherita

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Telah dibina pada tahun 1879 oleh Sir Charles Brooke. Nama kubu ini diambil bersempena nama isterinya iaitu Margaret Brooke. Kubu ini dibina sebagai tanda kestabilan kerajaan dan kekuatannya
  • Alamat: Fort Margherita, Petra Jaya, 93050 Kuching

2. The Old Courthouse

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Juga dibina oleh Charles Brooke pada tahun 1883. Pada awal pembinaannya, ia dijadikan pejabat kerajaan dan tempat majlis rasmi. Terdapat juga monumen Charles Brooke yang dibina pada tahun 1924. Istimewanya tentang monumen ini, terdapat panel dengan 4 angka yang melambangkan masyarakat di Sarawak iaitu Melayu, Kayan, Dayak dan Cina
  • Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching

Sabah

1. Menara Jam Atkinson

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Ia telah dibina bagi memperingati Pegawai Daerah pertama Jesselton iaitu Francis George Atkinson yang mati akibat malaria. Menara ini pada permulaannya dibina dengan menggunakan kayu Merbau dengan ketinggian 48 kaki
  • Alamat: Atkinson Clock Tower, Kota Kinabalu, 88400

2. Bangunan Pelancongan Sabah

Senarai Bangunan Bersejarah terkenal di Malaysia

  • Bangunan ini merupakan bangunan tertua di Kota Kinabalu. Lebih dikenali dengan nama Jesselton Post Office ketika perang dunia ke-2. Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1918 oleh Mr Pearson
  • Alamat: Sabah Tourism Board, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *