in

Senarai Bantuan Kerajaan 2019 Oleh Pakatan Harapan

Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia, kerajaan amat mengambil berat tentang kebajikan dan kepentingan masyarakat dalam mentadbir urus negara. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membuat beberapa inisiatif dan program bantuan untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh masyarakat seperti tekanan ekonomi dan beban sara hidup. Berikut disertakan senarai bantuan kerajaan Malaysia pada tahun 2019 yang boleh dipohon oleh rakyat berpendapatan rendah terutamanya golongan B40.

Melalui Belanjawan 2019, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif contohnya pemberian Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dengan tujuan utama untuk membantu rakyat khususnya yang kurang berkemampuan. Seperti tunjang utama Belanjawan 2019, ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik dan Rakyat Sejahtera’ kerajaan mementingkan bahawa keadaan rakyat berada dalam keadaan harmoni di samping mengekalkan ekonomi yang stabil dan membawa negara maju ke hadapan.

Senarai Bantuan Kerajaan 2019 Golongan berpendapatan rendah

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia Terkini 2019 Untuk Golongan Berpendapatan Rendah

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan Malaysia di bawah PH termasuklah pemberian bantuan kewangan, subsidi dan baucar serta beberapa program lain yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk sepanjang tahun 2019. Senarai bantuan akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.

1) Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019

Bantuan kewangan yang amat popular dalam kalangan rakyat ini dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M. BSH telah dilaksanakan sejak pentadbiran kerajaan terdahulu dan telah ditambahbaik oleh Pakatan Harapan dari segi tapisan kelayakan penerima serta jumlah bantuan yang diberikan. Berikut adalah jenis bantuan dan kategori penerima bagi BSH 2019:

JUMLAH BANTUAN DAN KATEGORI PENERIMA BSH 2019

Jumlah BantuanKategori Penerima
RM1,000Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
RM750Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000
RM500Isi rumah berpendapatan Bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000
Tambahan RM120Bagi setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang anak kecuali anak OKU (tiada had umur)

Panduan permohonan dan kemaskini BSH, sila rujuk maklumat berikut:

2) Dana Perlindungan Kesihatan Nasional (Skim MySalam)

Bermula 1 Januari 2019, kerajaan telah mengimplementasikan Skim Perlindungan Nasional B40. Ianya dikenali sebagai Skim MySalam untuk mewujudkan jaringan keselamatan sosial secara percuma kepada yang berkelayakan. Penerima yang terdiri daripada golongan B40 berumur antara 18 hingga 55 tahun dan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal akan mendapat beberapa jenis bantuan seperti:

SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN NASIONAL

Jumlah BantuanKeterangan
RM700 setahun atau RM50 sehari terhad kepada 14 hari setiap tahunDiberikan sebagai pendapatan gantian semasa rawatan di hospital
RM8,000Bayaran khas yang diagihkan dalam tempoh masa yang akan diumumkan

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik pada panduan berikut:

3) Senarai Bantuan Kerajaan – Subsidi Minyak Bersasar

Seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan ketika Pilihan Raya Umum ke-14, subsidi minyak bersasar akan dijalankan mulai suku kedua tahun 2019 dijangka sekitar bulan April 2019. Pemberian subsidi bersasar ini akan mengambil kira beberapa syarat termasuklah kuasa kuda kenderaan, usia kenderaan serta pendapatan pemilik. Berikut adalah kategori penerima dan subsidi yang akan diberikan:

SUBSIDI MINYAK KERETA MOTOR BERSASAR 2019

JENIS KENDERAAN
KAPASITI ENJIN
SUBSIDI
KERETA
1, 500 CC DAN KE BAWAH
30 SEN SELITER TERHAD KEPADA 100 LITER SEBULAN
MOTOSIKAL
125 CC DAN KE BAWAH
30 SEN SELITER TERHAD KEPADA 40 LITER SEBULAN
*Nota : Pemberian subsidi bersasar ini hanya diberikan bagi petrol RON95 sahaja

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik pautan berikut:

4) Rebat Bil Elektrik RM40

Seperti BR1M, rebat bil elektrik ini juga merupakan bantuan yang telah ditambahbaik daripada inisiatif kerajaan terdahulu yang memberikan rebat bil elektrik sebanyak RM20 sahaja. Penerima bantuan hanya perlu membayar baki bil elektrik yang melebihi RM40 dan sekiranya bil tersebut di bawah RM40 maka ianya adalah percuma. Bantuan ini terhad kepada isi rumah miskin tegar dan miskin yang telah bedaftar di bawah program eKasih.

Untuk membuat semakan kelayakan penerimaan bantuan ini, sila rujuk kepada pautan berikut:

5) Dana Rumah Mampu Milik 2019 BNM

Kerajaan juga telah memperkenalkan bantuan pembiayaan pemilikan rumah pertama untuk golongan yang berpendapatan rendah yang dikenali sebagai Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM). Dana tersebut adalah sebanyak RM1 bilion seperti diumumkan dalam belanjawan 2019. Dana akan tersedia selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 sehingga habis digunakan. Berikut adalah keterangan lanjut mengenai bantuan pembiayaan yang bakal diterima:

  • Pembiayaan pembelian rumah pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian
  • Terhad kepada harga tanah sehingga RM150,000 sahaja serta kediaman di pasaran utama sahaja.
  • Tempoh pembiayaan adalah sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun (yang mana lebih rendah)

Untuk melihat senarai Institusi kewangan serta syarat kelayakan memohon, sila klik pautan berikut:

6) Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

BAP juga adalah salah satu inisiatif program bantuan daripada kerajaan terdahulu. Ianya masih diteruskan bagi tahun 2019 oleh pentadbiran kerajaan baru. Bantuan ini tidak perlu dimohon tetapi akan diberikan secara automatik dengan melihat pendapatan kasar bulanan seisi rumah ibu bapa atau penjaga pelajar iaitu tiadk lebih RM3,000. Bantuan yang akan diberikan adalah seperti berikut:

  • RM100 kepada setiap seorang pelajar tahun satu sehingga tingkatan lima
  • Nota: Bantuan akan diberikan secara berperingkat dalam tempoh 14 hari bekerja selepas peruntukan diterima.

Sila klik pada syarat kelayakan dan tarikh pembayaran BAP tahun 2019 untuk maklumat lanjut :

7) i-Suri KWSP

Bagi golongan suri rumah, ibu tunggal dan balu, kerajaan juga menyediakan sebuah insentif khas kerajaan bagi yang telah berjaya mendaftar dalam Pengkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih). Bagi program ini penerima akan mendapat manfaat seperti ahli KWSP yang lain. Seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, bantuan hilang upaya, bantuan kematian serta pengeluaran ketika berumur 50, 55 dan 60 tahun.

Pendaftaran i-suri KWSP boleh dibuat melalui 15 Ogos 2018 di salah satu daripada 67 cawangan KWSP di seluruh Malaysia. Untuk maklumat pendaftaran, sila klik pada panduan berikut:

8) Pas Bulanan Pengangkutan Awam RapidKL

Bagi menggalakkan penggunaan transport awam di Malaysia, kerajaan telah mewujudkan pas bulanan bagi rel dan juga bas di bawah syarikat RapidKL. Ianya telah dilaksanakan bermula 1 Januari 2019. Dan pas tersebut boleh didapatkan di stesen LRT, MRT dan Monorel serta stesen BRT Sunway dengan menunjukkan Kad Pengenalan dan mendaftar. Terdapat dua jenis pas dan keterangannya adalah seperti berikut:

PAS BULANAN PENGANGKUTAN AWAM RAPIDKL

Pas RM50 / bulanPas RM100 / bulan
Boleh digunakan bagi perkhidmatan bas RapidKL sahaja tanpa hadBoleh digunakan bagi perkhidmatan bas RapidKL dan rel RapidKL tanpa had

Terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif kerajaan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi makluman semua. Semoga perkongsian senarai bantuan kerajaan Malaysia terkini ini dapat memberikan manfaat buat seluruh rakyat Malaysia. Ianya seterusnya memudahkan setiap rakyat yang berkelayakan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2019

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2019

Permohonan Projek Rumah Makmur Negeri Pahang Online

Permohonan Projek Rumah Makmur Negeri Pahang Online