Senarai Barang Dikenakan SST Bermula 1 September 2018 Ganti GST. Barangan yang dikenakan dan dikecualikan cukai perkhidmatan dan jualan sst

Senarai Barang Dikenakan SST Bermula 1 September 2018

Kerajaan akan melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuatkuasa 1 September 2018 susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Perkhidmatan 2018 telah diluluskan Parlimen pada 20 Ogos 2018. Berikut dikongsikan senarai barang dikenakan SST seperti disenaraikan dalam Laman Sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menghapuskan cukai terdahulu iaitu GST adalah 10 janji Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum Ke 14 tahun 2018 (PRU14). Kerajaan Pakatan Harapan akan menghapuskan GST dan menggantikannya dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang lebih adil dan tidak menyusahkan rakyat dan peniaga.

Senarai Barang Dikenakan SST mulai 1 september 2018

Cukai Perkhidmatan Dan Jualan (SST 2.0)

Berikut adalah senarai barang yang dikenakan SST dan juga barangan yang dikecualikan SST buat rujukan pengguna.

Senarai Barang Dikenakan SST Dan Dikecualikan SST

Sebanyak 5,443 barang dikecualikan SST, berbanding kira-kira 500 barang saja ketika rejim Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) manakala 5,612 dikenakan cukai jualan 10 peratus selain lebih 600 barangan bagi cukai jualan sebanyak lima peratus.

Senarai barangan dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dipaparkan di laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) belum dimuktamadkan.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, senarai akan diperbaiki dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas daripada semua pihak. Senarai barangan yang tertakluk kepada SST juga akan dikaji dan pindaan mengenainya akan dibuat pada hujung tahun 2018.

Klik SENARAI LENGKAP BARANGAN DIKENAKAN DAN DIKECUALIKAN SST di pautan berikut :-

MAKLUMAT LANJUT SST 2.0

  1. SST dikenakan di peringkat pengeluar atau sumber dan tidak dikenakan terhadap/ kepada pemborong, pengedar dan peruncit
  2. Kadar SST iaitu cukai jualan yang dikenakan adalah mengikut jenis barangan iaitu kadar kosong peratus (dikecualikan), lima % dan 10 %. Peruntukkan untuk perkhidmatan pula ditetapkan pada kadar 6%
  3. Tidak semua barangan akan dikenakan cukai, malah peratusan cukai bagi setiap barangan yang disenaraikan juga adalah berbeza.
  4. Kebanyakan barangan makanan akan dikenakan cukai dengan kadar lima % berbanding barangan lain yang dikenakan kadar 10 %

Diantara sebahagian barangan yang dikenakan dan dikecualikan cukai adalah seperti berikut.

Senarai lengkap barangan boleh dirujuk di pautan Jabatan Kastam Dan DiRaja Malaysia di atas :-

Dikecualikan SST

1. Tulang Lembu, Dada, Kepak dan lain-lain bahagian ayam segar/ sejuk/ sejuk beku, Daging Ayam,Daging Lembu

2. Ikan Segar/ sejuk, fresh ikan bilis, ikan bilis, ikan hiasan, kerang, ketam,lala, udang

3. Buttermilk, plain yogurt, susu segar

4. Telur – Ayam, ayam kampung, itik, telur masin itik, telur pindang, telur puyuh

5. Bawang besar, bawang merah, bawah putih, bayam, bendi, brokoli, buah zaitun, cili jeruk, cili segar, daun salad, jagung, kacang botol, kacang panjang, kalilan, kangkung

6. Daun pudina, daun selasih, kenaf seeds, agar-agar jelly, Gum Arabic, ongkat Ali 100% powder

7. Kad tambah nilai prabayar

Dikenakan SST

1. Daging Unta, daging arnab, kulit khinzir kering

2. Ikan jeruk, ikan masin, ikan pekasam, Jellyfish, Live Oyster, siput sedut, sirip ikan yu, udang kering

3. Butter, butteroll, minyak sapi, keju/ cheese

4. Sarang burung, madu (natural honey)

5. Bawang jeruk, cendawan dalam tin, jagung dalam tin, sawi masin

6. Batang keladi, biji selaseh, spirulina, Ginseng roots, soya bean flour

7. Ayam goreng/ Fried chicken, burger daging, burger ayam, keropok ikan, keropok udang, Air berkarbonat (bergas) dalam tin dan botol.

Akan dikemaskini

Antara perkhidmatan yang dikenakan SST 6 % adalah :-

    • Kelab malam, kelab persendirian, kelab golf, kasino, loteri,
    • Telekomunikasi, televisyen berbayar
    • Guaman, perakaunan, ejen kastam, arkitek, jurutera, penilai
    • Keselamatan, parkir, kereta sewa
  • Pengiklanan, perkhidmatan domestik, perkhidmatan teknologi maklumat
  • Kad kredit dan elektrik

Perbezaan SST vs GST

Berikut adalah perbezaan diantara SST dan GST:-

SST

1. Cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan yang di cukai dan di caj kepada mana-mana perkhidmatan boleh cukai yang disediakan oleh mana-mana individu boleh cukai

2. Kadar 6% cukai perkhidmatan, 10% cukai jualan

3. Cukai jualan adalah cukai satu peringkat dikenakan kepada barang boleh cukai yang dikeluarkan samada dalam negeri atau diimport

GST

1.Cukai penggunaan yang dikenakan kepada mana-mana perkhidmatan dan barang boleh cukai oleh mana-mana individu boleh cukai

2. Kadar 6% untuk kadar standard

3. GST adalah cukai pelbagai peringkat yang dikenakan daripada pengeluar kepada pengguna

Moga dengan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang menggantikan GST dapat mengurangkan beban sekaligus memanfaatkan pengguna di Malaysia.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *