Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM Dan Sijil, Sebarai lengkap jawatan spa untuk kelayakan spm/ svm/ skm serta sijil yang boleh dipohon di portal rasmi suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia spa8i.

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM

Panduan buat lepasan SPM yang berminat untuk memohon kerja di sektor perkhidmatan awam atau kerajaan (SPA). Apakah Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM Dan Sijil? Berikut dikongsikan senarai jawatan yang ditawarkan dan boleh dimohon di perkhidmatan awam untuk pelajar yang mempunyai kelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil setaraf.

Oleh itu, pelajar yang ingin melanjutkan pelajar ke pusat pengajian tinggi melalui Permohonan UPU Online dan sebagainya adalah dinasihatkan untuk mengenalpasti apakah program pengajian yang bersesuaian dengan membuat perbandingan jawatan dalam kerajaan sebagai asas.

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM

Cara Memohon Jawatan Kosong Kerajaan Secara Online

Untuk makluman, permohonan memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Senarai jawatan kosong yang boleh dipohon adalah mengikut kelulusan/ kelayakan seperti berikut :-

  1. Ijazah/ Sarjana/ PHD
  2. Diploma. STP/ STPM/ STAM/HSC
  3. SPM SPMV SPM (V) & Sijil
  4. PMR
  5. Kelayakan Bakat
  6. Latihan Separa Perubatan
  7. Suruhanjaya Pasukan Polis

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM Dan Sijil Yang Boleh Dipohon

Bekerja di sektor awam adalah idaman hampir semua orang oleh kerana ianya menjanjikan kerjaya yang stabil serta selamat. Berikut adalah Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM yang boleh dipohon oleh calon berkelayakan SPM/ SVM/ SKM dan Sijil :-

BILJAWATANBILJAWATANBILJAWATAN
1Juruaudio Visual Gred N1926Pembantu Keselamatan Gred KP1951Pembantu Pustakawan Gred S19
2Jurubahasa (Skim Perkhidmatan Bersepadu)27Pembantu Kesihatan Awam Gred U1952Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
3Jurulatih Kawad Gred S1928Pembantu Laut Gred A1953Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
4Jururawat Masyarakat Gred U1929Pembantu Makmal Gred C1954Pembantu Syariah Gred LS19
5Juruteknik Komputer Gred FT1930Pembantu Makmal Filem Gred C1955Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
6Juruteknik Perubatan Gred U1931Pembantu Meteorologi Gred C1956Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
7Laskar Kelas II Maritim Gred T132Pembantu Muzium Gred S1957Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19
8Merinyu Tali Air Gred J1933Pembantu Pegawai Latihan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)58Pembantu Veterinar / Penolong Pegawai Veterinar (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
9Pegawai Bomba Gred KB1934Pembantu Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional /59Pemeriksa Cap Jari Gred N19
10Pegawai Imigresen Gred KP19Pegawai Latihan Vokasional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)60Pemeriksa Kereta Motor (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
11

Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

35

Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

61

Pengajar Membalak Gred G19

12Pegawai Penjara Gred KA1936Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U1962Pengawal Keselamatan Gred KP11
13Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) (Skim Perkhidmatan Bersepadu)37Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J1963Peniup Kaca Gred N19
14Pelukis Pelan (Seni Bina) (Skim Perkhidmatan Bersepadu)38Pembantu Pemuliharaan Gred S1964Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
15Pembantu Akauntan Gred W1939Pembantu Pendaftaran Gred KP1965Penyelia Asrama Gred N19
16Pembantu Antidadah Gred S1940Pembantu Penerangan Gred S1966Penyelia Jurupakaian Gred N19
19Pembantu Arkib Gred S1941Pembantu Penerbitan Gred N1967Renjer Hutan / Penolong Pemelihara Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
18Pembantu Belia dan Sukan Gred S1942Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19Operator Wayarles Gred N19
19Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E1943Pembantu Penguatkuasa Gred KP19Pengawas Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
20Pembantu Geosains Gred C1944Pembantu Penilaian Gred W19
21Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S1945Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
22Pembantu Hidupan Liar (Skim Perkhidmatan Bersepadu)46Pembantu Penyelidik Gred Q19
23Pembantu Juruaudit Gred W1947Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19
24Pembantu Kemahiran Gred H1948Pembantu Perangkaan Gred E19
25Pembantu Kesatria Gred S1949Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19
50Pembantu Perikanan Gred G19

Syarat Permohonan Jawatan SPA Berkelayakan SPM

Menurut Portal Rasmi SPA, calon yang memohon jawatan dari kelayakan masuk SPM dan untuk tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam. Pemohon perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian. Dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  • Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Calon yang memiliki Sijil SVM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM/SVM.

Bagi tujuan memenuhi syarat lulus atau kepujian Bahasa Melayu untuk pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon hendaklah memperoleh pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) seperti berikut:

CALON SIJIL SVM

SYARAT KELULUSAN BAHASA MELAYU UNTUK PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAMSYARAT PENCAPAIAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (KOD 1104)
KepujianSekurang-kurangnya Gred ‘C’
LulusSekurang-kurangnya Gred ‘E’

Bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan seperti di bawah, syarat-syarat di atas dikecualikan tetapi mengambil kira sekurang-kurangnya berpangkat seperti yang dinyatakan:

  1. Pembantu Keselamatan Gred KP19
  2. Gred KP19 Pembantu Pertahanan Awam
  3. Pembantu Kesatria Gred S19
  4. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  5. Pegawai Bomba Gred KB19

Semoga perkongsian Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM Dan Sijil ini boleh dijadikan panduan buat pencari kerja sebelum memohon. Semoga anda berjaya menerima tawaran pekerjaan di sektor perkhidmatan awam yang diidamkan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *