Permohonan Polis DiRaja Malaysia 2024 Online (ePengambilan PDRM). Terkini Pengambilan Jawatan Kosong PDRM bagaimana menjadi anggota polis.

Permohonan Polis DiRaja Malaysia 2024 Online (ePengambilan PDRM)

Pasti ramai yang bercita-cita untuk menjadi Polis. Jadi bagaimanakah cara memohon menjadi anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Menerusi makluman Portal Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang memakluman TIADA PENGAMBILAN TERBUKA JAWATAN PDRM. Warganegara Malaysia yang berminat perlu membuat permohonan Polis DiRaja Malaysia (jawatan kosong) secara online melalui Portal epengambilan pdrm (https epengambilanpdrm.rmp.gov.my).

Sebelum ini, pemohon boleh memohon dengan membuat pendaftaran secara ‘online’ di Borang SPA8i di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang telahpun dilaksanakan sejak 20 Mac 2012. Kini, permohonan boleh dibuat terus melalui laman sesawang Polis Diraja Malaysia iaitu Laman web rasmi e pengambilan PDRM. Pemohon boleh menyemak status permohonan pengambilan PDRM secara online di SEMAK PDRM.

Permohonan Polis epengambilan pdrm

e-Pengambilan PDRM Polis DiRaja Malaysia : Cara Membuat Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2024 Online

epengambilan pdrm ialah sebuah portal rasmi polis diraja malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.

Berikut adalah maklumat untuk permohonan pengambilan jawatan kosong Polis terkini meliputi tarikh penting permohonan, jawatan kosong yang diiklankan serta pautan borang permohonan untuk memohon secara online melalui epengambilan pdrm.

Permohonan Polis/ Pengambilan Jawatan Kosong Polis Terkini November 2023 (Konstabel Gred YT1 – Lelaki/Wanita & Konstabel Gred YP1 Orang Asli – Lelaki) 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan pengambilan bagi Jawatan Konstabel Gred YT1 (lelaki /wanita) dan Konstabel Gred YP1 Orang Asli (lelaki) bermula dari tarikh berikut melalui sistem e-Pengambilan PDRM.

Tarikh Penting

-Tarikh Permohonan Konstabel Gred YT1: 14 November 2023 hingga 30 November 2023

-Tarikh Permohonan Konstabel Gred YP1 Orang Asli: 20 November 2023 hingga 20 Disember 2023

*Nota :

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YP1 Orang Asli (Lelaki) boleh dibuat melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di seluruh Malaysia.

Individu yang belum berdaftar, boleh membuat pendaftaran di laman web e-pengambilan Polis Diraja Malaysia sebelum memohon pada tarikh yang ditetapkan. (klik syarat-syarat kelayakan di ‘skim jawatan’ sebelum membuat permohonan).

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan Pengaktifan E-Mail dan Lupa Kata Laluan , sila berhubung di talian help desk 03-22668348/ 8350 / 8351 seperti yang tertera di laman media sosial Ig Dan. Facebook : Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

Jawatan kosong PDRM boleh dibuat menerusi sistem e-Pengambilan PDRM di mana sebelum ini ianya adalah melalui permohonan SPA8i. Pautan aplikasi sistem permohonan terkini adalah seperti berikut:

Aplikasi e-Pengambilan PDRM

Pemohon perlu membuat pendaftaran sebelum boleh membuat permohonan jawatan kosong. Berikut dikongsikan manual pengguna buat rujukan:

Muat Turun Manual Pengguna e-Pengambilan

Semakan Panggilan Ujian SPIER PDRM

Calon yang telah melepasi pemeriksaan ujian fizikal pada tahun 2022 boleh membuat semakan panggilan Ujian SPIER-PDRM untuk jawatan:-

-Sarjan Polis Gred YA5 ( Lelaki/ Wanita)

-Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/ Wanita)

Bagi calon semenanjung, semakan panggilan boleh dibuat di e-pengambilan PDRM bermula

– tarikh akan dikemaskini

Hanya calon yang lulus Ujian SPIER-PDRM sahaja akan mendapat surat panggilan temu duga lisan yang boleh didapati di dalam e-pengambilan PDRM.

Semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal

Semakan Status Panggilan Eksesais Pemeriksaan Ujian Fizikal bagi jawatan:-

-Sarjan Polis Gred YA5 ( Lelaki/ Wanita)

-Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/ Wanita)

Bagi calon Sabah dan Sarawak Ujian Pemeriksaan Fizikal akan bermula pada

-akan dikemaskini

Calon Yang Telah Mengisi Permohonan Jawatan Pada Tarikh Iklan Yang Terdahulu Seperti Yang Tertera Di Bawah Sahaja Boleh Menyemak Status Panggilan:-

i) Sarjan Polis Gred YA5 (Lelaki/ Wanita):-

Tarikh Iklan Pada 22 Disember 2022 hingga 9 Januari 2023

ii) Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/ Wanita):-

Tarikh Iklan Pada 22 Disember 2022 Hingga 25 Januari 2023

Calon boleh membuat semakan status di laman sesawang e-Pengambilan PDRM

-Bermulatarikh yang akan dikemaskini

Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semakan Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Syarat-Syarat Pengambilan Khas Bukan Bumiputera 2022

Berikut dikongsikan syarat-syarat yang ditetapkan kepada calon untuk layak memohon kekosongan jawatan:

1.Tidak perlu kepujian dalam subjek BM di peringkat SPM

2. Calon yang terpilih dikehendaki menduduki semula subjek Bahasa Melayu peringkat SPM dalam tempoh enam (6) tahun perkhidmatan dan lulus

3. Jika calon gagal, PDRM akan menamatkan perkhidmatan anda

4. Pemohon yang boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Cina, Tamil dan bahasa ibunda lain akan diberikan keutamaan.

5. Berumur 18 tahun hingga 28 tahun sahaja

6. Lulus SPM (memiliki satu kepujian untuk mana-mana subjek) atau kelayakan yang diiktiraf kerajaan.

7. Lulus empat mata pelajaran lain peringkat SPM atau lulus Sijil Vokasional Malaysia

8. Berketinggian 163cm bagi lelaki dan 157cm bagi wanita

9. Berketinggian 160cm bagi lelaki dan 155cm bagi wanita (Orang Asli)

10. Berat sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita

Permohonan bagi jawatan Inspektor Gred YA13, konstabel YA1, konstabel Orang Asli Gred YP1 dan konstabel Gred YT1 boleh dibuat melalui Laman epangambilan PDRM pada tarikh berikut:

-18 hingga 31 Mac 2021

Semakan Panggilan Temu Duga Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Bukan Bumiputera Tahun 2022

Calon yang memohon pengambilan khas bukan bumiputera Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 boleh membuat semakan panggilan temu duga lisan di sistem e-pengambilan PDRM pada:-

-21 Februari hingga 4 April 2022

Semua calon yang telah menduduki Ujian SPiER-PDRM pada tahun 2021 boleh membuat semakan secara online. Calon yang mendapat panggilan perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti yang disenaraikan dalam Surat Panggilan Temu Duga semasa menghadiri Temu Duga Lisan.

Semakan Panggilan Ujian SPIER PDRM – Sabah Dan Sarawak Sahaja 2022

Calon Sabah dan Sarawak yang telah melepasi pemeriksaan ujian fizikal pada 21/1/2022 hingga 20/3/2022 boleh membuat semakan panggilan Ujian SPIER-PDRM untuk jawatan:-

-Inspektor Polis Gred YA13 ( Lelaki/ Wanita)

-Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/ Wanita)

Semakan boleh dibuat secara online bermula :

-9 Mei 2022 hingga 7 Jun 2022

Calon dikehendaki untuk “Log Masuk” dan Klik di “Semakan Status Permohonan” dan Klik “Semak” untuk mengetahui status panggilan Ujian SPIER-PDRM dalam sistem e-Pengambilan PDRM. Hanya calon yang lulus Ujian SPIER-PDRM sahaja akan mendapat surat panggilan temu duga lisan yang boleh didapati di dalam e-pengambilan PDRM.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Tarikh Lapor Diri Ke Pusat Latihan (PULAPOL)

Semua calon yang telah menerima surat pelantikan jawatan dan diarah melapor diri pada tarikh yang akan diberitahu diminta untuk melapor diri di PULAPOL Kuala Lumpur serta membawa bersama surat tawaran pelantikan yang telah diterima sebelum ini.

Semua calon yang telah menerima surat pelantikan jawatan dan diarahkan melapor diri di pusat latihan yang telah ditetapkan serta membawa bersama surat tawaran pelantikan yang telah diterima sebelum ini.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan kelengkapan diri seperti di dalam lampiran Surat pelantikan jawatan.

Syarat Kelayakan Permohonan Polis (Skim Jawatan Polis)

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan mengikut jawatan meliputi syarat kelayakan akademik dan fizikal serta syarat umur yang perlu dipatuhi oleh para pemohon. Juga dikongsikan maklumat senarai tugas (deskripsi tugas) jawatan:

i) Konstabel Polis YA1

Syarat-syarat permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 adalah seperti berikut:-

a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online;

c) Kelayakan Akademik:

i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan

Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain atau ;

ii) Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan

Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut ;

a) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;

b) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan;

c) Teknologi Kejuruteraan Awam;

d) Perniagaan;

e) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau;

f) Teknologi Kejuruteraan Marin atau;

iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,507.01];

iv) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,573.02];

d) Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;

ii) Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;

iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);

v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;

vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Deskripsi Tugas Konstabel YA1

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara;

Jadual Gaji Konstabel YA1

Gred YA1 : Gaji Minimum RM 1,441.00 – Gaji Maksimum RM 4,152.00

Kadar Gaji Tahunan : RM 105.00

Elaun dan kemudahan Konstabel YA1

Elaun Tetap Perumahan : RM 300

Elaun Cola : RM100 – RM 350

Elaun Khidmat Awam : RM 115

Elaun Khas PDRM : RM 200

Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690

Elaun Kasut : RM 300

Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima

ii) Inspektor Polis YA13

Syarat-syarat permohonan – Inspektor YA13 :-

a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;

b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

c). Kelayakan Akademik:

i). Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]; atau

ii). Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]; atau

iii). Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]; atau

iv). Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]: RM2,938.39; atau

v). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau

vi). Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau

vii). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91]; atau

viii). Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau

ix). Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67];

xii). Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d). Kelayakan Fizikal Polis (Inspektor)

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;

ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;

iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);

v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;

vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Jadual Gaji Inspektor Polis YA13

Gred YA13 : Gaji Minimum RM 2,502.00 – Gaji Maksimum RM 9,803.00

Kadar Gaji Tahunan : RM 230.00

Senarai jawatan serta maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan adalah dari sumber e-Pengambilan Polis DiRaja Malaysia di bahagian Tab – Skim Jawatan.

Maklumat jawatan untuk jawatan polis yang lain boleh dirujuk di pautan berikut :-

SARJAN POLIS YA5

KONSTABEL POLIS YT1

KONSTABEL POLIS ORANG ASLI YP1

Selamat membuat Permohonan Polis DiRaja Malaysia PDRM Online. Semoga hasrat anda menjadi seorang warga PDRM bakal tercapai.

Related : maklumat peribadi keluarga akademik, dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka, sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348 8350 8351 seperti yang tertera di info ig dan fb unit pengambilan pdrm,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *