Senarai Kolej KKM, lokasi dan alamat kolej kkm, Nama dan Lokasi Kolej sains dan kejururawatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia

Senarai Kolej KKM Kementerian Kesihatan Malaysia

Senarai Kolej Di Bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Panduan buat lepasan SPM yang ingin mengikuti kursus/ program yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Permohonan Latihan Separa Perubatan kini dbuka. Pemohon perlu membuat permohonan melalui pendaftaran Borang SPA8i secara online. Sebagai panduan, berikut dikongsikan senarai kolej KKM tempat dimana latihan separa perubatan akan dijalankan.

Untuk makluman, terdapat sebanyak 13 latihan yang ada ditawarkan untuk program Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil bagi tahun 2018 untuk pelajar lepasan SPM berumur 17 hingga 25 tahun. Diantara kolej di bawah KKM adalah Kolej Kejururawatan, Kolej Jururawat Masyarakat, Kolej Kesihatan, Kolej Pembantu Perubatan, Kolej sains kesihatan bersekutu dan Kolej Latihan dan Teknologi.

Senarai Kolej KKM Kementerian Kesihatan Malaysia

Senarai Kolej Di Bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (Latihan Separa Perubatan)

Buat pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Kolej Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan senarai Kolej KKM beserta senarai program yang ditawarkan.

Menyambung pengajian di Kolej KKM adalah merupakan satu peluang yang terbaik untuk masa depan anda dengan mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang berkaitan kesihatan yang dianjurkan oleh KKM.Terdapat banyak program di peringkat Diploma dan Sijil yang ada ditawarkan termasuk Kursus Kejururawatan yang sangat popular masa kini. Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke UA/ IPTA, ILKA, Kolej Komunit dan Politeknik sesi 2018/2019, anda boleh membuat application UPU online pada bulan Januari/ Februari nanti.

A. Program Latihan Separa Perubatan 2018

Untuk makluman, berikut adalah senarai kursus dan program Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil yang ada ditawarkan untuk pengambilan tahun 2018.

i) Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Program jawatan yang ditawarkan dalam Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma adalah seperti berikut:-

  1. Jururawat
  2. Penolong Pegawai Perubatan
  3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  4. Juru X-ray
  5. Jurupulih Perubatan (Anggota)
  6. Juruteknologi Pergigian
  7. Jururawat (PSL)
  8. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  9. Penolong Pegawai Farmasi
  10. Juruteknologi Makmal Perubatan
  11. Juruterapi Pergigian

ii) Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Program yang ditawarkan untuk peringkat Sijil sebanyak 156 kekosongan adalah :-

  1. Pembantu Kesihatan Awam
  2. Pembantu Pembedahan Pergigian

B. Senarai Kolej KKM (Alamat Dan Negeri)

Berikut adalah senarai Kolej di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) :-

i) KOLEJ KEJURURAWATAN

  1. Kolej Kejururawatan Muar, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Muar, Johor
  2. Kolej Kejururawatan Alor Star, Kolej Kejururawatan Alor Setar, Alor Setar, Kedah
  3. Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kolej Kejururawatan Sg Petani, Sungai Petani, Kedah
  4. Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kubang Kerian, Kubang Kerian, Kelantan
  5. Kolej Kejururawatan Kuala Pilah, Jalan Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  6. Kolej Kejururawatan Kuantan, Kompleks Kejururawatan Wilayah Timur, Kuantan, Pahang
  7. Kolej Kejururawatan Bukit Mertajam, Jalan Kulim, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
  8. Kolej Kejururawatan Pulau Pinang, Jalan Residensi, Pulau Pinang, Pulau Pinang
  9. Kolej Kejururawatan Melaka, Jalan Mufti Haji Khalil, Melaka
  10. Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu
  11. Kolej Kejururawatan Sandakan, W.D.I. No. 381, Sandakan, Sabah
  12. Kolej Kejururawatan Sibu, Batu 5 1/2, Jalan Ulu oya, C.D.T .No.118, Sibu, Sarawak

ii) KOLEJ JURURAWAT MASYARAKAT : Senarai Kolej KKM

  1. Kolej Jururawat Masyarakat Jerantut, Jerantut, Pahang
  2. Kolej Jururawat Masyarakat Batu Pahat, Taman Jasa Jamal, Lot 127, Batu 10, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
  3. Kolej Jururawat Masyarakat Kangar, Jalan Behor, Kangar, Perlis
  4. Kolej Jururawat Masyarakat Kluang, Hospital Kluang, Kluang, Johor
  5. Kolej Jururawat Masyarakat Kulim, Jalan Hospital Lama, Kulim, Kedah
  6. Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson, KM 11, Jalan Pantai, Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan
  7. Kolej Jururawat Masyarakat Segamat, Jalan Muar, Segamat, Johor
  8. Kolej Jururawat Masyarakat Serian, Serian, Sarawak
  9. Kolej Jururawat Masyarakat Tawau, Peti Surat 1157, Tawau, Sabah
  10. Kolej Jururawat Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

iii) KOLEJ KESIHATAN

  1. Kolej Kesihatan Awam Kuching, Batu 7 1/2, Jalan Penrissen, Kota Sentosa, Kuching, Sarawak
  2. Kolej Kesihatan Batu Rakit, Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu

iv) KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN : Senarai Kolej KKM

  1. Kolej Pembantu Perubatan Alor Star, Lorong Penjara, Off Lebuhraya, Alor Setar, Kedah
  2. Kolej Pembantu Perubatan Seremban, Jalan Rasah, Seremban, Negeri Sembilan

v) KOLEJ SAINS KESIHATAN

  1. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru, Lot 8173, Jalan Persiaran Kempas Baru, Johor Bahru, Johor
  2. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, Peti Surat 544, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah
  3. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak\
  4. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Tanjong Rambutan, Perak
  5. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh, Jalan Hospital, Sg. Buloh, Selangor

vi) KOLEJ LATIHAN DAN KOLEJ TEKNOLOGI

  1. Kolej Latihan Pergigian Malaysia, No. 3 Jalan Sepoy Lines, Pulau Pinang, Pulau Pinang
  2. Kolej Teknologi Makmal Perubatan, Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur

SUMBER : KKM

Semoga perkongsian Senarai Kolej KKM Kementerian Kesihatan Malaysia boleh dijadikan panduan dalam memilih kolej pilihan terbaik anda. Selamat membuat permohonan Latihan Separa Perubatan secara online di Portal Rasmi SPA. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran latihan di Kolej KKM.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *