in

Senarai Kursus ADTEC Batu Pahat Johor

Kursus/ Program Pengajian Yang ditawarkan Di ADTEC Batu Pahat Johor. Melanjutkan pengajian tinggi ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi atau ADTEC adalah salah satu pilihan buat lepasan SPM/ SVM. Terdapat 8 buah ADTEC di seluruh Malaysia dan cawangan Batu Pahat adalah lokasi ADTEC di Negeri Johor. Berikut dikongsikan senarai kursus ADTEC Batu Pahat buat panduan para pelajar.

ADTEC Batu Pahat merupakan satu-satunya lokasi ADTEC di Johor. Ianya telah dibina di bawah Rancangan Malaysia ke-7 di kawasan seluas 50 ekar di Jalan Tanjung Laboh. Terletak lebih kurang 8 kilometer (km) dari Bandar Batu Pahat. ADTEC Batu Pahat telah siap dibina pada bulan Oktober tahun 2000 dan memulakan operasinya pada bulan Januari 2001.

Senarai Kursus ADTEC Batu Pahat Johor

Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di ADTEC Batu Pahat, Johor

Berikut adalah senarai kursus pengajian/ program yang ada ditawarkan di ADTEC Batu Pahat atau dikenali juga sebagai Pusat Latihan Teknologi Tinggi BP. Maklumat yang dipaparkan termasuk nama bahagian, senarai program dan syarat kelayakan.

Senarai Kursus ADTEC Batu Pahat, Johor Darul Takzim

Program yang ditawarkan di ADTEC BP terbahagi kepada 2 iaitu Kursus Sepenuh Masa dan kursus separa masa.

A. KURSUS SEPENUH MASA

1. Bahagian Mekatronik

  • Diploma Teknologi Perindustrian Mekatronik (L4) : Lepasan SKM
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (Lepasan SPM)

2. Bahagian Elektronik

  • Diploma Teknologi Perindustrian Elektronik (L4) : Lepasan SKM
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Lepasan SPM)

3. Bahagian Komputer Rangkaian

Kelayakan masuk klik SYARAT

  • Diploma Teknologi Perindustrian Komputer Rangkaian (L4) : Lepasan SKM
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer Rangkaian (Lepasan SPM)

4. Bahagian Kimpalan

Syarat kelayakan akademik dan tempoh latihan klik KIMPALAN

  • Diploma Teknologi Perindustrian Kimpalan (L4) : Lepasan SKM
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimpalan Lepasan SPM)

5. Bahagian Pembuatan (Pemesinan)

  • Diploma Teknologi Pembuatan Pemesinan (L4) : Lepasan SKM
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pemesinan (Lepasan SPM)

6. Bahagian Pembuatan (Perkakasan)

  • Diploma Teknologi Pembuatan Perkakasan (L4) : Lepasan SKM
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Perkakasan (Lepasan SPM)

7. Bahagian Teknologi Minyak & Gas

Syarat kelayakan masuk dan tempoh latihan klik OIL & GAS

  • Sijil Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal-Downstream) : Lepasan SPM

B. KURSUS JANGKA PENDEK

Objekti program separa masa di ADTEC adalah untuk memberi peluang latihan kepada pekerja-pekerja industri yang ingin meningkatkan hasil kerja serta kualiti diri agar kebolehan mereka seganding dengan keperluan syarikat dan perkembangan teknologi semasa.

Semua kursus separuh masa ini dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia dan dijalankan secara sambilan (part-time) dan hujung minggu.

Jangkamasa kursus adalah seperti di dalam Jadual Kursus(Modular) yang dikeluarkan setiap tahun.

  • Senarai program Separuh Masa ADTEC Batu Pahat yang ditawarkan pada tahun 2017 Klik PART TIME

Cara Memohon ADTEC Secara Online

Program pengajian yang ditawarkan di ADTEC adalah secara sepenuh masa dan separuh masa. Mereka yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan secara atas talian/ online untuk kursus sepenuh masa pada sesi Januari dan Julai setiap tahun. Permohonan separuh masa pula juga melalui applikasi online. Semua kursus dijalankan secara sambilan (part-time) dan hujung minggu.

Senarai Kursus ADTEC Batu Pahat Johor adalah dari sumber Portal Rasmi ADTEC BP. Semoga Pusat Latihan Teknologi Tinggi Batu Pahat akan terus berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkemahiran tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai ADTEC Lokasi Dan Alamat di Malaysia

Senarai ADTEC Lokasi Dan Alamat

Permohonan Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Permohonan Pembantu Pendaftaran Gred KP19 SPA