Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Miri, Sarawak. Apakah kursus kemahiran yang ada ditawarkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di cawangan Miri, Sarawak? Berikut dikongsikan Senarai Kursus IKBN Miri Sarawak yang memaparkan bidang kepakaran dan jenis kursus. Permohonan kemasukan IKBN dibuat 2 kali setahun melalui sistem permohonan eKampus.
IKBN Miri adalah salah satu daripada 22 buah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di Malaysia. IKBN Miri merupakan satu-satunya IKBN yang ada di Negeri Sarawak. Ianya terletak di Bandar Baru Permyjaya di Miri. Untuk makluman, hanya terdapat 2 IKBN di Malaysia Timur. Satu lagi terletak di Sabah iaitu IKBN Kinarut.
Kursus Yang Ditawarkan Di IKBN Miri, Sarawak
Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan di IKBN, Miri meliputi nama jabatan, nama kursus dan kod pengajian beserta syarat kelayakan permohonan.
Senarai Kursus IKBN Miri (Jabatan dan Kod)
A. Jabatan Automotif
- SAK 03 Penyelenggaraan Kereta
- SAJ 03 Penyelenggaraan Jentera Berat
- SAP 03 Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan
- SAC 03 Semburan Cat (Automotif)
B. Jabatan Mekanikal
- SMU 03 Penyelenggaraan Industri
C. Jabatan Hospitaliti
- SHF 03 Penyediaan Makanan
- SHB 03 Penyajian
- SHP 03 Penyediaan Pastri
Kelayakan Dan Syarat Kemasukan
Berikut adalah syarat kelayakan dan kemasukan ke IKBN Miri untuk semua kursus yang dikongsikan di atas :-
- Tamat Tingkatan Lima
- Berumur 18 hingga 30 Tahun
- Warganegara Malaysia
Kemudahan Yang Disediakan Di IKBN Miri
Berikut adalah diantara kemudahan yang disediakan di IKBN Miri, Sarawak :-
- Asrama
- Makan dan Minum percuma
- Elaun Bulanan
- Kemudahan Sukan dan& Rekreasi
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :-
- Institut Kemahiran Belia Negara Miri
- Bandar Baru Permyjaya,
- Jalan Permyjaya Utama,
- 98000 Miri, Sarawak.
- Tel : 085-660714
Faks : 085-659546
Email: hafifi@kbs.gov.my
Laman Web: www.ikbnmr.gov.my
Kepada pelajar yang inginkan latihan kemahiran, jangan lepaskan peluang ke IKBN di seluruh Malaysia untuk meningkatkan skill kemahiran anda. Moga perkongsian Senarai Kursus IKBN Miri Sarawak boleh dijadikan panduan buat warga Sarawak dalam memilih kursus pilihan mereka.