in

Senarai Kursus Institut Kemahiran Baitumal MAIWP

Kursus Yang Ditawarkan Di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Berita baik buat mereka yang berminat untuk menyambung pangajian di IKB MAIWP dalam mendapatkan sijil pengajian. Berikut dikongsikan Senarai Kursus Institut Kemahiran Baitumal MAIWP meliputi senarai kursus pengajian dan penganugerahan selepas tamat pengajian.

IKB MAIWP telah ditubuhkan pada tahun 1991 bertujuan sebagai salah satu usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dan di Malaysia amnya. IKB dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin dan kemudiaanya ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal (PLKB).

Senarai Kursus Institut Kemahiran Baitumal MAIWP

Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di IKB MAIWP

Pemohon yang berkelayakan berpeluang untuk menjalani latihan kemahiran di sebuah Institut Kemahiran yang tersusun dengan harapan mereka boleh berdikari setelah tamat mengikuti kursus ini nanti. IKB ada menawarkan kursus kemahiran yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Senarai Kursus Institut Kemahiran Baitumal MAIWP Peringkat Sijil Dan SKM

Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan di IKB MAIWP beserta dengan penganugerahan selepas tamat pengajian.

1. KURSUS KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

  • Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Transkrip Peperiksaan
  • SKM Tahap 2 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Satu Fasa
  • SKM Tahap 3 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Tiga Fasa
  • Sijil Kekompetenan Pendawaian Tiga Fasa & Endorsan (PW 4)
  • Sijil Kecekapan Kemahiran SKK Elektrik dari CIDB

2. KURSUS PERKHIDMATAN DAN PENYAJIAN MAKANAN

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

  • Sijil Perkhidmatan Dan Penyajian Makanan dan Transkrip Peperiksaan
  • SKM Tahap 1 – Pembantu Penyedia Makanan
  • SKM Tahap 1 – Penyedia Makanan

3. KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN LELAKI

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

  • Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Lelaki dan Transkrip Peperiksaan
  • Sijil SKM Tahap 1- Pembuat Pakaian Lelaki
  • SKM Tahap 2- Pembuat Pakaian Lelaki Kanan
  • Sijil SKM Tahap 3- Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki

4. KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN WANITA

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

  • SKM Tahap 1- Pembuatan Pakaian Wanita
  • Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Wanita dan Transkrip Peperiksaan
  • SKM Tahap 2- Pembuatan Pakaian Wanita
  • SKM Tahap 3- Pembuatan Pakaian Wanita

5. KURSUS SENI LUKIS DAN SENI REKA

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

  • Sijil Seni Lukis Dan Senireka dan Transkrip Peperiksaan

6. KURSUS TEKNOLOGI BINAN BANGUNAN

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

  • Sijil Teknologi Binan Bangunan dan Transkrip Peperiksaan
  • Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dari CIDB

TEMPOH PENGAJIAN Di IKB MAIWP

Tempoh kursus adalah selama 2 tahun atau 4 semester. Kelas pengajian diadakah pada hari Isnin hingga Jumaat. Masa kelas adalah dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Ahad, Sabtu dan Cuti Umum adalah cuti.

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • Bangunan IKB Institut Kemahiran Baitulmal
  • Lot 1363, Jalan Perkasa Off Jalan Kampung Pandan Taman Maluri
  • 55100 KUALA LUMPUR
  • No. Tel : 03- 9283 0198 No. Faks : 03- 9281 1387

Sumber MAIWP

Semoga para pemohon dapat merujuk kepada Senarai Kursus Institut Kemahiran Baitumal MAIWP dalam membuat pilihan kursus semasa memohon.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan Hilang

Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan Hilang

Permohonan IKB MAIWP 2019/ 2020 Online

Permohonan IKB MAIWP 2019/ 2020 Online