Senarai Kursus JMTI Sepenuh Masa Dan Jangka Pendek, kursus yang ditawarkan di jmti, kursus dan syarat kemasukan Institut Teknikal Jepun Malaysia.

Senarai Kursus JMTI & Syarat Kemasukan Japan Malaysia Technical Institute

Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di JMTI – Sepenuh Masa Dan Program Jangka Pendek. Panduan buat pelajar yang berminat untuk memasuki Japan Malaysia Technical Institute (JMTi) atau dikenali sebagai Institut Teknikal Jepun Malaysia. Dimanakah lokasi dan kursus yang ditawarkan di JMTI? Berikut dikongsikan maklumat Senarai Kursus JMTI Sepenuh Masa Dan Jangka Pendek yang ada ditawarkan buat pelajar yang berkelayakan. Juga dikongsikan syarat kemasukan JMTI buat rujukan pemohon.

JMTI merupakan salah satu Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia selain 28 ILP dan 8 Adtec. Untuk makluman, susulan daripada hasil kerjasama teknikal dengan negara Jepun, JMTi secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 1998. JMTI diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM). Ianya dibina di kawasan perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

JMTI telah menerima pelbagai pengiktirafan bagi program-program yang dijalankan seterusnya menjadikan graduan kelahiran Institut berkemampuan tinggi untuk merebut peluang pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Senarai Kursus JMTI sepenuh masa dan jangka pendek

Senarai Kursus JMTI Yang Ditawarkan

JMTI menawarkan program latihan peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan buat pelajar yang berkelayakan. Institusi ini menawarkan program pengajian teknikal bagi memenuhi keperluan tenaga mahir Malaysia. Program-program yang ditawarkan adalah selaras dengan keperluan industri semasa dan menggunakan peralatan serta kemudahan bengkel berteknologi tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Program Utama Yang Ditawarkan Di JMTI

Tiga 3 program utama yang ditawarkan adalah seperti berikut :-

  1. Program Diploma Teknologi (Ambilan SPM)
  2. Program Diploma Teknologi/ DKM Tahap 4 (Ambilan SKM Tahap 3)
  3. Program Diploma Lanjutan Teknologi/ DKM Tahap 5 (Ambilan DKM Tahap 4)

Selain daripada itu JMTi juga ada menawarkan program di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). JMTi juga giat menjalankan kursus-kursus jangka pendek kepada komuniti, pekerja-pekerja awam dan swasta.

Tempoh Pengajian Di JMTI

Program pengajian di JMTI dijalankan dalam tempoh masa di antara 12 bulan hingga 30 bulan termasuk 6 bulan Latihan Sambil Bekerja (OJT). Dan ianya bergantung kepada kursus yang dipohon.

Senarai Kursus Sepenuh Masa Di JMTI

Di antara program-program sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) adalah:

Program Diploma Teknologi (Ambilan SPM)

  • Diploma Teknologi Mekatronik
  • Diploma Teknologi Komputer Sistem
  • Diploma Teknologi Elektronik
  • Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan)

Program Diploma Teknologi/ DKM Tahap 4 (Ambilan SKM Tahap 3)

  • Diploma Teknologi Mekatronik/ DKM Tahap 4
  • Diploma Teknologi Komputer Sistem/ DKM Tahap 4
  • Diploma Teknologi Elektronik/ DKM Tahap 4
  • Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) DKM Tahap 4

*Calon mesti memiliki SKM Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan

Program Diploma Lanjutan Teknologi/ DKM Tahap 5 (Ambilan DKM Tahap 4)

  • Diploma Lanjutan Teknologi Mekatronik / DLKM Tahap 5
  • Diploma Lanjutan Teknologi Komputer Sistem / DLKM Tahap 5
  • Diploma Lanjutan Teknologi Elektronik Industri / DLKM Tahap 5
  • Diploma Lanjutan Teknologi Pembuatan / DLKM Tahap 5

*Calon mesti memiliki DKM / Tahap 4 dalam bidang berkaitan

Senarai Program Jangka Pendek Di JMTI

JMTI juga ada menawarkan program jangka pendek. Semua kursus separuh masa ini dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Semua kursus adalah dijalankan secara sambilan (part-time) pada hujung minggu. Jangka masa kursus adalah seperti di dalam Jadual Kursus yang dikeluarkan setiap tahun. Tarikh kursus adalah tertakluk kepada jumlah permohonan bagi sesuatu kursus.

Cara Memohon Kemasukan Ke JMTI

Permohonan kemasukan ke JMTI adalah secara online. Terdapat 2 sesi kemasukan setiap tahun iaitu sesi Januari dan sesi Julai. Permohonan kemasukan Januari akan dibuka sekitar bulan September/ Oktober manakala sesi Julai pada bulan Januari hingga April. Untuk makluman, terdapat hanya terdapat satu Institut Teknikal Jepun Malaysia iaitu di Pulau Pinang.

Syarat Kemasukan JMTI

Syarat Permohonan Kemasukan Ke JMTI Institut Teknikal Jepun Malaysia

Secara umumnya, JMTi ada menawarkan 2 peringkat pengajian kepada para pelajar iaitu seperti berikut :-

  1. Lepasan SPM/ SPMV dan setaraf : Peringkat pengajian Diploma Teknologi Kejuruteraan (Tahap 4)
  2. Lepasan DTK/DKM dan setaraf : Melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan (Tahap 5)

A. Program Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK)

  1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
  2. Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  3. Dip Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  4. Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer

B. Program Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan (DLTK):

  1. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
  2. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  3. Dip Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  4. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer

Syarat Kemasukan JMTI (Syarat Am)

Pelajar yang ingin memohon kemasukan ke JMTI perlu melepasi syarat am kelayakan seperti berikut :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun
  3. Boleh membaca, menulis & mengira
  4. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Syarat Khas Program Yang Ditawarkan Di JMTI

Lepasan SPM/SPMV dan setaraf bagi program Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK)

  • Mempunyai SPM/SPMV dengan KEPUJIAN dalam subjek:
  • Bahasa Melayu:
    Matematik/ Matematik Tambahan; dan
    Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia / Subjek yang berkaitan dengan teknikal; serta
    LULUS Bahasa Inggeris dan Sejarah

Lepasan DTK/DKM & setaraf untuk program Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan (DLTK)

  • Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS Bahasa Melayu DAN mempunyai Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK)/Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang yang berkaitan:
  • LULUS dalam temuduga yang dijalankan

Penganugerahan Diploma

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan :

Peringkat Diploma

  1. Diploma Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Agensi Akreditasi Malaysia (MQA) dan
  2. Diploma Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia berdasarkan bidang yang berkaitan

Diploma Lanjutan, pelajar akan dianugerahkan :-

  1. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan (DLTK) yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Am (General Degree) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia dan
  2. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai kemasukan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL). Permohonan kemasukan ke JMTI adalah secara kaedah atas talian atau online. Terdapat 2 sesi kemasukan setiap tahun iaitu sesi Januari dan sesi Julai. Permohonan kemasukan sesi Januari akan dibuka sekitar bulan Septermber/ Oktober manakla sesi Julai pada bulan Januari hingga April.

Selamat membuat permohonan kemasukan ke JMTI. Pelajar yang melepasi syarat kemasukan JMTI dan berminat, jangan lepaskan peluang untuk memasuki Institut Teknikal Jepun Malaysia.

Cara Hubungi JMTI

Untuk sebarang pertanyaan, alamat dan lokasi JMTI adalah seperti berikut :-

INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA

No. Tel: 604-5087800
No. Fax: 604-5087809
Email: adminjmti@jtm.gov.my

Sumber JMTI

Moga perkongsian Senarai Kursus JMTI Sepenuh Masa Dan Jangka Pendek ini boleh djadikan buat para pelajar dalam menyambung pengajian kemahiran mereka. Semoga anda berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *